Author: Admin Aqilah

Hampir 100 Lori Kontena Negara Jiran Ganggu Jalan Raya. | PADANG BESAR: Sikap segelintir pemandu lori kontena negara jiran yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya ketika menunggu giliran di pintu sempadan menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar di sini, menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya lain, malah penduduk setempat. Baru-baru ini tular di media sosial orang ramai mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut yang dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Tinjauan Bernama mendapati hampir 100 lori kontena menunggu giliran bermula jam 3 petang setiap hari untuk diperiksa sebelum dibenarkan masuk…

Read More

(Video) Peminta Sedekah Pura-Pura Buta, Dirakam Naik Kereta Mewah. | Apabila melihat peminta sedekah berada di mana-mana premis atau kaki lima, tumpah pula rasa simpati mengenangkan nasib mereka sehingga kita tidak kisah untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebannya. Namun, agak terkilan rupanya ada helah lain yang cuba disembunyikan oleh beberapa pihak sehingga sanggup berpura-pura menjadi orang kelainan upaya semata untuk meraih simpati. @wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs Misalnya seperti yang dikongsikan oleh Wan Siti Sarah di laman Tiktok di mana menyaksikan pasangan peminta sedekah sedang berjalan dari…

Read More

Lee Zii Jia Tumpaskan Juara Dunia Dengan Mudah. | PETALING JAYA: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mengekalkan reputasi cemerlang selepas dengan mudah menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, sebentar tadi. Dalam ciapan di Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zii Jia menewaskan Kean Yew 21-6, 21-14 dalam aksi pertama membabitkan Malaysia yang bertemu Singapura dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2020. Prestasi cemerlang ditonjolkan Zii Jia itu membolehkan skuad negara mendahului 1-0. Mula bergerak secara profesional selepas meninggalkan BAM, kemenangan hari ini membuatkan Zii Jia berada di kedudukan ranking nombor tujuh dunia menyamakan…

Read More

Soalan SPM ‘Apakah Perkahwinan Idaman Anda?’ Ini Penjelasannya. | PETALING JAYA: Di sebalik kritikan terhadap soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bahasa Melayu bertajuk “Apa perkahwinan idaman anda?”, wakil sebuah persatuan guru tampil mempertahankan penyediaan soalan itu yang melalui tapisan ketat sekumpulan pakar daripada panel penilai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, soalan itu bertujuan menguji kemahiran bertutur dan mengolah calon berdasarkan sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Justeru katanya, ia tidak perlu diperdebatkan kerana tidak timbul isu yang dipertikaikan pelbagai pihak. “(Soalan) perkahwinan idaman itu merujuk kepada cara hidup…

Read More

11 Mati Lemas Dihanyut Ombak Semasa Upacara Adat Indonesia. | JAKARTA: Seramai 11 maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan. Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur Budi Santosa. “Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut. Kejadian berlaku di pantai selatan pulau Jawa, dan ombaknya sangat besar. Mereka sebelumnya telah dilarang melakukan aktiviti sedemikian,”…

Read More

Lantai Bilik Tidur Runtuh, Lelaki Ditemui Mati Tertimbus. | PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui maut di bawah runtuhan lantai bilik tidurnya di Kuching petang semalam. Kejadian disedari oleh abang mangsa setelah beberapa hari gagal menghubunginya. Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.56 petang, dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang kemudian dikejarkan ke lokasi di Star Garden. “Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati lantai bilik tidur yang terletak di tingkat satu telah runtuh dan terdapat seorang lelaki berumur 58 tahun berada di bawah runtuhan berkenaan. “Pihak…

Read More

(Video) Tular Kehadiran Harimau Di Kedah. Ini Penjelasan Perhilitan. | ALOR SETAR – Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu. Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan ‘pak belang’ itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali. Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan. Dalami klip audio tersebut, lelaki itu menyebut ‘Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati’. Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara…

Read More

Isu Azam Baki: Laporan Polis Dibuat Ke Atas Lalitha Didakwa Tipu. | PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat terhadap pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam, yang mendedahkan pemilikan saham dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas dakwaan menipu mahkamah. Menurut sumber, Lalitha didakwa memberi kenyataan tidak benar berhubung statusnya sebagai penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), dalam pernyataan pembelaan pada 3 Feb lalu berhubung saman fitnah yang difailkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki terhadapnya. FMT difahamkan laporan itu dibuat kira-kira 3.43 petang tadi di Balai Polis Sentul. Sumber berkata, kenyataan media C4 pada pertengahan Januari lalu menjelaskan Lalitha tidak lagi…

Read More

Petugas Pembersihan Terkejut Terjumpa Mayat, Rupa-Rupanya.. | PETALING JAYA: Penemuan satu bungkusan menyerupai mayat manusia yang ditemukan petugas pembersihan di Seksyen 27, Shah Alam, hari ini, disahkan hanyalah patung lilin berbentuk perempuan. Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib, berkata siasatan mendapati bungkusan yang dikatakan mayat manusia itu ditemui oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management, jam 3 petang tadi. “Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, susulan itu kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘No…

Read More

Siasat Dan Pecat Siapa Yang Bocorkan Surat, Kata Bekas Pengerusi MARA. | PETALING JAYA: Bekas Pengerusi MARA Corp Sdn Bhd (MARA Corp) berkata, mereka yang terlibat dalam membocorkan surat yang mendakwa lima pegawai kanan MARA telah menyalahgunakan jawatan perlu disiasat. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, yang merupakan Pengerusi MARA Corp dari 2019 hingga 2020, berkata kebocoran dokumen syarikat adalah salah laku yang serius. “Individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu perlu disiasat dan dipecat,” katanya dalam forum anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam. Beliau turut mempersoalkan peranan lembaga pengarah, dengan berkata, “Bagaimana mungkin mereka tidak tahu tentang perkara ini (dakwaan penyalahgunaan)?…

Read More