Tindakan Undang-Undang Terhadap Peminjam Gagal Bayar PTPTN. | KUALA LUMPUR – Tindakan undang-undang merupakan pilihan terakhir akan dipertimbangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman masing-masing. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noriani Ahmad berkata, pilihan terakhir itu akan diambil selepas semua usaha yang telah dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik itu gagal. “PTPTN sebenarnya begitu mesra dengan peminjam dan bersedia untuk membuat rundingan dan perbincangan bagi membantu peminjaman membuat bayaran balik mengikut kemampuan kewangan peminjam tersebut. “Tindakan udang-undang adalah pilihan terakhir yang akan dipertimbangkan PTPTN setelah semua usaha telah dilaksanakan untuk…
Author: Admin Aqilah
Gadis 26 Tahun Ini Menjadi Tumpuan Warganet. Ini Sebabnya. | PETALING JAYA: Usikan berterusan oleh orang ramai mendorong Nur Atiqah Abdul Malek mencari gambar Low Taek Jo atau Jho Low. Melihat gambar Jho Low, Nur Atiqah terpaksa “mengaku” iras wajahnya memang ada persamaan dengan ahli perniagaan itu yang diburu polis kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB. Gadis berusia 26 tahun itu kemudian mengambil keputusan menerbitkan video Tik Tok yang memaparkan wajahnya dengan gambar Jho Low sebagai latar belakang. Nur Atiqah melakukannya sebagai gurauan, namun video itu turut memperlihatkan kreativiti beliau dalam menghasilkannya. Video Tik Tok itu sudah mendapat lebih 10,000 “like”…
Akaun Twitter Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM) Digodam Dan Dirampas. | Akaun Twitter rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM) telah digodam dan dirampas oleh troll mata wang kripto pada malam Rabu (11 November). Insiden itu disedari oleh netizen yang melihat sesuatu yang aneh berlaku dengan pemegang rasmi @TenteraDarat apabila namanya ditukar kepada “Shib” dan gambar profilnya digantikan dengan imej Shiba Inu atau logo mata wang kripto ‘SHIB coin’ dalam bentuk anjing. Penyiaran juga dibuat pada akaun itu, menandai pemegang Twitter untuk CoinMarketCap – tapak penjejakan harga dalam talian untuk aset kripto. Setakat pagi ini, akaun Twitter tentera kembali normal. Walau bagaimanapun,…
Lelaki Potong Kaki Sendiri, Baring Di Laluan Keretapi. Ini Sebabnya. | Seorang lelaki sengaja memotong kakinya sendiri telah dijatuhi hukuman penjara dan denda yang berat. Mahkamah telah memutuskan defendan yang dinamakan hanya sebagai Sandor Cs., mengikut undang-undang privasi tempatan yang ketat, sengaja baring di hadapan keretapi supaya dia boleh mendapatkan wang tunai bayaran insurans £2.4 juta (RM13.5 juta) pada 2014. Insiden mengejutkan itu bermakna kedua-dua kakinya dipotong dari lutut ke bawah dan dia menggunakan anggota palsu dan kekal menggunakan kerusi roda sejak itu. Penduduk kampung Nyircsaszari, Hungary berusia 54 tahun itu didakwa menaiki landasan supaya keretapi melanggar kedua-dua kakinya Mahkamah Daerah…
18 Individu ‘Main Puteri’ Dikompaun Langgar SOP. | KOTA BHARU – Seramai 18 individu termasuk empat wanita dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila mereka didapati berkumpul dan terlibat dalam kaedah rawatan tradisional ‘main puteri’ di sebuah rumah di Kampung Sungai, Bachok semalam. Kompaun bernilai RM60,000 itu dikeluarkan terhadap kesemua individu berusia 23 hingga 63 tahun kira-kira pukul 2 pagi. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan bahawa terdapat aktiviti ‘main puteri’ sehingga menyebabkan 100 individu berkumpul menyaksikan kaedah rawatan tradisional itu di rumah berkenaan pada pukul 12.30 tengah…
(Video) Penjaja Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Untuk Goreng Ayam. | SEORANG penjaja makanan menjadi perhatian di media sosial kerana mencelupkan tangan ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @nonvegfoodie, kelihatan penjaja tersebut membalik-balikkan ayam goreng di dalam minyak yang panas menggelegak sebelum mengangkatnya untuk diletakan di dalam sebuah bekas. View this post on Instagram A post shared by SHAILESH | JAIPUR (@nonvegfoodie) “Adakah tangannya tidak melecur? Dia mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas yang sedang mendidih untuk mengeluarkan ayam,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video tersebut. Video itu…
[VIDEO] Rakaman CCTV Di Gimnasium Dedah Pergerakan Aneh, Lelaki Diseret. | GIMNASIUM menjadi tumpuan kebanyakan daripada kita untuk bersenam. Namun, ia juga tidak dapat lari daripada peristiwa aneh. Momen mengerikan sebuah gimnasium di Colombia yang dirakam kamera litar tertutup menjadi tular di laman sosial TikTok. Menerusi paparan video dikongsikan pengguna TikTok @carlosruizoficiall, rakaman berdurasi satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan pergerakan memanaskan badan. Kemudian dia mula menyedari beberapa objek dan peralatan gimnasium bergerak sendiri dan menyebabkannya kelihatan tergesa-gesa cuba meninggalkan gimnasium terbabit. Bagaimanapun lelaki berbaju hitam itu tiba-tiba jatuh manakala sebelah kakinya ditarik dan badannya terseret.…
Benarkan Penjawat Awam Bersara Usia 40. Ini Antara Kebaikannya. | KUALA LUMPUR: Penjawat awam sepatutnya dibenarkan memilih bersara pada usia 40 tahun demi memberi peluang kepada mereka menceburi bidang lain walaupun tidak akan menikmati kadar bayaran pencen tinggi, cadang Johari Abdul (PH- Sungai Petani). Katanya, beliau percaya banyak penjawat awam mahu memilih bersara awal, justeru memberi ruang menceburi kerjaya profesional, membuka perniagaan atau terjun ke lapangan politik. “Ini memberi peluang untuk mereka tidak berada dalam perkhidmatan bagi tempoh lama. “Manfaat lain kesan daripada bersara awal ini juga mampu membantu golongan belia negara ini menyertai perkhidmatan awam dengan mengisi kekosongan mereka,”…
Pemandu Timbalan Menteri Tak Mengaku Memandu Secara Berbahaya. | PETALING JAYA: Pemandu kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan memotong di garisan berkembar, dua bulan lalu. Tertuduh, Mohd Nazre Che Mustafa, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memandu sebuah MPV jenis Toyota Alphard dengan cara memotong di garisan berkembar sehingga tindakan itu membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya…
Banglo RM15 juta Di Pulau Pinang Dikembalikan Semula Kepada Keluarga Jho Low. | KUALA LUMPUR: Kerajaan gagal melucut hak sebuah banglo milik keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan hak banglo tiga tingkat bernilai RM15 juta di Taman Tanjung Bungah, Pulau Pinang, serta wang yang disimpan dalam tiga akaun bank Hong Leong. “Pemohon (kerajaan) hanya menunjukkan wang yang dikreditkan ke dalam tiga akaun bank tetapi tidak memberikan sebarang bukti bagaimana akaun bank berkenaan berkait atau digunakan dalam aktiviti haram. “Hubungan antara responden ke-13 (ibu kepada Low,…