Banjir: Ribuan Gelincir Tanah, Aliran Puing Punca Utama Bencana | Ribuan gelinciran tanah dan aliran puing dikesan menjadi punca utama bencana Banjir Puing membadai kawasan lembah tanah tinggi di Lembangan Sungai Bentung, Pahang dan Sungai Langat, Selangor, baru-baru ini. Situasi itu ditemui Ketua Kluster Alam Sekitar & Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, hasil tinjauan udara lebih dua jam di sepanjang lembangan Sungai Benus, Sungai Pertak, Sungai Timbul, Sungai Kerau, Sungai Telemung dan Sungai Bentung. Katanya, beliau mengesan gelinciran tanah dan aliran puing bersaiz sederhana hingga besar, dikesan secara meluas. Tanah runtuh yang besar, dianggarkan…
Author: Miss Alin
Gunung Di Arab Saudi Dilanda Salji Lagi | Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk dilaporkan telah diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu, sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu, menerusi laporan National News. https://twitter.com/SPAqualitylife/status/1477236516552380419?s=20 Salji agak tebal kali ini berikutan gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat laut bandar Tabuk dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan. Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang…
(ADA VIDEO) 1,000 Rumah Musnah Dijilat Api Di Colorado | Kebakaran hutan yang berlaku sejak Khamis lalu dikhabarkan terus marak di dua bandar di daerah Boulder dan Denver di Amerika Syarikat (AS), dengan tiga orang dilaporkan masih hilang serta dikhuatiri maut. Menerusi laporan Al-Jazeera, bencana alam itu menyebabkan ribuan mangsa terpaksa berpindah selepas hampir 1,000 kediaman musnah dijilat api. Pihak berkuasa memaklumkan, tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kehilangan penduduk diterima susulan kebakaran yang melanda kawasan metropolitan itu. Tiupan angin selaju 160 kilometer sejam (km/j) menyebabkan api merebak ke arah timur ke pekan Superior dan Louisville sehingga menyebabkan penduduk di…
Isu Pembalakan: Video Pembalakan Di Merapoh Isu Lama | Rakaman video berdurasi dua minit 51 saat berhubung isu pembalakan di kawasan hutan Merapoh, Lipis yang kembali tular di Facebook adalah video lama yang direkodkan pada tahun 2017. Aktivis dan Pengasas Save Merapoh Caves, Mohd Laili Basir berkata, video itu sebenarnya dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk kempen selamatkan hutan Merapoh yang ketika itu diancam kemusnahan akibat aktiviti pembalakan. Beliau berkata, selepas isu tersebut timbul dan bantahan dibuat pelbagai pihak, kawasan berkenaan diselamatkan kerajaan negeri Pahang. Diharapkan semua aktiviti pembalakan ketika itu dihentikan serta merta dan kawasan itu dipulihkan serta dikekalkan…
Demi Hobi, Lelaki Sanggup Beli Ikan Koi Harga RM30,000 | Kerana terlalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor. Ikan koi jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa. Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015. Katanya,…
Agensi Pelancongan Tanggung Kerugian Besar Akibat Penangguhan Umrah | Agensi pelancongan menanggung kerugian yang besar apabila kerajaan menarik semula keputusan penangguhan perjalanan jemaah umrah bermula pada 8 Januari ini. Malah agensi pelancongan terbabit bakal berhadapan dengan tuntutan tribunal atau mahkamah sivil daripada bakal jemaah umrah bagi menuntut semula bayaran telah dibuat akibat penangguhan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif POTO Travel & Tour Sdn Bhd, Ab Rahman Mohd Ali, perniagaan mereka baharu sahaja bermula setelah lama menghentikan operasi, namun kembali menerima tekanan. Keadaan ini memang sukar, sebenarnya kita berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbincang dengan kita atau persatuan secara lebih terperinci…
Banjir: Dua Lemas, Seorang Hilang Dibawa Arus Di Beluran | Banjir di daerah ini dikhabarkan telah mengorbankan dua nyawa akibat lemas dan seorang lagi masih dilaporkan hilang setakat ini, baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, setakat ini pihaknya menerima tiga laporan berasingan membabitkan mangsa lemas dan hilang. Katanya, kes terbaharu diterima membabitkan seorang lelaki warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liningkung di sini, pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang juga petani berusia 60 tahun dikatakan cuba menyeberang sungai terbabit untuk menuju ke rumahnya yang dilanda banjir. Mangsa kemudian…
Rakyat Korea Selatan Lari Rentas Sempadan Menuju Korea Utara | Tentera Korea Selatan pada Ahad berkata individu tidak dikenali menyeberangi sempadan timur antara Korea Selatan dan Korea Utara pada malam Sabtu walaupun terdapat usaha bagi menghalang tindakan itu. Individu itu dikesan bergerak ke Utara merentasi Garisan Persempadanan Tentera pada 10.40 malam, kira-kira 80 minit selepas dikesan oleh peralatan pengawasan yang dipasang di kubu sempadan yang dikawal ketat, menurut Ketua-ketua Turus Bersama (JCS). JCS juga dilaporkan masih belum mengenal pasti individu itu dengan siasatan masih dijalankan, menurut pegawainya. Selepas mengesan individu berkenaan di Zon Bebas Tentera (DMZ) pada kira-kira 9.20 malam,…
Umrah Tangguh: 10,000 Jemaah Terkesan Akibat Penangguhan Sementara | Kira-kira 10,000 jemaah dijangka terkesan susulan keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuatkuasa 8 Januari ini berikutan penularan jangkitan Omicron. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata daripada jumlah itu kira-kira 5,000 membabitkan jemaah yang dijadualkan bertolak ke Arab Saudi pada bulan ini, manakala selebihnya pada Februari dan Mac. Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kepentingan mengawal jangkitan COVID-19, namun nasib agensi yang mengendalikan umrah juga perlu diambil kira, begitu juga dengan bakal jemaah. Tambahnya, PAPUH dan agensi pelancongan yang mengendalikan…
Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Dikeluarkan Di Johor | Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor pada Ahad. MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, status tersebut dikeluarkan pada jam 10.35 pagi susulan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bharu. Menurut kenyataan itu, amaran hujan berterusan tahap buruk juga dikeluarkan bagi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan…