Author: Miss Alin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit. Ketua pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, keputusan itu dibuat meskipun badan penasihat tidak bersetuju dengan penilaian, lapor Agensi Anadolu. Dengan sembilan ahli jawatankuasa menentang manakala enam lagi menyokong, Tedros berkata keputusannya adalah sebagai “pemecah seri.” Beliau berkata, lebih 16,000 kes dan lima kematian telah dilaporkan di 75 negara dan wilayah. Menurut penilaian WHO, risiko cacar monyet adalah sederhana di seluruh dunia, kecuali di rantau Eropah, penilaian risiko berada pada tahap tinggi. Ujarnya, wabak telah merebak dengan cepat di seluruh dunia,…

Read More

Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan, lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times. Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh. Dia telah dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada…

Read More

Trend jualan ‘cedok-cedok’ menerusi platform TikTok, yang kini menjadi ikutan peniaga, dibimbangi berisiko menggalak dan meningkatkan kes penipuan dalam talian. Menerusi trend itu, pelbagai barangan seperti gula-gula, kerongsang dan alat solek dijual secara siaran langsung menerusi media sosial dengan peniaga mencedok barangan menggunakan senduk, bakul atau mangkuk serta dijual dengan harga sekitar RM5 hingga RM1,000 setiap cedok. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata walaupun trend itu tercetus hanya sebagai kandungan bagi mempromosi produk, kaedah jualan tersebut mempunyai unsur ketidakpastian serta keraguan dalam aspek paparan harga dan kuantiti. Jelasnya, dalam urusan membeli-belah, peletakan dan tawaran…

Read More

Pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan saja membabitkan kesejahteraan pekerja wanita tetapi akan turut memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara. Jelasnya, buat masa ini, terdapat kemudahan cuti sakit dan cuti rehat sedia ada yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja sama ada dalam sektor swasta atau awam. Beliau menjawab soalan asal Charles Anthony Santiago (PH-Klang) sama ada kementerian mempunyai rancangan…

Read More

Tindakan seorang penduduk mengutip botol-botol minuman keras yang membahayakan dan mencacatkan pemandangan di Taman Perumahan Penjawat Awam Seksyen 5, Jasin Bestari di sini, seharusnya menerima pujian. Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak atau dikenali sebagai Cikgu Syed turut memasang kain rentang memaparkan perkataan ‘Jangan minum arak di sini! Kawasan ini majoriti Melayu, sila hormat’ di kawasan berkenaan. Menurutnya, kesal apabila kawasan perumahan itu dijadikan ‘port’ minuman keras secara terbuka sekali gus menimbulkan perasaan tidak tenteram dalam kalangan penduduk. Jelasnya, bukan sekali ini saya mengutip botol arak, malah minggu lepas beberapa botol lagi turut dikutip. Menerusi laporan Sinar Harian, beliau berkata, mereka…

Read More

Selesai Bayar Ikat Jamin, Siti Nuramira Bakal Ditahan Jawi Pula. ‘Ini’ Sebabnya.. | Khalifah Media Networks – Selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di sini, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi minggu lalu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10.30 pagi, Selasa. Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran. Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh Jawi selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu. Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah…

Read More

Pelakuan Hina Agama Islam. ‘Ini’ Komen Menteri Agama.. | Khalifah Media Networks – Masyarakat diingatkan perlakuan hina agama tidak boleh dinormalisasi atau dianggap sebagai kebiasaan sehingga mengganggu gugat keharmonian kaum dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan apa-apa kejadian yang menghina kesucian Islam, al-Quran, Rasulullah SAW dan seumpamanya. Beliau berkata, jika ia berlaku di Wilayah Persekutuan, saya minta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil langkah tegas. Membuka kertas siasatan untuk tujuan dibawa ke mahkamah syariah. Tambahnya, inilah tanggungjawab kepada kita semua iaitu amanah menjaga agama Islam. Jangan…

Read More

Langkah penyelesaian menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam konteks universiti, bukan sahaja memerlukan inisiatif kerajaan dan keprihatinan pentadbir, bahkan disambut mahasiswa sendiri dengan mengadaptasi senario semasa dan mengubah gaya hidup mereka. Pelbagai inisiatif pantas sudah diperkenalkan kerajaan, termasuk pengenalan pakej menu ekonomi serendah RM3.50 di kafeteria kolej, terutama universiti awam (UA), selain ada universiti memberikan baucar makanan percuma bernilai RM5 setiap hari kepada pelajar daripada keluarga B40. Inisiatif sebegini turut mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan alumni, manakala Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Hidup Siswa Keluarga Malaysia untuk memperkasakan tadbir urus sistematik penyaluran bantuan,…

Read More

Tiga kanak-kanak dilaporkan maut apabila sebuah sekolah luar bandar ditimpa tanah runtuh di Andes, barat laut Colombia, semalam menerusi laporan Antarabangsa, Aljazeera. Tanah runtuh itu menimbus sekumpulan murid yang sedang menjalani waktu rehat bersama seorang guru dan ibu seorang kanak-kanak terbabit. Kata Datuk Bandar Andes, Carlos Osorio, kepada media, dimaklumkan berita amat menyedihkan: tiga kanak-kanak terkorban dalam kejadian ini,” tanpa memberikan butiran umur mangsa. Bagaimanapun, beliau berkata, 17 murid lain bersama guru serta ibu yang tertimbus itu terselamat, manakala dua lagi kanak-kanak dirawat di sebuah hospital berdekatan dan berada dalam keadaan stabil. Puluhan penduduk kampung membantu anggota penyelamat daripada pasukan…

Read More

Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa kedudukan fiskal negara ketika ini masih kukuh dan hutang kerajaan berada di tahap terkawal, sekali gus menafikan laporan yang mendakwa Malaysia berdepan risiko untuk muflis. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata MOF ingin menekankan bahawa aspek penting dalam pengurusan hutang adalah  kemampuan keberhutangan dan kemampanan hutang. Beliau menjelaskan, hutang kerajaan jelas masih terkawal berdasarkan beberapa faktor antaranya walaupun negara telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan sebelum ini, kerajaan amat berdisiplin dan tidak pernah gagal membayar faedah serta hutang yang matang. Jelasnya, ini membuktikan reputasi dan kemampuan Malaysia sebagai…

Read More