Author: Admin Aqilah

Banjir: Kedah Tampil Beri Sumbangan Khas RM200,000 Kepada Selangor. | Kerajaan Kedah akan memberikan sumbangan khas RM200,000 kepada Selangor sebagai tanda kebersamaan rakyat negeri itu dengan negeri berkenaan yang sedang menghadapi musibah banjir. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, sumbangan itu akan diuruskan pejabat pegawai kewangan negeri dengan segera. “Kerajaan negeri Kedah amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain. Kesukaran penduduk dan kemusnahan harta benda tentulah lebih besar daripada yang dapat dibayangkan. “Sebagai tanda kebersamaan kami rakyat Kedah dengan seluruh mangsa banjir di Selangor,…

Read More

Banjir Di Taman Sri Muda: “Saya Hanya Nampak Kepala Ayah”. | PETALING JAYA: Terperangkap dalam banjir selama lima jam dengan air sudah mencecah paras dagu menjadi pengalaman sukar dilupakan buat satu keluarga yang menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam. Banjir di Selangor beberapa hari lalu menyebabkan keluarga terbabit cemas kerana bantuan belum tiba apatah lagi terdapat seorang ahli keluarganya terlantar akibat penyakit angin ahmar. Menerusi pengkongsian pengalaman seorang wanita dikenali sebagai Rose Anne di Facebooknya, ketika air sudah mencecah paras pinggang, dia beberapa kali menghubungi bantuan kecemasan namun gagal. Menurutnya, ketika itu dia bersama lapan ahli keluarga yang lain…

Read More

Speaker Tak Benar Bahas Isu Banjir, “Nak Tunggu Rumah Speaker Banjir?” | KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun tidak membenarkan isu banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri dibahaskan. Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata, Azhar sepatutnya memberi sedikit ruang dengan menggunakan apa yang terkandung dalam peraturan mesyuarat untuk membolehkan isu penting itu dibahaskan. Beliau turut menyuarakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana tidak menawarkan diri untuk menjelaskan maklum balas kerajaan kepada Ahli Parlimen, walaupun hadir di Dewan Rakyat. “Kami ingin mengetahui maklum balas kerajaan terhadap krisis…

Read More

Selepas NADMA Dikritik Gagal Bertindak Isu Banjir, Ini Tindakan PM. | PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengetuai usaha mendepani bencana banjir berkuat kuasa serta-merta, susulan kritikan terhadap kekurangan respons daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Katanya, MKN akan mengeluarkan arahan kepada semua pihak berkaitan berhubung tindakan yang perlu diambil segera. “NADMA akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan, dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas penyelarasan bencana negara. Pengumuman Ismail itu menyusul kritikan terhadap NADMA. Terdahulu,…

Read More

(VIDEO) Huru-Hara, Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Untuk Makanan. | SHAH ALAM – Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini terpaksa memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka pada Isnin apabila kehabisan bekalan makanan selepas terkandas dalam banjir selama dua hari di taman berkenaan. Satu klip video berdurasi 11 saat turut tular memaparkan kejadian tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun Anne Abdullah di Facebook. Polis Shah Alam sahkan berlaku kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk. Kejadian sekitar 2 petang itu melibatkan pasar raya Mydin, Gmart,…

Read More

Bantuan Daripada Orang Ramai ‘Membanjiri’ Ruang Parkir Stadium. | SEREMBAN – Penyatuan rakyat Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir jelas terserlah apabila timbunan beg plastik dan kotak berisi pelbagai jenis barangan keperluan dihantar ke parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini pada Ahad. Program pengumpulan barangan untuk mangsa banjir yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia dan Persatuan Belia Dinamik Barat itu nyata mendapat sambutan menggalakkan. Pengerusi Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia, Mohd Shahril Anuar, 36, berkata, dia tidak menyangka program yang hanya diuar-uarkan di Facebook dan WhatsApp itu mendapat sambutan luar biasa. “Membantu mangsa-mangsa banjir ini…

Read More

PM Isytihar 3 Disember Hari Istimewa Buat Malaysia. Ini Sebabnya. | PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini. Dalam ucapan khas disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV1 dan media sosial malam ini, beliau berkata kerajaan berharap pengisytiharan itu dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia. Katanya, usaha berkenaan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia iaitu seluruh rakyat berbilang kaum bersatu hati dalam menggayakan keunikan dan keindahan batik tempatan. “Saya percaya pengisytiharan hari tersebut juga dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan…

Read More

(Ada Video) Tular Pemandu ‘Selamba’ Guna Laluan Motosikal Kini Diburu Polis. | KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang memandu di dalam lorong motosikal di Kilometer (KM) 29.5, Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya mengesan sebuah video yang tular di media sosial berhubung kejadian itu, pada Rabu. “Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. “Kenderaan terlibat adalah sebuah kereta jenis Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis. Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin menyeru pemilik atau pemandu…

Read More

Mahkamah Arah Harta Dan Aset Sajat Disita. Ini Puncanya. | PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi mengarahkan harta milik usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat disita sebagai tuntutan pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn Bhd. Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor pada 22 November lalu, selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources. Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara, susulan kegagalannya membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.…

Read More

Lebih 1,400 Doktor Kontrak Letak Jawatan. | KUALA LUMPUR: Berkhidmat dalam sektor swasta dan di luar negara menjadi antara alasan lebih 1,400 doktor kontrak yang meletakkan jawatan sejak 2017 hingga Jun tahun ini, kata Dr Noor Azmi Ghazali. Timbalan Menteri Kesihatan berkata, alasan lain yang dinyatakan termasuk sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan dan membuka klinik sendiri. Katanya, penentuan peletakan jawatan itu merupakan hak yang diputuskan sendiri oleh pegawai perubatan lantikan kontrak atas sebab tertentu. “Seramai 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan dari Jan ini hingga 26 Nov…

Read More