Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Wanita Hina Agama Islam Bukan Pemegang Kad OKU – JKM | Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) mengesahkan bahawa wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah bukan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU). Menurut JKM, perkara tersebut disahkan selepas membuat semakan rekod menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). Justeru kata JKM, pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih. “JKM berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU,” kata JKM dalam satu kenyataan di sini hari ini.…

Read More

Majlis Bandaraya Jumpa SESUATU Di Premis Makanan Yg Buat Ramai LOYA. | Tiga buah premis makanan di daerah Barat Daya, dekat Georgetown, Pulau Pinang diarahkan tutup selepas didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan, selepas pemeriksaan dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Dalam operasi secara mengejut yang dijalankan pada Selasa itu, sebanyak empat premis diperiksa, namun hanya satu premis tidak mengabaikan aspek kebersihan asas. Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang berkata, daripada tiga premis tersebut, dua diarahkan tutup kerana kewujudan najis tikus, manakala satu kerana memperolehi markah penggredan bawah 50 peratus. “Dalam operasi itu,…

Read More

Tular Polis Potong Di Garisan Berkembar, Ini Penjelasan Sebenar | Polis Kelantan mengesahkan video kejadian sebuah kenderaan pengiring polis mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar yang tular di media sosial sejak semalam berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di sini baru-baru ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, kenderaan pengiring tersebut telah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain. Tegasnya, selain itu, berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai perkara itu kerana kenderaan tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi…

Read More

Doktor Thailand Desak Kerajaan Batal Kebenaran Ganja. Ini Sebabnya.. | BANGKOK – Kira-kira 851 doktor dan alumni fakulti perubatan sebuah universiti di Thailand melancarkan kempen mendesak kerajaan membatalkan undang-undang membenarkan penggunaan ganja demi keselamatan golongan muda. Menurut laman berita Thaiger, kumpulan daripada Fakulti Perubatan Hospital Ramathibodi, Universiti Mahidol itu menjalin kerjasama dengan Persatuan Pakar Perubatan Forensik Thailand untuk menggesa kerajaan menyemak semula dasar tersebut. Presiden persatuan berkenaan, Smith Srisont turut mengeluarkan dokumen memaparkan senarai permintaan terhadap kerajaan bagi menuntut ‘sifar ganja’. Ia turut disertakan senarai 851 doktor dan alumni Universiti Mahidol yang bersetuju dengan langkah tersebut. Kumpulan itu mendesak kerajaan…

Read More

Anak Mahu Kematian Bapa Dapat Pembelaan | Seremban: Seorang wanita merayu orang ramai yang menyaksikan atau merakam kejadian kemalangan sehingga menyebabkan bapanya meninggal dunia di Jalan Seremban-Tampin, dekat susur ke Kampung Baru Rahang, di sini, semalam, tampil membantu siasatan. Nor Azlina Mukhtar, 47, berkata, dia terkilan dengan cara pemergian bapanya, Mukhtar Maarof, 72, dan ingin mengetahui bagaimana kemalangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam. “Sebelum kejadian bapa pergi ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana ada urusan dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinggiran Senawang, di sini. “Daripada rakaman jarak jauh yang saya terima, bapa menunggang di lorong…

Read More

(Ada Video) Netizen Persoal Keperluan Konvoi Polis Potong Di Garisan Berkembar | Setiap kali pemandu dan penunggang motosikal kawasan ‘jalan raya tunggal’, kita perlu sentiasa peka dan berhati-hati kerana sudah banyak kes kenderaan memotong di garisan berkembar secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Baru-baru ini pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati setelah menonton satu rakaman video pendek dashcam di mana sebuah kereta peronda polis mengiringi dua buah trak tunda (di atasnya ada kereta mewah) dan sebuah 4×4. Pemilik rakaman dashcam itu terpaksa masuk ke lorong kecemasan untuk mengelak pertembungan dengan konvoi terbabit yang memotong garisan berkembar dan meluru kehadapan…

Read More

Terkini: KJ Akan Bentang Akta Haramkan Rokok, Vape Minggu Depan | Akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 akan dibentangkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen, minggu hadapan. Khairy Jamaluddin memberitahu, matlamat cadangan Generation End Game (GEG) itu adalah untuk mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang. “Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu generasi tidak kenal apa itu rokok,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya pada Isnin. Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku dan boleh menjadi realiti di…

Read More

“Kesian Anak Tu”, Netizen Kecam Tindakan ‘Tak Cerdik’ Ibu Bapa | Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di TikTok. Namun, bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak-kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi. Ia sekaligus mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang merasakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab kerana memasang pendakap gigi pada si kecil itu memandangkan umur anak yang masih kecil. Kata netizen, pemakaian pendakap gigi pada bayi boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi berikutan struktur rahang dan gigi yang masih belum tumbuh secara sepenuhnya. Selain ibu…

Read More

Gaji Tak Setimpal Dengan Kelayakan, Ini Respon PM | Kuala Lumpur: “Saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak tempatan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, statistik MYFutureJobs menunjukkan gaji bagi kekosongan jawatan paling banyak ditawarkan di seluruh negara antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan. “Saya mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lalu gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup. “Saya meminta supaya majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin…

Read More

Tuntutan Sulu: “Patut Kaji Dulu..”, Tun M ‘Sound’ Najib | Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib Razak sepatutnya mengkaji sebelum memutuskan untuk menghentikan bayaran penyerahan wilayah sebanyak RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu pada 2013, susulan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Katanya, kajian itu termasuk mengesahkan sama ada pihak yang menyerang Sabah ketika itu dari keturunan Kesultanan Sulu. “Kita yang berjanji untuk bayar setiap tahun jumlah ini, jadi bila kita janji, kita kena tunai janji walaupun atas sebab serangan. Tetapi, kita juga tak tahu serangan itu oleh keturunan Sultan Sulu atau orang lain. “Jadi, kita kena kaji dulu dan lepas itu sahkan…

Read More