Selesai Bayar Ikat Jamin, Siti Nuramira Bakal Ditahan Jawi Pula. ‘Ini’ Sebabnya.. | Khalifah Media Networks – Selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di sini, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi minggu lalu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10.30 pagi, Selasa.
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.
Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh Jawi selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu.
Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya.
Berita selanjutnya bakal MENYUSUL…
Sumber: Sinar HarianĀ
Lagi Kes Hina Agama Islam, Ini Tindakan Pantas Polis | Khalifah Media Networks – Kota Bharu. Polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam. Berikutan serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi. Berikutan seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.
Katanya, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang. Ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Terdahulu video ini telah meningkatkan rasa marah kepada seluruh umat islam kerananya ianya menyentuh sensitiviti agama tidak kira apa agama sekalipun.
Baca Selanjutnya Di Sini