SAFTTA Persoal TH Beri 22 Agensi Saja Bawa Jemaah Haji | Khalifah Media Networks – Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) mempersoalkan Lembaga Tabung Haji (TH) yang hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat untuk menyantuni jemaah bagi menunaikan ibadah itu. Presidennya, Dr Fathir Badri Alhadad, berkata pihaknya senada dengan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) supaya TH membuat pusingan. Sekali gus memberi peluang kepada Pengelola Jemaah Haji (PJH) lain menyantuni jemaah. Beliau persoal, apa yang mungkin dimaksudkan berkaitan kartel haji itu adalah ada beberapa agensi pelancongan yang dilihat tidak pernah ditukar sejak PJH ini diperkenalkan. Sambungnya, adakah…
Author: Miss Alin
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengemukakan usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung rampasan aset PETRONAS oleh waris kesultanan Sulu. Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, usul itu dikemukakannya semalam bagi membolehkan isu rampasan itu dibahas pada sidang Dewan Rakyat minggu depan. Jelasnya, beliau sudah menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat PETRONAS di Luxembourg dirampas oleh Kesultanan Sulu. Ujarnya lagi, perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang. Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, rakyat wajar…
Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesimpulan itu berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu di kawasan gunung itu yang turut mendapati tiada pecahan takungan air seperti yang didakwa. Menurutnya, beliau berpeluang menaiki helikopter PDRM untuk meninjau kawasan bencana dan dapat melihat secara menyeluruh laluan aliran air yang berpunca dari Gunung Inas sehingga kawasan bencana dan Pekan…
Baru-baru ini, penduduk di Bangkok, Thailand mendakwa terkejut melihat satu sosok manusia yang terapung di dalam saluran air kotor menerusi laporan media antarabangsa. Pada awalnya, mereka menyangka sosok tersebut adalah mayat manusia tetapi tanggapan mereka salah. Rupa-rupanya di dalam saluran air itu adalah seorang lelaki yang masih hidup sedang bertafakur. Memetik laporan Oddity Central, orang ramai dilihat terkejut melihat seolah-olah mayat yang terapung di dalam air kotor yang dipenuhi sampah sarap. Curiga dengan penampakan tersebut, beberapa orang di tebing terusan cuba menjerit ke arah mayat yang terapung untuk memastikan ia benar-benar mati. Tanpa berfikir panjang, seorang lelaki muda yang berani…
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau mempunyai kepentingan dalam projek tanaman Musang King di Gunung Inas, di sini yang didakwa menjadi punca banjir dan kepala air melanda Kampung Iboi, petang kelmarin. Katanya, projek tanaman Musang King itu dijalankan sebelum beliau mengambil alih kedudukan sebagai Menteri Besar Kedah dan pihaknya juga sudah memberi arahan untuk menghentikan projek itu pada Julai 2020 selepas dua bulan menjawat jawatan itu. Jelasnya, orang kata beliau seperti nak cover (lindungi projek) Musang King, jadi pi habaq (beritahu) tandak (takungan air) kampung (di gunung itu) pecah, tak betul tu (dakwaan projek Musang King jadi…
Projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas tidak boleh dianggap sebagai punca utama berlaku kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, di sini, semalam. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kejadian yang berlaku itu mempunyai persamaan dengan kejadian kepala air yang berlaku di Yan pada tahun lalu. Katanya, imej dirakam dari helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mendapati tandak (kolam kecil) yang dibina penduduk untuk menakung air masyarakat di gunung itu masih ada, namun dipenuhi pasir. Jelasnya, tandak air digunakan pengusaha tanaman durian juga tidak pecah. Itu bermaksud aliran air yang membentuk kepala…
Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. Jelasnya, umpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa kini. Katanya dalam satu kenyataan, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kebajikan warga penjawat awam perlu diberikan keutamaan. Adnan berkata, kerajaan perlu…
Seramai 27 kru dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas kapal dinaiki mereka terputus dua akibat dibadai ribut tropika Chaba yang melalui Hong Kong dan selatan China, baru-baru ini. Pihak berkuasa berkata, peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan. Tiga daripada 30 kru kapal itu berjaya diselamatkan ketika angin kencang dan hujan membadai pantai dan perairan kira-kira 300 kilometer barat daya bandar itu. Tapak kejadian itu dikelilingi oleh kira-kira 100 turbin angin yang ditambah dengan tiupan mencecah sehingga 140 kilometer sejam, telah menghalang usaha menyelamat. Hong Kong menghantar sembilan…
Melalui satu posting di Facebook, satu penulisan yang ditulis oleh seorang doktor perubatan telah tular apabila beliau membuat tuduhan berkenaan peniaga cuba buat untung besar dengan menaikkan harga barang jualan. Posting berkenaan telah menarik perhatian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Afyan Mat Rawi, yang ingin memberi komen di posting berkenaan. Menurutnya, dia yang berpengalaman berniaga di pasar malam, bazar Ramadan dan berniaga di tepi jalan nampak apa yang Tn Doktor serta kebanyakan orang tak nampak. Ia bukan semudah itu. Katanya dalam satu posting di facebook peribadinya, dia ingin menulis ulasan sendiri terhadap penulisan itu, tapi rupanya sudah ada yang tulis…
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan notis terhadap sebuah rumah penduduk yang dipenuhi barangan lusuh dan sampah sarap di SS 22/20 Petaling Jaya pada Selasa. MBPJ dalam kenyataannya memaklumkan, rumah itu dihuni seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun. Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati rumah itu terlalu kotor berikutan penghuninya menyimpan pelbagai barangan yang mengundang pencemaran. Katanya lagi, selain barangan lusuh dan sampah-sarap barangan lain ditemui seperti bekas kosong dan kolam takungan air yang menyebabkan jentik-jentik membiak serta terdapat juga pokok liar yang tumbuh di dalam rumah. Kenyataan itu memberitahu, semasa operasi itu dijalankan, penghuni telah dibawa polis ke…