Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat, jika mendapat kebenaran Jabatan Penjara Malaysia. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kehadiran Najib ke Dewan Rakyat. Katanya, persoalannya sekarang adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah bidang kuasa saya kerana dia bukan di bawah jagaannya. Ia di bawah jagaan penjara. Ulasnya, maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan tersebut. Itu bukan kuasanya. Katanya lagi, fahamannya kalau pihak penjara melepaskan beliau dari penjagaan, maka penjara yang akan berikan…
Author: Miss Alin
Sejumlah 17 kanak-kanak antara 125 mangsa yang terkorban dalam tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur pada Sabtu, kata pihak berkuasa. Siasatan terperinci kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut, yang merupakan kejadian kedua terburuk dalam sejarah bola sepak dunia. Keganasan sering dikaitkan dengan perlawanan bola sepak di Indonesia, terutamanya di ibu negara Jakarta, namun kejadian di bandar kecil di Jawa Timur ini mengetengahkan lagi masalah itu. Menurut kakak kepada Ahmad Cahyo, 15 tahun, dan Muhammed Farel, 14 tahun, yang terkorban dalam tragedi tersebut, ini kali pertama adik-adiknya menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu. Tambahnya,…
Kerajaan negeri kesal dengan penganjuran konsert diadakan di dataran berhadapan Masjid Zahir di sini, yang menjejaskan nama baik Kedah yang dipimpin oleh PAS. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata pihaknya difahamkan acara itu dianjurkan oleh pihak tertentu dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Jelasnya, program itu dianjurkan bermula sejak pagi dengan aktiviti yang disusun oleh penganjur. Pagi itu semua nampak ok dengan ada jualan dan sebagainya, tetapi di penghujung program ada konsert. Katanya dalam satu kenyataan, pengisian seperti ini amat tidak wajar dan mencemarkan nama baik kita (kerajaan negeri), kita tercalar dengan acara itu.…
Kerajaan Indonesia mengarahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sementara perlawanan bola sepak Liga 1 sehingga prosedur penilaian dan keselamatan dilakukan susulan kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur. Presidennya, Joko Widodo atau Jokowi turut mengeluarkan arahan agar Ketua Polis Indonesia menyiasat secara menyeluruh punca kejadian itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 individu terkorban. Menurutnya, beliau telah mengarahkan Menteri Kesihatan dan Gabenor Jawa Timur memantau khusus terhadap rawatan mangsa-mangsa yang sedang dirawat di hospital agar mendapat layanan yang terbaik. Tambahnya, beliau juga telah memerintah kepada Menteri Belia dan Sukan, Ketua Polis dan Ketua Umum PSSI untuk menilai…
Kementerian luar Turki memanggil Duta Besar Jerman di Ankara berikutan kenyataan yang dibuat oleh wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai ‘tikus longkang’. Menurut jurucakap Kementerian Tanju Bilgic, pihaknya mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Speaker Parlimen Persekutuan Jerman itu mengenai Presiden Erdogan dalam ucapannya semasa berkempen menjelang pilihan raya di Lower Saxony. Tegas Bilgic, dia (Kubicki) tidak memiliki moral dan tanggungjawab dalam berpolitik. Kenyataan tidak berasas itu pada dasarnya memberi gambaran tentang tahap politik dan moral Kubicki, dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang biadab. Menerusi laporan Reuters, Kubicki mengesahkan membuat kenyataan itu semasa perhimpunan kempen…
Kerajaan wajar mendedahkan laporan hasil siasatan ke atas buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang sudah disiapkan Pasukan Petugas Khas, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, laporan itu tidak sepatutnya dibiarkan disimpan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi akan mengulangi kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Menurutnya, laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara `lantikan politik’ itu. Tambahnya lagi, laporan Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan mengenai isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan…
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad harus muhasabah diri apabila mendakwa kerajaan campuran sedia ada tidak memiliki pakar yang dapat mengatasi masalah ekonomi, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu berkata, Tun M yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air perlu melihat semula apa yang berlaku kepada ekonomi negara selepas 9 Mei 2018 sepanjang Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan beliau selaku Perdana Menteri ketujuh. Ujarnya, selepas setahun PH memerintah kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi lebih rendah. Banyak perniagaan ditutup menyebabkan ramai hilang pekerjaaan. Katanya menerusi…
Pengurus cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa akaun Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kemasukan wang RM90.9 juta pada Oktober dan November 2012. R Uma Devi, 43, berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya, dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu. Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata, terdapat transaksi kemasukan wang ke akaun AmIslamic Bank Berhad atas nama Najib berakhir nombor 694, pada 31 Oktober dan 20 November 2012, masing-masing sebanyak RM15,149,963.64 serta RM75,749,963.64. Katanya, beliau memperakui dan mengesahkan…
Perbicaraan kes pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew membabitkan dakwaan gangguan seksual, dilaporkan akan bermula esok hingga Jumaat ini di Mahkamah Majistret Tenom. Ebit, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.…
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan menembak bapanya sebelum mengambil keputusan menembak diri sendiri di Weatherford, Texas. Menweusi laporan New York Post, kanak-kanak perempuan itu dipercayai merancang untuk membunuh keluarganya termasuk haiwan peliharaan di rumah sebelum untuk melarikan diri bersama rakannya ke Georgia. Kes ini disahkan oleh pegawai polis di Balai Parker, Texas yang memaklumkan rancangan melakukan pembunuhan kejam telah dibuat bersama rakannya beberapa minggu sebelum kejadian. Walau bagaimanapun, rakannya tidak bertindak seperti yang dirancang. Ketika kejadian berlaku, pihak berkuasa menerima aduan selepas terdengar bunyi tembakan sekitar jam 11. 30 malam pada Selasa malam di sebuah rumah di Weatherford,…