Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 dilaporkan tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik. Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan. Jelasnya lagi, kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan…
Author: Miss Alin
Gunung Merapi di Indonesia meletus malam tadi, mengeluarkan lahar panas dan abu ke lereng gunung, menyebabkan lebih 250 penduduk di kawasan sekitar terpaksa berpindah, kata Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB). Gunung itu memuntahkan awan panas iaitu campuran abu dan bahan gunung berapi, yang mengalir sepanjang 5 kilometer (km) menuruni cerunnya, antara hampir tengah malam dan 2 pagi waktu tempatan hari ini, kata agensi geologi Indonesia di Twitter. Jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan hari ini, berkata gunung berapi di Pulau jawa yang berpenduduk itu dikesan memuntahkan kepulan abu panas sekurang-kurangnya tujuh kali setakat ini. Jelasnya, sekitar 253 penduduk di…
Individu pertama dilaporkan menerima pemindahan jantung daripada khinzir yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia, kata pihak hospital di Amerika Syarikat, baru-baru ini. David Bennett, 57, telah menerima pemindahan jantung haiwan itu pada 7 Januari lalu dan meninggal dunia pada 8 Mac, kata Sistem Perubatan Universiti Maryland dalam satu kenyataan. Dia meninggal dunia lebih dua bulan selepas melakukan pemindahan organ tersebut. Menurut seorang jurucakap hospital kepada AFP , tiada punca jelas yang dikenal pasti ketika kematiannya. Sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Bennett mula merosot yang melibatkan masa selama beberapa hari. Jelas pihak hospital dalam satu kenyataan, selepas didapati tidak akan…
Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk dua kanak-kanak dipercayai terbunuh selepas kawasan perumahan bandar Sumy di Ukraine dibom, susulan pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya itu. Menerusi laporan The Guardian, kejadian tersebut turut menyebabkan seorang lagi kanak-kanak cedera. Penempatan timur laut itu diserang sejak 13 hari lalu dan Rusia dipercayai menggugurkan bom-bom dengan jumlah berat 453 kilogram ke atas rumah-rumah di dua jalan di bandar berkenaan. Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Anton Gerashchenko berkata, serpihan masih dibersihkan, tetapi 18 orang disahkan maut. Pihak berkuasa kemudian berkata, angka kematian itu meningkat kepada 21 orang. Imej menunjukkan kemusnahan dengan rumah yang rata sepenuhnya. Jabatan…
Kerajaan dilaporkan belum membuat keputusan berkaitan pemberian vaksin COVID-19 secara berkala atau berterusan, termasuk kepada kumpulan berisiko tinggi. Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, keputusan kerajaan mengenai perkara itu adalah bergantung pada syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik daripada pelbagai sumber dari dalam dan luar negara atau data secara berterusan. Menurutnya, hal ini termasuk mengambil kira syor daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan antarabangsa yang lain. Ia bagi menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin mengetahui sama ada suntikan dos penggalak akan menjadi norma baharu dan semua rakyat perlu mengambil suntikan itu setiap enam…
Tiga negeri yang berjiran dengan Thailand menyifatkan pembukaan sempadan pada 1 April ini akan membawa banyak kesan positif, terutama dari segi ekonomi dan hubungan masyarakat kedua-dua negara. Di Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembukaan sempadan negara itu turut akan membuka peluang kepada kemasukan pekerja asing, yang sekali gus akan dapat meningkatkan produktiviti di kebanyakkan sektor. Jelasnya, ini termasuk kilang, ladang, perkhidmatan, pembinaan dan restoran, yang mana ekonomi kita akan ‘boom’ semula. Bagaimana pun, kerajaan perlu berhati-hati serta perlukan sedikit masa untuk siapkan tatacara yang sesuai. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan…
Sekurang-kurangnya lima mangsa termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bangunan pangsapuri runtuh di hab komersial Ivory Coast di sini malam tadi, menurut Jabatan Bomba. Penyelamat menggunakan lampu bagi meneruskan kerja mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang malam dengan mengalihkan serpihan konkrit dan mengeluarkan 30 mangsa masih hidup termasuk seorang bayi. Sekurang-kurangnya 13 mangsa dimasukkan ke hospital dan seorang mangsa yang terselamat, Ladji Doumbia, yang tinggal di tingkat empat, berkata keseluruhan bangunan bergegar dan bergoyang, disusuli bunyi kuat. Perdana Menteri, Patrick Achi, melawat tapak bencana dan menjanjikan penyiasatan punca keruntuhan, yang berlaku seminggu selepas beberapa orang terbunuh dalam satu lagi runtuhan bangunan…
Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang melebihi usia 18 tahun dan masih memegang Akaun Kanak-Kanak diminta untuk menukar status akaun mereka kepada Akaun Dewasa. Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abd Wahab dalam kenyataan, hari ini berkata, penukaran status akaun perlu dilakukan sebelum 1 Mei ini memandangkan Akaun Kanak-Kanak hanya boleh ditadbir oleh penjaga bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun. Jelasnya, pengumuman pelanjutan tempoh (yang dibuat) pada November tahun lepas adalah untuk memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga untuk melakukan proses penukaran status di cawangan-cawangan TH berdekatan. TH difahamkan akan melaksanakan…
Tindakan dua anggota Polis Trafik menahan pergerakan sebuah ambulans di bandar raya ini pada Sabtu lalu, bukan bertujuan memberi keutamaan laluan kepada konvoi kenamaan (VVIP), sebaliknya dibuat bagi mengelak pertembungan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, kejadian berlaku ketika dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) JBU) itu sedang menjalankan penugasan kawalan lalu lintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Beliau berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit ditugaskan membuat ‘cut off/point duty’ di persempadanan daerah Johor Bahru Selatan dan JBU di Jalan Danga Bay menghala ke Skudai, pada…
Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah dibuka bermula Ahad, 6 Mac dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna. Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya menjelaskan ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal. Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu. Jelasnya, ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan. Menurut kenyataan itu, slot tempahan umrah pada bulan Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari…