Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam serta beberapa bandar lain akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada Isnin. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya pada Isnin berkata, fenomena itu berlaku susulan peristiwa Ekuinoks Isnin lepas, iaitu matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jelasnya, semasa peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Menurutnya, Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermula musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi akan mula mengalami musim luruh. Tambahnya, fenomena ini dipanggil…
Author: Miss Alin
Kelantan: MAIK Tetapkan Bayaran Zakat Fitrah Sebanyak RM7 | Khalifah Media Networks – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini ialah sebanyak RM7. Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kadar yang kekal sama seperti tahun lepas itu telah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Ia sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ujarnya dalam satu kenyataan, kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan tahun 1443H/2022M pula sebanyak RM20,366. Berikutan untuk haul Ramadan 1443H hingga Ramadan 1444H. Bagaimanapun,…
Arab Saudi dan Qatar menyatakan kekesalan atas kekurangan perhatian terhadap konflik di Timur Tengah dengan Barat lebih menunjukkan solidariti mereka bersama Ukraine. Tambahnya, penderitaan kemanusiaan yang kita lihat di Ukraine dan semua orang bercakap mengenainya sekarang menjadi penderitaan banyak negara di rantau ini selama bertahun-tahun dan tiada apa yang berlaku. Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada Forum Tahunan Doha berkata, pihak mereka tidak pernah melihat tindak balas global untuk menangani penderitaan itu, antaranya ‘kekejaman terhadap rakyat Syria, Palestin, Libya, Iraq dan Afghanistan. Kerajaan Arab Saudi mahupun Qatar yang kaya dengan minyak dan gas, kedua-duanya rapat dengan Barat…
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai bijak merancang keperluan sepanjang Ramadan termasuk kehendak mendapatkan bufet Ramadan. Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kenaikan harga bahan basah mentah sejak kebelakangan dijangka terus berlaku memandangkan negara memasuki fasa peralihan endemik. Jelasnya, sebelum ini pun ada bufet Ramadan yang harganya mencecah ratusan ringgit untuk seorang namun ia pilihan dan bukan paksaan untuk setiap orang mendapatkan bufet Ramadan. Tambahnya, pengguna tidak boleh menyalahkan hotel menaikkan harga, sebaliknya ia berbalik kepada kemampuan kita dan ditambah dengan negara masuk fasa peralihan endemik bermula 1 April ini. Sebelumnya, harga bufet Ramadan dilaporkan bakal…
Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel atau nama sebenarnya, Amran Tompel Ramlie dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun, petang Sabtu. Berita kematian Allahyarham dimaklumkan oleh bekas isterinya, Anas Salmee Syed Mohamad, 53, ketika dihubungi Sinar Harian. Amran yang tinggal di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang di sini, sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan anak-anak untuk menguruskan diri. Anas Salmee berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 5.20 petang oleh pegawai perubatan yang datang ke rumah sebaik mendapati Allahyarham tidak memberikan sebarang respon lebih kurang jam 4.40 petang. Jelasnya, pagi tadi (Sabtu) seperti biasa beliau membantu anak-anak…
Kerajaan harus memberikan penjelasan mengapa mengambil keputusan untuk menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan. Jelasnya, apa sebab-sebab MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbang tara untuk projek ini? Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan? Beliau turut berkata, apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn Bhd terkait pengoperasian…
Seorang nelayan tempatan berdepan detik cemas apabila jarinya terputus ketika sedang menarik pukat di perairan Tanjung Sedili, di sini, baru-baru ini. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan berkenaan insiden itu pada jam 9.20 pagi Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Azmi Arifin, 46 tahun, sedang melakukan kerja-kerja menarik pukat di kedudukan 10.8 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Besar. Jelasnya, nelayan tempatan memaklumkan bahawa salah seorang rakan mereka putus jari akibat tersepit pada mesin penarik pukat di perairan berkenaan. Ujar beliau, bot pengadu juga dilaporkan tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan.…
Berang kerana anaknya ditegur, seorang lelaki cuba mendapatkan perjelasan dari jirannya sebelum berlaku pertikaman lidah antara mereka dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kejadian berkenaan selepas ia tular di media sosial pada Khamis. “Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan. “Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenainya bumbung rumahnya dan mengakibatkan…
Penganjur Formula One (F1) telah mengesahkan bahawa penganjuran Grand Prix Arab Saudi hujung minggu ini tetap akan diteruskan. Menerusi laporan The Guradians, perlumbaan berprofil tinggi itu akan berjalan mengikut jadual walaupun di sebalik kebimbangan pemandu susulan serangan peluru berpandu ke atas fasiliti minyak berhampiran pada petang Jumaat. Perbincangan antara pemandu, ketua pasukan dan eksekutif F1 berhubung faktor keselamatan acara dilapor telah berlangsung hingga jam 2 pagi pada Sabtu. Keputusan meneruskan perlumbaan disampaikan ketua setiap pasukan selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali. Kalangan pemandu F1 menyuarakan kebimbangan akan keselamatan sepanjang perlumbaan itu selepas depot minyak Aramco yang terletak…
Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan menjangkakan harga bufet Ramadan bagi bulan puasa yang dijangka bermula awal April depan, akan mengalami kenaikan sekitar 20 peratus. Pengerusinya, Haziz Hassan, berkata ia disebabkan beberapa faktor, termasuk kenaikan harga bahan mentah selain bagi menyerap kos operasi yang meningkat. Jelasnya, pengusaha hotel dijangka terpaksa menaikkan sedikit harga bufet Ramadan sekitar 20 peratus kerana harga barang dan bahan mentah yang meningkat selain bagi menyerap kos operasi. Namun, ia dijangka tidak menjejaskan sambutan orang ramai untuk berbuka di hotel. Katanya, ini kerana kerana kerajaan sudah memansuhkan had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai. Keputusan itu…