Mahkamah Persekutuan di sini memberitahu telah membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul dalam permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan perkara itu sebelum peguam yang mewakili Najib, Hisyam Teh Poh Teik berhujah mengenai perkara itu. Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Tengku…
Author: Miss Alin
Berdepan peluang terakhir mempertahankan diri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengemukakan kekhilafan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pendakwaan menafikan hak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Keadaan itu dianggap menyebabkan ketidakadilan serius apabila bekas Perdana Menteri itu mendakwa gagal mendapatkan perbicaraan adil dan saksama. Perkara itu akan dibentangkan Najib melalui peguamnya esok, bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Dalam petisyen rayuan difailkan April lalu, Najib membangkitkan alasan Mahkamah Rayuan terkhilaf melalui fakta dan undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi semua…
Kerajaan negeri memandang serius bilangan guru di Melaka yang dilaporkan mengalami tekanan dan stres. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, siasatan lanjut berhubung perkara itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca guru-guru mengalami stres hingga mengambil keputusan untuk bersara awal. Beliau juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memaklumkan sebarang usaha mahupun cadangan yang dapat diketengahkan atau dibawa kepada kerajaan pusat. Jelasnya, begitu juga sistem atau kurikulum pembelajaran kali ini berbeza, guru-guru dikehendaki berada di sekolah tidak macam dulu habis jam 1 tengah hari, boleh balik. Tambahnya lagi, kali ini seharian berada di sekolah dan membuat kerja-kerja lain…
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) turut mengalami gangguan bekalan elektrik sekitar jam 1 tengah hari tadi. Seorang pekerja kedai serbaneka, Safinah Suhor, 34, berkata gangguan elektrik itu hanya berlaku kira-kira lima minit sebelum bekalan kembali pulih. Jelasnya, bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba dan kami tidak pula mendengar ada pengumuman atau menerima notis makluman mengenainya. Katanya, ketika itu peti sejuk dan perkakasan elektrik seperti ketuhar gelombang mikro tidak boleh digunakan dan mujurlah masalah itu berlaku sekejap sahaja. Sementara itu, petugas kaunter teksi di LTAPP, Mohamad Azuan Ishak, 32, berkata bekalan elektrik di tempatnya bekerja hanya pulih selepas 30 minit. Sambungnya,…
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor mengesahkan berlaku ‘flashover’ atau percikan api di Pencawang Masuk Utama (PMU) di Yong Peng, tengah hari tadi. Bagaimanapun, Pengurus Besar TNB Johor, Mohamed Noh Md Seth, berkata tiada pengguna atau kawasan di negeri ini terjejas dengan kejadian berkenaan. Beliau berkata, Ya berlaku ‘flashover’ di PMU Yong Peng tengah hari tadi, namun tiada pengguna di Johor terbabit gangguan bekalan. Ujarnya, TNB Ibu Pejabat akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai insiden ini. Beliau mengulas satu video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial yang didakwa membabitkan kejadian percikan api di PMU Yong Peng itu. Dalam pada itu,…
Beberapa lokasi di Kedah dulaporkan turut mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk di Kuala Muda, Jitra dan Kulim, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata, gangguan turut menyebabkan perjalanan lalu lintas di pusat bandar Sungai Petani terganggu. Beliau yang memuat naik status di media sosial Facebook turut meminta agar orang ramai berwaspada bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Beliau berkata, difahamkan, bekalan elektrik yang terputus kira-kira jam 1 petang tadi sudah pulih seperti biasa lebih kurang 30 minit kemudian. Katanya lagi, bagaimanapun, saya juga dimaklumkan di beberapa kawasan termasuk Bandar Laguna Merbok masih berdepan…
Ringgit menyusut ke paras paling lemah, RM3.2154 berbanding dolar Singapura hari ini berikutan jangkaan bank pusat republik itu akan mengetatkan dasar monetari sekali lagi Oktober ini sekiranya inflasi berterusan. Mata wang tempatan itu diniagakan antara 3.2020 dan 3.2110 pagi ini, sebelum susut kepada antara 3.2094 dan 3.2160 pada tengah hari selepas Singapura melaporkan data inflasi negara itu yang menyaksikan inflasi teras mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh 13 tahun. Ringgit hari ini turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain. Mata wang tempatan merosot berbanding pound kepada 5.3621/3657 daripada 5.3187/3222 sebelum ini. Ia turut merosot berbanding yen Jepun kepada…
Caj bayaran baharu atau denda perlu dikenakan terhadap pemaju yang gagal membina Rumah SelangorKu, walaupun projek berkenaan sudah mendapat kelulusan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail, berkata terdapat keperluan menguatkuasakan undang-undang berkenaan, demi membantu penduduk negeri ini memiliki kediaman masing-masing. Jelasnya, ada pemaju dapat kelulusan tapi masih tak bina. Ini memberi kesan kepada bekalan rumah. Jadi, mungkin kita perlu kenakan caj baharu kepada mereka. Beliau berkata, rasa sudah sampai masa untuk kerajaan negeri meletakkan syarat baharu kerana ada projek rumah yang sudah dapat kelulusan tetapi 10, 20 tahun masih tidak bina. Justeru, perlu dikenakan…
Kerana enggan rujuk, seorang influencer wanita yang terkenal di aplikasi Douyin (TikTok versi China) dilaporkan maut akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas suaminya. Memetik laporan The Guardian, suspek yang dikenali dengan nama Tang Lu telah membakar bekas isterinya pada 14 September 2020 semasa mangsa, Lhamo melakukan siaran langsung di aplikasi Douyin. Sebagai rujukan, aplikasi Douyin merupakan aplikasi TikTok versi China yang dikendalikan oleh syarikat induk yang sama. Difahamkan, pasangan ini sudah bercerai pada Jun 2020 setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga walaupun sudah membawa haluan masing-masing tetapi Tang Lu dikatakan kerap merayu kepada isterinya untuk kembali bersama namun permintaannya seringkali ditolak oleh…
Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 selama empat hari berakhir Rabu ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), mendapat sambutan menggalakkan. Tinjauan Bh hari ini mendapati pengunjung yang hadir pada hari ini terdiri daripada lulusan universiti, individu yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19 dan individu yang mahu bertukar kerjaya. Ketua Jabatan Modal Insan HICOM Diecastings Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Zaidi, 40, berkata beliau menyasarkan sebanyak 50 peratus daripada jawatan yang ditawarkan dapat dipenuhi. Jelasnya, sepanjang tiga hari ekspo ini dijalankan kami berjaya mengisi tiga kekosongan di syarikat kami. Kami mempunyai 50 peratus kekosongan dan 35 jawatan yang ditawarkan. Katanya, setakat…