Author: Miss Alin

Indonesia membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain. Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali, kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan. Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan…

Read More

Ibu kepada pelakon Thailand Nida “Tangmo” Patcharaveerapong pada Jumaat berkata dia memaafkan dua rakan lelaki yang ada bersama anak perempuannya di atas bot laju pada malam kejadian. Ketika ditemu bual dalam satu program TV, Panida Siriyuthayothin berkata dia memaafkan pemilik bot laju Tanupat “Por” Lerttaweewit dan pemandu bot Phaiboon “Robert” Trikanjananun. Dia bagaimanapun tidak memaafkan rakan Tangmo yang lain, lapor Bangkok Post. Tangmo ditemukan mati lemas pada Sabtu, namun pelbagai persoalan timbul berhubung kematiannya termasuk kemungkinan ia disengajakan. Panida berkata Por menelefonnya keesokan hari dan meminta maaf selain mahu bertemunya secara peribadi. Jelasnya, Por berjanji untuk menjaga saya seperti yang…

Read More

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap di luar tingkap rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Taman Pelindung Damai di sini, baru-baru ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Kamarul Bieza Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk jam 10.11 pagi berhubung kejadian. Menurutnya, susulan maklumat, lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat. “Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut masih berada di luar tingkap dan tindakan menyelamat segera dijalankan. “Anggota menggunakan tangga untuk naik dan membawa turun kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Kamarul Bieza berkata, punca kejadian tidak…

Read More

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menyatakan dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Khamis bahawa Israel sebagai bakal sekutunya yang berpotensi. Putera itu juga menyatakan beliau juga mahu bekerjasama dengan Iran. Pemimpin de facto Arab Saudi yang berumur 36 tahun itu juga menyatakan pembunuhan seorang wartawan, Jamal Khashoggi di Pejabat Konsulat negaranya di Istanbul, Turki sebagai satu kesalahan besar. Namun, katanya, beliau dipersalahkan secara tidak adil oleh pihak-pihak tertentu berhubung kematian rakyat negaranya itu. Putera tersebut juga menyatakan minatnya dalam drama bersiri televisyen yang popular, ‘Game of Thrones’ yang menjadi fenomena dunia. Menerusi laporan Press tv, beliau menyentuh tentang…

Read More

Status vaksinasi golongan warga emas akan bertukar kepada tidak lengkap, jika tidak mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 April ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, pertukaran status itu akan berlaku ke atas semua penerima vaksin dalam kalangan warga emas, tanpa mengambil kira jenis dos vaksin primer diterima mereka. Selain itu, katanya, seramai 350,000 penerima dos premier vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dalam kalangan warga emas dikenal pasti belum menerima suntikan dos penggalak. Beliau menengaskan, mulai 1 April ini, bagi penerima dos premier Sinovac tidak kira usia dan bagi semua warga emas tidak kira jenis dos premier yang tidak mengambil…

Read More

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani, menegaskan tiada sebarang kegiatan pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan sangat besar ketika banjir melanda Hulu Terengganu, Ahad lalu. Beliau sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak, termasuk netizen yang kongsikan maklumat tidak benar itu dalam media sosial. Sebaliknya ujar beliau, berdasarkan taklimat Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah disebabkan terjadi gelinciran tanah sehingga menyebabkan tanah runtuh (berhampiran Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud/SJSM di Kenyir) pada Ahad lalu. Katanya, ketika kejadian tanah runtuh itu, turut berlaku fenomena ‘kepala air’ yang menyebabkan banyak pokok berhampiran, sampah sarap yang lama dan…

Read More

Tokoh Seniman Negara, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4.33 petang tadi. Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya, Hussein Abdul Salam. Katanya, Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru. Jelasnya, jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok. Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B adalah penerima Anugerah Seniman Negara 2004. Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu…

Read More

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar dan tepat. Menurut pakar ekonomi, Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi, semua hutang 1MDB mempunyai kadar faedah yang perlu dilangsaikan dan ia perlu dibayar oleh kerajaan. Katanya, dalam konteks 1MDB, syarikat pelaburan tersebut juga mengeluarkan bon untuk berhutang. Jelasnya, justeru dakwaan Najib tidak betul. Bon itu ada faedah. Jadi, siapa yang membayar faedah ini? Kerajaanlah yang bayar. Tambahnya, ini tak termasuk dengan duit pokok (prinsipal). Hutang ini perlu dibayar pada ketika ia matang. Mungkin pada tahun…

Read More

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2021. Jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion. Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP berjaya mengekalkan kestabilan dan berdaya tahan untuk tahun 2021. Beliau berkata, sebahagiannya adalah kerana KWSP mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global. Jelasnya, pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Katanya lagi dalam satu kenyataan, KWSP berharap dividen ini dan prestasi…

Read More

Penerima vaksin boleh melaporkan sendiri kesan advers susulan imunisasi (AEFI) sekiranya pengamal perubatan yang merawat mereka tidak berbuat demikian. Ketua Seksyen Farmakovigilans, Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Azuana Ramli, berkata lazimnya laporan berkenaan AEFI dibuat pengamal perubatan di KKM atau swasta jika mengesyaki ada kaitan dengan pemberian vaksin. Bagaimanapun, katanya, penerima vaksin yang berasa mengalami kesan berkenaan boleh memuat turun borang dalam laman sesawang NPRA dan mengisinya sendiri sebelum diemel kembali kepada pihak terbabit. Jelasnya, jika berasa terkesan dengan pelalian diterima, segera ke klinik kesihatan atau pusat perubatan swasta untuk pemeriksaan.…

Read More