Nur Sajat Kini Sah Sebagai Seorang Wanita. | PETALING JAYA: Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya, berkata dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses penukaran status jantina di negara itu mudah dilakukan. “Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang. “Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan…
Author: Admin Aqilah
Wanita Curi Berlian RM23 Juta, Tapi Diarah Bayar Balik RM1,400. | London: Seorang pencuri menyamar sebagai pakar permata yang menukar berlian bernilai 4.2 juta pound sterling (kira-kira RM23.8 juta) diarah mahkamah membayar balik kerugian itu dengan 250 pound sterling (kira-kira RM1,400). Ketika kejadian, Lulu Lakatos, 60, memaklumkan kepada tukang emas Boodles di Mayfair di sini, bahawa dia dihantar untuk menilai tujuh batu berlian berharga bagi pihak pembeli dari Rusia. Wanita itu bagaimanapun menggunakan kelicikan tangan menukar berlian asli itu kepada berlian palsu. Tindakan itu dikesan tukang emas berkenaan dan wanita terbabit dipenjarakan. Ketika menjalani prosiding pendengaran, mahkamah dimaklumkan Lakatos, ketika…
Kanak-Kanak Bawa Pistol Ke Sekolah Untuk Tembak Zombie. | Washington: Seorang murid sebuah sekolah rendah di Carolina Selatan membawa pistol datuknya kerana mendakwa mahu menembak ‘zombie’. Kejadian itu disedari seorang kakitangan sekolah berkenaan yang terlihat pistol di tempat duduk murid. Dia segera memaklumkan kejadian kepada pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya. “Bagaimanapun tiada ugutan dibuat terhadap kakitangan dan murid lain,” kata jurucakap polis Laurens, Leftenan Scott Franklin. Penguasa Sekolah Daerah 55 Laurens, Ameca Thomas berkata, tindakan pantas guru membolehkan kejadian itu diselesaikan dalam tempoh singkat. “Proses dijalankan dengan bantuan kakitangan sekolah berupaya memperoleh pistol itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.…
Kapal Perang China Didakwa Suluh Jet Australia Dengan Laser. | Canberra: Sebuah kapal perang China didakwa menggunakan laser untuk menyuluh jet Tentera Udara Australia, Khamis lalu. CNN melaporkan, Angkatan Pertahanan Australia dalam satu kenyataan pada Sabtu menyifatkan perbuatan seperti itu boleh mengancam nyawa. Dalam kenyataan sama, Angkatan Pertahanan Australia turut mengutuk sekeras-kerasnya kelakuan ketenteraan China yang tidak profesional dan berbahaya. Juruterbang yang menjadi mangsa serangan laser memberitahu ada cahaya seperti kilat menyebabkan rasa sakit, kekejangan dan bintik-bintik dalam penglihatan mereka hingga jadi buta sementara. “Ketika fasa kritikal penerbangan apabila juruterbang tidak mempunyai masa mencukupi untuk pulih, akibat pendedahan laser boleh…
Rusia Bersedia Untuk Serangan Penuh Ke Atas Ukraine. | Kyiv: Isyarat daripada Rusia menunjukkan Moscow sedang bersedia untuk serangan sepenuhnya ke atas Ukraine. Demikian kata Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Jens Stoltenberg pada Sabtu yang mengulangi amaran Amerika Syarikat (AS) berhubung pencerobohan. “Setiap petunjuk menunjukkan bahawa Rusia sedang merancang serangan penuh terhadap Ukraine,” “Kami semua bersetuju bahawa risiko serangan adalah sangat tinggi,” kata Stoltenberg memberitahu penyiar Jerman ARD di luar Persidangan Keselamatan Munich seperti dilaporkan Reuters. Dalam pada itu, Nato dikatakan sedang memindahkan kakitangan dari sini ke Lviv yang terletak di barat negara, dan ke ibu negara Belgium Brussels…
Rangka Manusia Dipercayai Lelaki Hilang Ditemui Di Bukit Pelindung. | PETALING JAYA: Rangka manusia disyaki seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lepas ditemui di kawasan Bukit Pelindung, Beserah, Kuantan semalam. Ia ditemui kira-kira 11.30 pagi dalam keadaan terselit di celah batu di kawasan kaki bukit tersebut, iaitu kira-kira 2km dari tempat beg dan selipar milik mangsa dijumpai sebelum ini, kata Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu. “Penemuan rangka itu hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan kembali kira-kira 9 pagi hari ini (Ahad). “Pasukan SAR terdiri daripada 17 anggota termasuk polis dan…
Indonesia Bakal Lancarkan Vaksin Covid-19 Buatan Sendiri Ogos Ini. | JAKARTA: Indonesia berhasrat melancarkan vaksin COVID-19 buatan sendiri pada Ogos ini, dengan fasa pertama ujian klinikal untuk vaksin Merah Putih itu kini sedang dijalankan. Penganalisis berkata, ia adalah perkembangan penting bagi Indonesia, di mana lebih 65 peratus daripada penduduknya yang layak sudah divaksin sepenuhnya, jika vaksin berkenaan boleh dihasilkan dalam negara daripada sumber yang dipercayai. Penyelidikan mengenai vaksin yang dinamakan sempena warna merah dan putih bendera Indonesia itu dijalankan Universiti Airlangga yang berpangkalan di Surabaya dan syarikat farmaseutikal tempatan, Biotis Pharmaceuticals Indonesia. Fasa pertama ujian keselamatan vaksin membabitkan 90 sukarelawan…
(Video) Kecoh Pergaduhan Guna Senjata Tajam Di Hospital. Ini Puncanya. | POLIS menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Buntong di Ipoh yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial pada malam Sabtu. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes pertama adalah mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di satu kawasan di Buntong sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HRPB. “Punca kejadian disyaki perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326…
“Saya Kurangkan Tuduhan Dadah Pada Anak Vincent Tan”-Thomas. | PETALING JAYA: Tommy Thomas membidas dakwaan bahawa beliau bertindak secara korup semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara dalam kes anak hartawan Vincent Tan, yang ditahan atas kesalahan dadah. Dalam kenyataan Thomas berkata, seperti lazimnya dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan. “Setelah mengkaji representasi dan kertas siasatan, menyemak peruntukan berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes, saya ingat (saya) mengurangkan pertuduhan. “Menerima representasi daripada peguam dan tertuduh, dan mengurangkan atau menggugurkan tuduhan susulan itu adalah perkara biasa di AGC. “Saya tidak…
Mengejutkan ! Ini Rupanya Jumlah Pengikut Palsu Di Instagram CR. | MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dianggarkan menerima 388,000 pound (RM2.21 juta) bagi setiap statusnya yang ditaja daripada pengikut palsu di Instagram. Bintang Portugal itu, dipercayai mempunyai 92 juta akaun palsu dalam 400 juta pengikutnya di platform media sosial berkenaan. Ia berpunca daripada peningkatan akaun bot di media sosial. Bagi setiap status ditaja yang dimuat naik Ronaldo – individu paling popular di Instagram – dia menerima bayaran sehingga 1.69 juta pound (RM9.62 juta). Namun jika 92 juta daripada pengikutnya adalah akaun palsu, bermakna RM2.21 juta daripada pendapatan itu adalah daripada akaun bot.…