Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Nenek 66 Tahun Kahwin Dahulu, Cucu Bujang ‘Makan Hati’ | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan reaksi lucu empat orang gadis yang ‘makan hati’ melihat nenek mereka berkahwin walhal mereka masih belum bertemu jodoh, lapor portal berita Wolipop kelmarin. Berdasarkan video yang dikongsikan di laman TikTok itu, pasangan pengantin tersebut dilihat baru selesai menjalani upacara akad nikah di sebuah dewan. Video itu kemudian dihalakan ke arah empat gadis yang merupakan cucu kepada pengantin perempuan yang masih bujang. “Ketika nenek berkahwin lagi, cucu-cucunya masih bujang dan belum berpunya. Memang sedih,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut. Video tersebut…

Read More

Semua Lubang-Lubang Di Padang Golf Disimen, Ini Sebabnya.. | Aktivis iklim yang bekerjasama dengan pertubuhan alam sekitar, Extinction Rebellion menyimen lubang-lubang golf di Perancis sebagai tanda protes apabila padang golf dikecualikan daripada larangan pembaziran air semasa Perancis dilanda kemarau paling buruk dalam sejarah, lapor akhbar New York Post semalam. Kerajaan Perancis mengarahkan rakyat mengelak menggunakan air untuk aktiviti tidak penting seperti mencuci kereta dan menyiram tanaman. Bagaimanapun, aktivis-aktivis mengadu bahawa padang-padang golf dibenarkan untuk menyiram rumput. Bantahan itu dilakukan di kelab golf Vieille-Toulouse dan Garonne des Sept Deniers. “Padang golf tanpa rumput adalah seperti gelanggang ais tanpa ais,” kata Gerard…

Read More

Ibu Bapa Tolong Henti Ikut Trend Video Takutkan Anak Jika Tak Mahu Ini Berlaku. | Tular trend video yang tidak sihat melibatkan babak bergambar antara orang dewasa dan kanak-kanak kemudian mengurung kanak-kanak itu sendirian hanya akan ganggu emosi kanak-kanak tersebut. Tindakan itu diiringi dengan suara ketawa mengilai yang menyeramkan berkumandang dan aksi kanak-kanak ketika itu dirakam, sehingga ada yang menangis berteriakan, menutup telinga dan wajah. Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, trend ini tidak membawa faedah kepada kanak-kanak malahan akan menghilangkan nilai kepercayaan mereka terhadap individu yang mereka percaya seperti ibu bapa. “Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media…

Read More

Sekolah ‘HARAMKAN’ Pakaian Seragam Tidak Berjenama, Ini Puncanya.. | Sebilangan ibu bapa di Britain yang bergelut untuk menyara keluarga, bimbang tidak mampu membeli pakaian seragam apabila penggal persekolahan bermula kerana beberapa buah sekolah mengharamkan pakaian tidak berjenama, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. Ketika krisis kos sara hidup terus menghantui rakyat Britain, ramai ibu bapa turut diberitahu bahawa anak-anak mereka perlu memakai pakaian seragam sekolah yang berjenama. Ini menyebabkan mereka terpaksa membeli pakaian mahal dengan semakin ramai ibu bapa meminta bantuan daripada badan amal pakaian sekolah, lapor akhbar Mirror. Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah, Jenny Rosenbaum membuat petisyen supaya pihak sekolah…

Read More

Virus Maut Baharu Muncul Di China, Ini Simptom Yang Ramai Perlu TAHU | Sejenis virus baharu digelar Langya dipercayai menjadi punca berpuluh-puluh penduduk China mengalami simptom seperti selesema dengan pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan berikutan jangkitannya yang boleh membawa maut, lapor portal berita MailOnline. Henipavirus Langya atau LayV dikesan pada 35 orang di wilayah timur Henan dan Shandong. Namun, tiada kes yang mengakibatkan kematian dan kebanyakannya bergejala ringan dengan pesakit mengalami simptom seperti selesema. Kebarangkalian bagi virus Langya membawa maut adalah tiga perempat dalam kes yang serius. Satu kajian yang diterbitkan mendedahkan virus itu mula dikesan pada manusia pada 2019 dengan…

Read More

Nenek 93 Tahun Lakukan Sesuatu Yang Ramai Orang Muda Tak Mampu Buat | Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin. Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan pernerbangan aerobatik di udara. Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder. Diilhamkan oleh sebuah…

Read More

Isu Taiwan, Ini Amaran TERKINI China Buat AS CUAK | Pemerintah China sekali lagi bertegas bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada Tanah Besar dan menganggap Amerika Syarikat (AS) cuba merampas pulau tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam. Menteri Luar China, Wang Yi berkata, Taiwan tidak akan menjadi sebahagian daripada wilayah AS meskipun menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada Selasa minggu lalu. Kunjungan Pelosi ke Taiwan adalah sebahagian daripada rangka lawatan delegasi Kongres AS ke Asia. Wang Yi yang mengeluarkan kenyataan tersebut semasa lawatan ke Bangladesh semalam. Katanya, AS menggunakan hujah palsu dan penipuan bagi merealisasikan rancangannya mengenai Taiwan. Beliau…

Read More

Tunjuk Berani Beri Harimau Makan, Ini Yang Terjadi Selepas Itu | Seorang lelaki menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan dia memberi makan seekor harimau. Menerusi tingkap sebuah van dimuat naik di laman Twitter, lapor akhbar India Today semalam. Ini Yang TERJADI selepas Klip video yang mencatatkan sejuta tontonan itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Dengan sebilangan mereka menyokong, manakala sebahagian lagi menentang perbuatan tersebut. Sesetengah netizen bagaimanapun memuji hubungan mesra lelaki itu dengan binatang buas tersebut. Mereka berkata, harimau juga boleh bersifat jinak. Namun, ramai yang menentang dan mengatakan bahawa perbuatan tersebut sangat berbahaya kerana lelaki itu boleh mati akibat diserang…

Read More

Angkara Hutang, Ibu Kahwinkan Anak Perempuan Dengan Ketua Kampung | Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal membayar hutang, lapor laman berita Suara.com. Hantaran tiga gambar itu dimuat naik dalam akaun Twitter @tanyakanrl. Gambar pertama menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis yang berwajah muram dan tidak bermaya. Dalam gambar kedua, beberapa wanita dipercayai saudara-mara dan keluarga gadis itu turut bergambar bersama-sama. Seorang pengguna bernama Dewi Shinto mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan itu. Menurutnya, ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi tidak dapat…

Read More

Hina Polis Di Facebook. Ini TINDAKAN Lanjut Peniaga Tersebut | KUALA KRAI – Seorang peniaga di Kuala Krai menyerah diri selepas memuat naik hantaran menghina tugas polis di Facebook miliknya pada Selasa. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 40 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada jam 11 malam. “Suspek telah memuat naik status yang berbunyi ‘bringat hok mano uturn depan shell daskoh… ado duk kutip pitis depan pasar raya pantai timut… lancar’,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Bharu Kelantan pada Khamis. Menurutnya,…

Read More