Author: Miss Alin

Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak |  Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan maut termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran susulan satu letupan kuat di barat daya Perancis, baru-baru ini. Dikhabarkan beberapa bangunan di pekan St Laurent-de-la-Salanque, kira-kira 15 kilometer dari bandar Perpignan turut musnah dalam kejadian petang semalam. Usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan di dua blok pangsapuri. Punca kejadian masih dalam siasatan. Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin memaklumkan, angka kematian ketika ini disahkan adalah tujuh namun pasukan kecemasan masih menjalankan usaha pencarian. Jelasnya, Pendakwa raya ketika ini tidak mempunyai maklumat bagi menentukan kejadian tersebut disengajakan atau sebaliknya. Pasukan bomba…

Read More

Pakar Ekonomi Jangka KWSP Bakal Umum Dividen | Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6.0 peratus, didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana tersebut selain prestasi pasaran modal yang positif. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020. Jelasnya, atas alasan itu, ada kemungkinan kadar dividen akan datang ini jauh lebih baik berbanding 2020 justeru…

Read More

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Sujud Solat Dhuha | Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya di Segambut di sini, pagi hari ini. Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 10 pagi. Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan. Jelasnya, rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran…

Read More

Banyak Negara Arah Rakyat Tinggalkan Ukraine Segera | Bimbang dengan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, banyak negara menggesa rakyat mereka meninggalkan negara itu selain mengurangkan bilangan kakitangan diplomatik. Antara negara yang menggesa warganegara mereka meninggalkan Ukraine ialah Amerika Syarikat (AS), Jerman, Itali, Britain, Ireland, Belgium, Luxembourg, Belanda, Kanada, Norway, Estonia, Lithuania, Bulgaria, Slovenia, Australia, Jepun, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Perancis menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke kawasan sempadan di utara dan timur Ukraine, tetapi tidak menggesa rakyatnya untuk meninggalkan negara itu. Romania, yang bersempadan dengan Ukraine mengesyorkan warganya mengelak perjalanan ke negara itu dan menilai semula…

Read More

PM Bidas Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan | Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah. Jelasnya, langgar SOP bukanya jenayah.. tidak ada sangkut paut dengan jenayah, dan Kementerian Kesihatan sudah keluarkan kompaun. Kalau siapa kena kompaun kena letak jawatan, beliau ingat tiada siapa yang boleh bekerja sebab semua kena letak jawatan. Semalam Hishammuddin Tun Hussein mengakui kekhilafannya kerana melanggar SOP ketika hadir dalam Majlis…

Read More

Sambut Valentine’s Day. Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Dari Perspektif Islam, Kristian & Buddha | Khalifah Media Networks – Sebut sahaja Hari Kekasih atau ‘Valentine’s day’ sudah pasti tarikh 14 Februari ini menjadi tarikh yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Hari Kekasih ini kebanyakannya disambut oleh mereka yang mempunyai pasangan kekasih masing-masing dan masih belum berkahwin. Dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Valentine’s Day dan apabila hari ini tiba, banyak hubungan yang tidak diingini akan berlaku. Tetapi bagi umat Islam, bolehkan mereka menyambut sambutan ini? Amatlah penting bagi mereka yang beragama Islam untuk mengetahui selok-belok mengenai Hari Kekasih ini. Oleh itu, Mufti Wilayah Persekutuan melalui…

Read More

Kerajaan Thailand Bakal Buka Sempadan Thai-Malaysia Bulan Depan | Kerajaan Thailand dilaporkan sedang merancang untuk membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan. Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek, berkata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun. Memetik laporan Bangkok Post menerusi Berita Harian, berikutan dasar kerajaan untuk membuka gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test and…

Read More

Dua Beradik Warga Asing Maut Selepas Makan Sisa Tong Sampah | Dua beradik warga Myanmar dilaporkan maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini, petang ini. Mangsa dikenali sebagai Nizambudin, empat tahun, dan adiknya, Ngei Jamaludin, dua tahun, dilaporkan meninggal dunia berhampiran tempat kejadian pada jam 5.40 petang. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.15 petang. Siasatan mendapati bapa kanak-kanak itu melihat kedua-duanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berdekatan.…

Read More

Inisiatif Tukar Sampah Kepada Barangan Keperluan, Potongan Bayaran Sewa Rumah | Inisiatif pertukaran sampah kepada potongan bayaran sewa rumah dan barangan keperluan asas menerusi 1C1R (1 Community 1 Recycle) mampu menarik minat masyarakat mempraktikkan amalan kitar semula, sekali gus memberi impak kepada kualiti alam sekitar. Menerusi inisiatif menggunakan konsep sistem barter itu, penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang membawa barang kitar semula ke kios 1C1R akan mendapat mata ganjaran atau ‘green coin’ yang boleh dikumpul dari semasa ke semasa dan kemudiannya ditukar kepada pembayaran sewa rumah serta barangan keperluan harian. Misalnya, setiap satu kilogram (kg) sisa tin aluminium yang mewakili…

Read More

Rundingan Diplomasi Ukraine-Rusia Gagal Redakan Ketegangan | Usaha rundingan diplomasi melalui panggilan telefon, semalam, gagal meredakan ketegangan berhubung isu Ukraine, dengan Amerika Syarikat (AS) terus menegaskan bahawa Russia bakal berdepan ‘akibat buruk yang teruk dan segera’ jika melancarkan serangan. Bagaimanapun Presiden Russia, Vladimir Putin, membidas dakwaan negara Barat bahawa Moscow berkemungkinan akan melakukan tindakan itu, dengan menyifatkannya sebagai ‘spekulasi provokasi’ yang boleh membawa kepada konflik di negara bekas Soviet itu. Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan dibacakan Russia berhubung panggilan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Menurut Pejabat Macron, perbualan telefon antara dua pemimpin itu berlangsung selama satu jam 40 minit…

Read More