Author: Miss Alin

Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati. Menurut satu kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung, dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh…

Read More

Seorang lelaki berusia 60 tahun didakwa telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga 90 kali tanpa menghiraukan kesan ke atas tubuh badannya di Jerman. Lelaki terbabit yang identitinya dirahsikan telah mengambil risiko berbuat demikian semata-mata untuk menjual kad vaksinasi kepada mereka yang enggan mengambil suntikan. Perbuatannya dilaporkan dapat dihidu oleh pihak berkuasa apabila lelaki berkenaan hadir di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony, Jerman untuk mengambil suntikan COVID-19 bagi hari kedua berturut-turut. Menerusi The Guardian, dpa melaporkan lelaki itu tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran, selain memalsukan dokumen berkaitan. Polis juga dilaporkan telah merampas beberapa kad…

Read More

Kenaikan harga daging segar ketika Ramadan berlaku kerana penternak sedang berhadapan dengan kos bahan mentah makanan yang tinggi di samping peningkatan permintaan daripada pembeli. Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat berkata, peningkatan kos harga makanan ternakan seperti kek kernel sawit (PKC), jagung dan soya sememangnya berlarutan sejak awal tahun lepas. Beliau berkata, ia sememangnya telah dijangka meningkat antara dua hingga tiga kali ganda setiap kali menjelang Ramadan dan perayaan Aidilfitri. Katanya lagi, sebenarnya sebelum ini pun dah naik, cuma mungkin orang tidak berapa perasan. Mungkin bila tiba bulan puasa ini, orang baru sedar sebab kenaikan itu turut disumbang…

Read More

Seorang penyampai stesen radio tempatan di sini tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah ini. Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya Mohd Safwan menjelaskan, berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada jam 6.16 petang dan jam 6.20 petang. Mohd Safwan berkata, beliau sebagai penyampai yang bertugas petang dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang. Jelasnya, azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau…

Read More

Umat Islam di Pulau Pinang yang didapati sengaja makan atau minum di khalayak ramai tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie ketika Ramadan boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata menurut Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau…

Read More

Sejumlah RM33 juta bil air di seluruh negeri ini direkodkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sehingga Februari lalu disebabkan kegagalan penduduk membuat pembayaran. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, berkata keseluruhan pengguna AKSB di Kelantan adalah seramai 271,876 pengguna. Jelasnya, jumlah tunggakan bil air sehingga Februari lalu sebanyak RM33 juta dan angka itu sangat tinggi. Justeru, beliau memohon mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turun padang supaya memaklumkan kepada rakyat untuk membayar bil air, sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini. Terdahulu, Rohani bertanyakan sejauh mana program pertukaran…

Read More

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaporkan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah itu. Jelasnya, pensyarah tersebut adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Beliau difahamkan, insiden terbabit berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam. Namun tambahnya, bagaimanapun,…

Read More

Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons. Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar. Jelasnya menerusi ciapan tersebut, beliau ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini dan berhubung dengan pihak UiTM. Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu. Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya. Susulan tular…

Read More

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar tindakan seorang pensyarah yang didakwa memperlekeh golongan B40 dalam video yang tular di media sosial, pada Rabu. Video klip berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah merendah-rendahkan golongan B40. Yang di-Pertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, tindakan pensyarah terbabit merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika malah sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera. Jelanya, kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak. Rasydan…

Read More

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti cadangan mengenakan hukuman 100 hingga 150 hari program khidmat masyarakat terhadap mereka yang mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU). Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata KPWKM berpandangan cadangan itu sesuai dilaksanakan kerana program khidmat masyarakat menggariskan tiga elemen utama, iaitu hukuman, pemulihan dan menginsafkan. Jelasnya, kementerian akan meneliti lebih lanjut cadangan itu dalam proses semakan Akta OKU 2008. Siti Zailah berkata lagi, KPWKM memandang serius insiden mendiskriminasi golongan OKU, terutama melalui penularan dalam media sosial. Bagaimanapun, katanya, pewujudan remedi dan penalti yang munasabah bagi menangani isu itu memerlukan penelitian…

Read More