Tokoh Seniman Negara, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4.33 petang tadi.

Tokoh Seniman Negara, Rahman B Meninggal Dunia

Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya, Hussein Abdul Salam.

Katanya, Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.

Jelasnya, jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok.

Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B adalah penerima Anugerah Seniman Negara 2004.

Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni dimiliki ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply