Kementerian luar Turki memanggil Duta Besar Jerman di Ankara berikutan kenyataan yang dibuat oleh wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai ‘tikus longkang’.

Gelar Presiden Turki 'Tikus Longkang'. Ini Tindakan Erdogan Buat Ramai Respek!

Menurut jurucakap Kementerian Tanju Bilgic, pihaknya mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Speaker Parlimen Persekutuan Jerman itu mengenai Presiden Erdogan dalam ucapannya semasa berkempen menjelang pilihan raya di Lower Saxony.

Tegas Bilgic, dia (Kubicki) tidak memiliki moral dan tanggungjawab dalam berpolitik. Kenyataan tidak berasas itu pada dasarnya memberi gambaran tentang tahap politik dan moral Kubicki, dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang biadab.

Menerusi laporan Reuters, Kubicki mengesahkan membuat kenyataan itu semasa perhimpunan kempen pilihan raya dalam usaha menarik perhatian kepada peningkatan bilangan pendatang tanpa izin dari Turki yang masuk ke German melalui Balkan.

Ujar Kubicki lagi, tikus longkang dilihat kecil, comel, tetapi pada masa yang sama makhluk yang bijak dan licik yang muncul dalam cerita kanak-kanak.

Kubicki yang juga merupakan penggubal undang-undang Parti Demokratik Bebas (FDP) berkata Erdogan berjanji dan bersetuju untuk mengekang bilangan pelarian yang memasuki negara Kesatuan Eropah pada 2015.

Katanya, pada masa sama negara mengambil perhatian bahawa gelombang pelarian di sepanjang laluan Balkan (dari Turki ) sekali lagi meningkat, yang merupakan cabaran bagi dasar luar dan dalam Jerman.

Menghina presiden merupakan sebuah jenayah di Turki di mana Erdogan dan parti pemerintahan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) telah memerintah selama dua dekad.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply