12 Diplomat Russia Diusir Keluar Negara Kerana Dituduh Perisik. | Washington: Dituduh sebagai perisik, 12 diplomat Moscow daripada misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diarah meninggalkan negara berkenaan. Susulan arahan itu, sebuah pesawat Rusia dibenarkan mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini semalam, untuk mengambil semua diplomat terbabit. Untuk rekod, Amerika Syarikat (AS) menutup ruang udaranya kepada semua pesawat Russia selepas Moscow menyerang Ukraine. Namun, pesawat Ilyushin Il-96 itu dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dan ia disahkan oleh portal FlightAware, yang mengesan semua pergerakan udara. Jurucakap Jabatan Negara AS berkata, kerajaan AS meluluskan penerbangan yang ditempah kerajaan Russia, untuk…
Author: Admin Aqilah
Mayat Pelakon Thailand Ditemui Terapung Di Sungai. | BANGKOK – Pasukan penyelamat semalam berjaya menemukan mayat seorang pelakon wanita Thailand, Tangmo yang terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger. Anggota-anggota penyelamat daripada Yayasan Ruamkanyu melaporkan telah menemui mayat Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida Patcharaveerapong terapung di sungai itu sekitar pukul 2.10 petang (waktu tempatan) semalam. Seorang pelakon lelaki Thailand yang turut menjadi sukarelawan dalam misi pencarian, Eakpan Bunluerit mengesahkan mayat itu adalah Tangmo. Mayat berkenaan terapung berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di bandar Nonthaburi. Polis menutup kawasan itu untuk memberi privasi kepada keluarga dan…
Peperangan Telah Bermula! Negara Ukraine Kini Diserang Roket. | KYIV: Russia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi tadi. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menerusi ciapan Twitter berkata, perang Presiden Russia, Vladimir Putin, sudah bermula dan meminta bantuan dunia bagi menghentikannya. Interfax Ukraine melaporkan, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Russia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan. Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine. Letupan turut dilaporkan…
Pelik Tapi Benar, Lelaki Hadiahkan ‘Ini’ Sebagai Mas Kahwin. | Surabaya: Mas kahwin biasanya sesuatu yang mewah dan bernilai sebagai hadiah kepada pasangan untuk kenangan perkahwinan. Sebaliknya, berbeza bagi pasangan pengantin di Ponogoro, Jawa Timur, yang menjadikan minyak masak sebagai mas kahwin. Akad nikah pasangan yang dikenali sebagai Supadi dan Sumariati itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Desa Suru. Ketua Pejabat Agama Sooko, Meky Hasan Tachtarudin yang dihubungi, mengesahkan mas kahwin yang diterima pengantin perempuan itu, Selasa lalu. Minyak masak menjadi pilihan pengantin lelaki kerana bahan masakan itu kini sukar didapati di pasaran. Sebelum ini, tidak berlaku masalah bekalan…
Mahkamah Benarkan Penjualan Buku ‘Gay Is OK!’, Ini Respons Menteri. | PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kebenaran buku Gay Is OK! A Christian Perspective dijual di negara ini. Menurutnya, langkah tersebut perlu diambil supaya ia tidak mendatangkan kegusaran masyarakat di negara ini khususnya umat Islam. “Tidak perlu untuk kita normalisasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia yang agama rasminya Islam, bermasyarakat ketimuran dan penuh kesopanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manual komuniti hijrah lesbian dan gay terbitan…
Ukraine: Para Pelajar Mula Siap Siaga Hadapi Peperangan. | KHARKIV: Pelajar di Kharkiv, timur Ukraine sedang belajar mengenai ves kalis peluru dan bahan letupan selain melakukan raptai latihan menyelamatkan diri sebagai persediaan menghadapi serangan tentera Russia. Pakar pertahanan awam, Oleksandr Shevchuk, berkata pihaknya sudah mula membiasakan kanak-kanak dengan persediaan itu. “Kita mahu mengelakkan kanak-kanak tercedera apatah lagi mungkin terbunuh dalam keadaan perang. “Kami biarkan mereka cuba memakai uniform, ves kalis peluru dan topi kami, menunjukkan kepada mereka bahan letupan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan jika berdepan senario perang,” katanya. Bandar di bawah kawalan kerajaan Ukraine yang menempatkan kilang membuat…
China, Russia Bekalkan Senjata Untuk Serang Orang Awam Di Myammar. | GENEVA: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan Russia termasuk Serbia didakwa terus membekalkan senjata kepada tentera junta Myanmar, yang digunakan untuk menyerang orang awam sejak rampasan kuasa negara Asia Tenggara itu tahun lalu. Pelapor khas PBB mengenai situasi hak asasi di Myanmar, Tom Andrew, menggesa Majlis Keselamatan mengadakan sesi sidang kecemasan ‘bagi berdebat dan mengundi satu resolusi untuk meminimumkan, melarang pemindahan senjata kepada tentera Myanmar yang disyaki digunakan untuk menyerang dan membunuh rakyat negara itu’. Beliau menyiarkan laporan panjang yang ditunggu-tunggu hari ini, memperincikan di mana…
Peraturan Terbaru, Wanita Boleh Dipecat Jika Tidak Tutup Aurat. | Kabul: Wanita yang bekerja dengan kerajaan Taliban diwajibkan menutup aurat – walau dengan selimut jika perlu – atau mereka akan kehilangan pekerjaan. Jabatan Amal Makruf Nahi Mungkar Taliban berkata, wanita tidak boleh keluar bekerja kecuali dengan menutup aurat, atau mereka boleh dipecat jika tidak mengikut peraturan ditetapkan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa Taliban mengeluarkan kenyataan itu kerana wanita di Afghanistan sentiasa menjaga aurat mereka di tempat awam, sekurang-kurangnya dengan selendang. “Mereka boleh mengenakan hijab mengikut cara masing-masing,” kata jurucakap kementerian, Mohammad Sadeq Akif Muhajir kepada AFP. Ketika ditanya mengenai kemungkinan…
Ribuan Bangkai Ikan Sardin Dan Bilis Penuhi Pantai. | Santiago: Ribuan ikan bilis dan sardin ditemui mati tanpa diketahui puncanya di sebuah pantai di Coliumo, Biobio di Chile. Penemuan ribuan spesies ikan itu mengundang tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan. Pegawai alam sekitar kini sedang menyiasat punca sebenar fenomena pelik itu lapor media tempatan pada Sabtu. Difahamkan, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kualiti air di wilayah berkenaan. Beberapa foto yang dirakam pada Ahad menunjukkan pantai bertukar menjadi warna perak kerana dipenuhi bangkai ikan. Kerja pembersihan bangkai ikan juga kini sedang giat dijalankan. Sumber: HM
Pembunuh Tembak Mati Wanita Selepas Dia Merayu Perlu Sara 4 Anak. | Philadelphia: Seorang wanita yang bekerja sebagai pemandu Uber di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) sempat merayu supaya tidak dibunuh kerana perlu menanggung empat anak. Namun, rayuan Christina Spicuzza, 38, tidak diendahkan sebelum dia ditembak mati seorang lelaki yang menggunakan perkhidmatannya, menurut pihak berkuasa. Kejadian menimpa Spicuzza itu berlaku selepas dia dikatakan mengambil suspek di Allegheny County, pada 10 Februari lalu. Mayatnya ditemukan dua hari kemudian di kawasan hutan di Monroeville, dengan masih memakai pelitup muka. Pemeriksaan lanjut juga menemui serpihan peluru di kepala wanita terbabit. Mangsa dilaporkan hilang pada…