Dua gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah Sumatera Utara di barat Indonesia pada pagi Isnin, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Dua Gempa Bumi Kuat Melanda Indonesia

Gempa pertama berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku 4.09 pagi waktu Indonesia Barat dan dirasai dalam tempoh seminit, berlaku pada kedalaman 25 kilometer (km) dengan pusat gempa 161 km dari daerah Nias Selatan.

Nias Selatan yang mempunyai penduduk seramai 364,880 orang, terdedah kepada bencana alam termasuk gempa bumi.

Gegaran susulan bermagnitud 6.0 melanda pada 4.38 pagi turut dirasai di kawasan seperti Padang dan Pariaman.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply