Baru-baru ini, penduduk di Bangkok, Thailand mendakwa terkejut melihat satu sosok manusia yang terapung di dalam saluran air kotor menerusi  laporan media antarabangsa.

Ingat Jumpa Mayat Terapung, Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Yang TERJADI..

Pada awalnya, mereka menyangka sosok tersebut adalah mayat manusia tetapi tanggapan mereka salah. Rupa-rupanya di dalam saluran air itu adalah seorang lelaki yang masih hidup sedang bertafakur.

Memetik laporan Oddity Central, orang ramai dilihat terkejut melihat seolah-olah mayat yang terapung di dalam air kotor yang dipenuhi sampah sarap.

Curiga dengan penampakan tersebut, beberapa orang di tebing terusan cuba menjerit ke arah mayat yang terapung untuk memastikan ia benar-benar mati.

Tanpa berfikir panjang, seorang lelaki muda yang berani telah turun ke dalam air kotor itu dan sanggup meredah sampah dan lumpur di dasar, dan apabila dia menyentuh tubuh yang disangka mayat itu, rupanya ia hidup.

Jelasnya, pada mulanya mereka berfikir bahawa dia sudah mati! Semua orang menjerit tetapi dia tidak bergerak.

Difahamkan apabila seseorang cuba menariknya keluar dari air, tiba-tiba sahaja dia bercakap lalu menyatakan bahawa dia hanya bermeditasi.

Ingat Jumpa Mayat Terapung, Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Yang TERJADI..

Terkejut dengan situasi yang berlaku, difahamkan mereka menghubungi pihak ambulans untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas lelaki tua terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu berada dalam keadaan sedar dan sihat. Lelaki tersebut kemudian dihantar pulang dan disaran untuk mencari tempat yang lebih baik untuk bermeditasi.

Sumber: Oddity Central

Share.

Leave A Reply