Berbuka puasa di kawasan lapang masih tidak dibenarkan walaupun kerajaan sudah memberi kelonggaran sektor ekonomi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki kawasan bazar Ramadan. Beliau berkata, setakat ini prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti ditetapkan kerajaan pada tahun lalu masih berkuat kuasa. Jelasnya, penganjur dan peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri diingatkan untuk terus kekal mematuhi SOP sedia ada sehinggalah kerajaan mengeluarkan peraturan baharu. Katanya, kerajaan negeri masih menunggu SOP baharu bazar Ramadan dan Aidilfitri susulan negara akan…
Author: Miss Alin
Pasukan penyelamat mengambil masa tiga jam untuk membawa turun mayat seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia selepas hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Puncak Jelapang. Mangsa dikenali sebagai Lau Sam, 84 tahun, yang hilang pada 11 Mac lalu, ditemui oleh sekumpulan malim gunung yang membantu operasi mencari dan menyelamat. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan malim gunung, mengambil masa tiga jam untuk membawa mayat mangsa turun ke kaki bukit. Jelasnya, mangsa dibawa turun dengan menggunakan ‘sked stretcher’ dan diserahkan…
Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, menerusi laporan CNN News. Perdana Menteri Fumio Kishida yang memaklumkan jumlah kematian terbaharu itu turut berkata punca kematian keempat-empat mangsa sedang dalam siasatan. Sebelum ini dilaporkan sekurang-kurangnya 100 cedera di tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima setakat ini, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana. Gempa berlaku pada 11.36 malam waktu tempatan, pada 37.7 darjah utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer. Amaran tsunami sehingga satu meter turut dikeluarkan di pantai wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk setempat…
Warga emas dirayu untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19. Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk mati jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu sangat penting menjelang Ramadan yang hampir tiba. Jelasnya, mungkin warga emas ini tidak kemana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih. Katanya lagi menerusi ciapan di Twitter, elok ‘top-up’ perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT. Menerusi hantaran tersebut, Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19. Data tersebut jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi. Ujarnya, kematian semalam (Rabu)…
Kedah mencatatkan sebanyak 65 kematian di luar fasiliti hospital (BID) bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, 86.2 peratus daripada jumlah itu membabitkan individu yang belum menerima suntikan penggalak. Katanya, kes BID di negeri ini didapati tinggi dan membimbangkan kerana 90 peratus daripada yang meninggal dunia tidak tahu mereka dijangkiti Covid-19. Jelasnya, mereka memang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, tetapi masih belum mengambil dos penggalak. Sekiranya ada individu mengalami simptom seperti demam, selsema dan sakit tekak sila lakukan ujian saringan Rapid Antigen Test Kits (RTK).…
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapat bahawa pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu merupakan yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. KWSP dalam satu kenyataan hari ini sekali lagi menyuarakan kebimbangan berhubung tahap simpanan hari tua pencarum. Jelasnya, tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. Tambahnya, KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial…
Kerajaan diminta untuk membenarkan Kedah mengusahakan penanaman ketum bagi tujuan perubatan dan dieksport ke luar negara. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah memiliki tanah paling sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesies ketum terbaik bagi perubatan yang diusahakan di Thailand. Menurutnya, ketum juga merupakan tanaman yang mempunyai permintaan eksport tinggi dengan harga pasaran di Thailand boleh mencecah sehingga RM150 sekilogram. Jelasnya, oleh kerana permintaan tinggi, harga daun ketum di sini sekitar RM30 sekilogram dan boleh meningkat hingga mencecah RM100 hingga RM150 sekilogram apabila sampai di sempadan. Begitu mahal. Justeru, beliau berkata bahawa ingin mencadangkan perkara tersebut…
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menjadi dalang skandal 1MDB menyelewengkan AS$1.42 bilion daripada urus niaga bon yang diatur oleh Goldman Sachs Group Inc untuk dana negara Malaysia, kata ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang menyiasat dana itu ketika memberi keterangan. Menerusi laporan FMT, Eric Van Dorn merujuk kepada jumlah wang itu daripada kandang saksi pada hari Isnin dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng. Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengaut AS$756 juta daripada jumlah keseluruhan AS$6.5 bilion, kata Van Dorn kepada juri di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York. Katanya, bekas…
(Ada Video) Pasangan Remaja Dikecam Netizen Solat ‘Jemaah’ Online | Khalifah Media Networks – Di laman sosial Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kecoh apabila ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’. Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai. Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’. Ini berlaku ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video. Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam. Jelasnya, ada orang…
Dua gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah Sumatera Utara di barat Indonesia pada pagi Isnin, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk. Gempa pertama berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku 4.09 pagi waktu Indonesia Barat dan dirasai dalam tempoh seminit, berlaku pada kedalaman 25 kilometer (km) dengan pusat gempa 161 km dari daerah Nias Selatan. Nias Selatan yang mempunyai penduduk seramai 364,880 orang, terdedah kepada bencana alam termasuk gempa bumi. Gegaran susulan bermagnitud 6.0 melanda pada 4.38 pagi turut dirasai di kawasan seperti Padang dan Pariaman. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Sumber: Astro Awani