Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 dilaporkan tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

"Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Tidak Akan Dilaksana Tahun Ini"- Menteri Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

Jelasnya lagi, kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

Berita akan menyusul

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply