Ikan Paus Ini Cuba Bunuh Diri, Puncanya Buat Ramai Tak Sangka | Kepulauan Canary, Sepanyol – Sebuah video memaparkan aksi seekor paus pembunuh melompat keluar dari tangki gergasi menjadi perdebatan hangat dalam kalangan aktivis haiwan yang mendakwa bahawa kejadian itu adalah cubaan membunuh diri, lapor akhbar The Sun kelmarin. Berdasarkan rakaman yang tular sejak tahun 2016 itu, paus bernama Morgan itu dilihat tidak bergerak selama 10 minit ketika terdampar di tepi tangki. Aktivis-aktivis haiwan menyuarakan kebimbangan terhadap mamalia itu yang menurut mereka, ia tidak berasa gembira berada di Zoo Loro Parque, Kepulauan Canary. Terdapat video lain yang memaparkan Morgan berulang…
Author: Admin Baik
Gempar ‘Bola Api’ Diudara, Ini Cerita Sebenar Dari Penduduk | Jakarta – Sebuah video yang memaparkan objek seperti bebola api yang sedang terbang di udara menjadi tular di media sosial dengan ramai yang mengaitkannya dengan unsur mistik, lapor laman berita Detik.com hari ini. Menerusi video yang dilaporkan berlaku di daerah Banjarnegara, Jawa Tengah itu, ‘bebola api’ tersebut kelihatan sedang terbang sehingga paras lampu jalan. View this post on Instagram A post shared by Banjarnegara Terkini (@banjarnegaraterkini) “Kelihatan seperti berlaku ‘pertarungan’ yang melibatkan makhluk ghaib,” kata seorang netizen. Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Detik.com, kejadian itu kemudiannya disahkan oleh…
Video ‘Pontianak’ Jual Bubur Tepi Jalan Jadi Viral | Selalu Pontianak ramai yang takut dan seram bila mendengarnya, namun berbeza dengan ‘pontianak’ ini yang jualannya jadi laris. Baca selanjutnya.. Jakarta – Seorang peniaga bubur sagu di Indonesia sanggup berpakaian dan mendandan wajahnya seperti hantu ‘pontianak’ untuk menarik pembeli ke gerainya, lapor laman Suara.com. Menurut satu video yang dimuat naik di platform TikTok @khoirunnisa3288, pemilik akaun itu telah merakam aksi peniaga tersebut. Video Pontianak Meniaga Bubur: Perakam merupakan salah seorang pelanggan dan telah singgah ke gerai wanita itu untuk membeli juadah bubur sagu. Selain mengenakan solekan menyerupai pontianak, wanita itu juga…
Lihat ‘Bendera Putih’. Ini Tindakan Dilakukan ‘Rider’ Buat Ramai SAYU | Sekumpulan penghantar makanan ini ternampak rumah angkat bendera putih, tindakan mereka selepas itu pada keluarga tersebut mendapat pujian. Baca selanjutnya.. Petaling Jaya – Walaupun mereka umpama ‘kais pagi makan pagi’, namun atas keprihatinan dan membantu semasa manusia, sekumpulan penghantar makanan (rider) sanggup bersusah payah mengumpul duit untuk membantu sebuah keluarga. Menerusi klip video yang dikongsi di laman Tiktok @hunterr02, kelihatan beberapa orang rider melawat sebuah rumah milik seorang lelaki yang telah mengangkat ‘bendera putih’ untuk meminta bantuan. Berdasarkan klip video berdurasi 47 saat itu, kelihatan kumpulan rider tersebut meminta…
Ditanya Kebenaran Rentas Negeri, Ini Jawapan Balas Menteri Di Parlimen | Kuala Lumpur – Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk tujuan itu. Menurut beliau, pengumuman mengenai hasil perbincangan kebenaran rentas negeri akan dilakukan dalam masa terdekat. “Apabila rentas negeri dibuka orang luar boleh masuk (ke negeri lain). Kementerian telah senaraikan nama-nama destinasi. “Bukan sahaja pulau, termasuk kawasan darat seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain-lain destinasi,” katanya pada sidang Dewan…
Remaja 17 Tahun Kahwin Dua Selang Dua Jam, Ini Sebabnya.. | Jakarta – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com. Remaja dikenali sebagai Supandi itu menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur 17 tahun. Ketiga-tiga mereka berasal dari kampung yang sama. Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu. “Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik. “Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,”…
Kesempitan Hidup, Budak 3 Tahun Makan Tanah Campur Simen Buat Ramai Sedih | Kanak-kanak itu mula memakan tanah sejak berusia setahun setengah ekoran keluarga dihimpit kesempitan hidup. Baca selanjutnya.. Jakarta – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun di Kota Tegal, Indonesia mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan tanah, pasir dan campuran simen, lapor Suara.com semalam. Kanak-kanak bernama Vero Fernando itu mula memakan tanah sejak berusia setahun setengah ketika bermain di kawasan pembinaan di hadap rumahnya. Ibunya, Umrotun Khasanah berkata, dia sudah berkali-kali melarang Vero supaya tidak memakan tanah, namun tidak berjaya. “Saya sudah penat melarang Vero memakan tanah dan pasir,…
Polis Tengah Buat Rondaan Tiba2 Tahan Warga Emas, Apa Terjadi Buat Ramai Respek | Petaling Jaya – Seorang anggota polis telah bertindak menahan warga emas yang berpakaian lusuh lalu menghulurkan bantuan telah menarik perhatian orang ramai baru-baru ini. Menerusi perkongsian video oleh Asrul Jamaluddin di laman sosial Facebook miliknya, seorang pegawai polis telah bertindak menahan seorang warga emas lalu menyantuni dan memberikan sedikit bantuan. Berdasarkan sebuah video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh Asrul Jamaluddin di laman sosial Facebook, pada mulanya dia berasa hairan apabila pegawai atasnnya tiba-tiba keluar dari kereta peronda dan menahan warga emas itu. “Tengah buat rondaan…
Tasik Ke-5 Terbesar Di Turki Jadi Gersang. Ini Puncanya. | Sebuah tasik yang merupakan kelima terbesar di Turki jadi kering kontang baru ni. Adakah tanda kiamat dah dekat? Baca selanjutnya.. Ankara, Turki – Tasik kelima terbesar di Turki yang merupakan sumber air semula jadi di wilayah Konya kini kering kontang akibat pemanasan global dan penurunan kekerapan hujan sepanjang tahun ini, lapor portal Hurriyet Daily News, semalam. Tasik Aksehir yang seluar 54 kilometer per segi dan pernah mempunyai kedalaman air sehingga lima meter kini seperti padang jarak padang tekukur apabila sumber airnya mengering. Bercakap kepada Agensi Berita Demiroren, ahli akademik Universiti…
Lelaki Telan Telefon Nokia 3310, Ini Yang Berlaku Selepas Empat Hari | Tindakan pelik seorang lelaki menelan telefon bimbit jenis nokia 3310, lihat apa terjadi selepas empat hari telefon tersebut didalam perut. Baca selanjutnya.. Pristina, Kosovo – Seorang lelaki dilaporkan telah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan dibiarkan di dalam perutnya selama empat hari, lapor laman Metro UK semalam. Sepasukan doktor daripada sebuah hospital terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi. Saiznya yang terlalu besar menjadikan telefon itu tidak boleh dicerna serta membahayakan nyawa kerana asid bateri yang bersifat menghakis berkemungkinan…