Author: Miss Alin

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipatuk ular tedung selar sewaktu hendak memberi makan kepada reptilia berbisa tersebut di Jawa Timur Trenggalek, Indonesia. Memetik laporan DetikJatim, kejadian malang itu berlaku sewaktu mangsa mahu memberi makan dua ekor ular peliharaannya yang masing-masing berukuran 4.5 meter dan 2.5 meter. Bagaimanapun, salah seekor ular berkenaan secara tiba-tiba mematuk tangan pawang itu. Menurut salah seorang saudara mangsa, reptilia itu telah dipelihara oleh mangsa sejak lima tahun lalu. Tambahnya, mangsa cuba meminta pertolongan dengan menghubungi kakaknya untuk datang ke rumahnya dengan segera. Sementara itu, Ketua Polis PPK Trenggalek, Stefanus Triadi Atmono berkata, mangsa selepas itu telah dibawa ke…

Read More

Seorang penoreh getah berusia 52 tahun dilaporkan telah ditemui maut selepas dibaham oleh seekor ular sawa sepanjang enam meter, lapor Kompas TV. Menurut penduduk kampung, mangsa yang merupakan seorang wanita telah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu sebelum usaha pencarian dilakukan di dalam hutan. Difahamkan, seramai 300 penduduk terlibat dalam misi pencarian itu namun tidak menemui jejak wanita berkenaan. Sebaliknya, mereka menemui seekor ular sawa sekitar jam 9 pagi waktu tempatan semalam sebelum menangkapnya. Menurutnya lagi, kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini kami menemui mangsa di dalam perut ular itu. Katanya, ular tersebut berjaya ditangkap sebelum dibunuh oleh penduduk kerana mengesyaki…

Read More

Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas dilanggar oleh anak sendiri yang berusia 15 tahun di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada Isnin lalu. Menurut laman berita Kompas.com, kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Honda Vario sebelum dilanggar oleh kereta jenis Toyota jenis Innova yang dipandu anak mereka. Ketua Polis Balikpapan, Kompol Ropiyani berkata mangsa bersama isterinya datang dari arah Bandara Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan bersama anaknya. Katanya lagi, ketika tiba di kawasan PT Schumberger, Batakan motor yang dibawa oleh pasangan terbabit dipercayai mengurangkan kelajuan sebelum anaknya yang memandu di bahagian belakang disyaki panik,. Dipercayai anak mangsa tersalah pijak pedal minyak sebelum…

Read More

Australia dilaporkan telah menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh kerajaan terdahulu. Menerusi laporan dari Reuters, kerajaan Australia menganggap status Baitulmuqaddis harus diselesaikan dahulu melalui rundingan damai di antara Israel dan Palestin. Bagaimanapun, kata Menteri Luar Negeri Penny Wong, Australia akan sentiasa menjadi rakan setia Israel dan komited kepada penyelesaian dua negara di antara Israel dan Palestin demi keamanan sempadan antarabangsa. Wong berkata dalam satu kenyataan, kerajaan memberi komitmen semula kepada usaha antarabangsa Australia dalam mencapai kemajuan ke arah penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan. Sebelum ini, keputusan awal untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara…

Read More

Perkongsian seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh pada Sabtu di media sosial mengenai kemungkinan tindakan tatatertib dihadapinya akibat membangkitkan isu berkaitan sistem pendidikan negara mendapat perhatian begitu meluas di dalam negara. Mohd Fadli yang merupakan guru matematik sekolah rendah itu berkata, dia berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana didakwa menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang dikatakan terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk murid. Dia berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dirinya tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah. Katanya, hujah untuk mengatakan dia tidak menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangannya…

Read More

Ada nada tidak puas hati diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman malam tadi. Menerusi hantaran di laman facebook milik beliau, Sanusi terlebih dahulu mengucapkan tahniah buat JDT yang menang mengatasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pemain dan penyokong kelab itu yang dikatakan sudah memberikan komitmen terbaik. Bagaimanapun menerusi hantaran yang memuatkan video aksi perlawanan itu juga, Sanusi seakan mempersoalkan keputusan perlawanan dengan mendakwa gol dijaringkan lawan itu ofsaid selain lawan pula diberikan penalti. Ujarnya, Tahniah JDT…

Read More

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya terhadap terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, mengenai dakwaan cukai pendapatan tidak dibayar. Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana, berkata notis pemberhentian oleh LHDN itu bermakna rayuan tidak akan diteruskan seperti dijadualkan di hadapan Mahkamah Rayuan hari ini. Jelasnya, LHDN memfailkan notis pemberhentian semalam, yang menyebabkan rayuan itu dikeluarkan daripada senarai. Yeong Kang juga mengesahkan urusan antara LHDN dan Nooryana sudah pun diselesaikan, namun beliau tidak mengulas lanjut. Peguam kanan hasil LHDN, Hazlina Hussain, mengesahkan…

Read More

Setakat bulan September, seramai 90 orang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia, sedang dalam proses dibawa pulang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 171 orang telah selamat dibawa pulang, manakala baki 88 orang lagi masih sedang dikesan. Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Perwakilan-perwakilan Malaysia di empat negara yang terlibat, iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, dan Thailand, akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara tersebut bagi tujuan pengesanan dan penyelamatan mangsa yang masih di bawah kawalan sindiket itu. Katanya lagi, tindakan yang diambil Perwakilan Malaysia termasuklah mendapatkan…

Read More

Kualiti jalan raya di Malaysia menurun lebih 5 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah kematian jalan raya direkod kedua tertinggi dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang. Selain Malaysia, Kuwait disenarai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand. Menurut laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads – US and International Ranking’ yang dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi – Malaysia disenarai pada kedudukan ke-12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk. Menurut kaji selidik itu, selain memiliki jalan terburuk Kuwait juga mempunyai jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi bagi…

Read More

Jabatan Penjara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat, bermula hari ini. Peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita hari ini bahawa jabatan tersebut menolak permintaan itu atas alasan keselamatan. Jelasya, kami telah menulis kepada Ketua Pengarah Penjara pada 19 September lalu dan mereka menjawab mereka tidak membenarkan atas keselamatan. Ujarnya, didapati ia agak tidak betul, sudah pastinya Parlimen lebih selamat daripada mahkamah…kerana kami telah menerima keputusan dan telah menulis rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata, mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan…

Read More