Polis Tengah Buat Rondaan Tiba2 Tahan Warga Emas, Apa Terjadi Buat Ramai Respek

| September 11, 2021 | 0 Comments

Polis Tengah Buat Rondaan Tiba2 Tahan Warga Emas, Apa Terjadi Buat Ramai Respek | Petaling Jaya – Seorang anggota polis telah bertindak menahan warga emas yang berpakaian lusuh lalu menghulurkan bantuan telah menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Asrul Jamaluddin di laman sosial Facebook miliknya, seorang pegawai polis telah bertindak menahan seorang warga emas lalu menyantuni dan memberikan sedikit bantuan.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh Asrul Jamaluddin di laman sosial Facebook, pada mulanya dia berasa hairan apabila pegawai atasnnya tiba-tiba keluar dari kereta peronda dan menahan warga emas itu.

“Tengah buat rondaan tiba-tiba terjumpa satu pak cik tengah kayuh basikal, sebelum itu nampak dia tengah kutip barang-barang buangan.

“Pegawai saya suruh patah balik dan ikut pak cik itu, lepas suruh pak cik itu berhenti saya masih berfikir apa salah dia, rupa-rupanya Tuan Sara (pegawai) hulurkan sikit duit belanja,” katanya di dalam video itu.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial media gambira melihat contoh baik dari pihak berkuasa yang kekal prihatin tanpa mengira agama dan bangsa.

“Terbaik tuan, terima kasih semoga Allah melindungi tuan dari segala musibah dalam menjalankan tugasan harian,” kata Salleh Kamil.

“Tuan Sara macam hero (wira), semoga Allah dapat membalas budi baik Tuan,” ujar Aina Hamzah.

“Tabik Tuan, contoh yang perlu ada pada setiap manusia dibumi bertuah ini tidak kira tua atau yang muda,” jelas Badrul Hisham.

Semoga contoh yang murni ini menjadi asbab lebih ramai yang akan melakukan kebaikan di masa akan datang.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *