Sejumlah RM33 juta bil air di seluruh negeri ini direkodkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sehingga Februari lalu disebabkan kegagalan penduduk membuat pembayaran.

Kelantan Catat Tunggakan Bil Air Sebanyak RM33 Juta

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, berkata keseluruhan pengguna AKSB di Kelantan adalah seramai 271,876 pengguna.

Jelasnya, jumlah tunggakan bil air sehingga Februari lalu sebanyak RM33 juta dan angka itu sangat tinggi.

Justeru, beliau memohon mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turun padang supaya memaklumkan kepada rakyat untuk membayar bil air, sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Rohani bertanyakan sejauh mana program pertukaran paip Asbestos Cement AC berusia lebih 35 tahun sepanjang

4,006 kilometer (km) dengan kos RM1.3 bilion bermula tahun 2018 hingga 2030, yang sedang berjalan.

Berhubung projek itu, Azami yang juga ADUN Kadok berkata, panjang paip berusia 35 hingga 40 tahun yang perlu ditukar adalah 4,006km.

Jelasnya, program pertukaran paip menerusi pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi tahun 2018, kita sudah menyiapkan 241km untuk tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat.

Tambahnya lagi, pada 2019 pula, kita menyiapkan sepanjang 225km membabitkan empat daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Untuk makluman, pinjaman itu perlu dibayar dan salah satu punca hasil

Katanya, AKSB adalah apabila pelanggan membayar bil air.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply