(VIDEO) Lagi Harimau Berkeliaran, Kali Ini Berdekatan Cameron Highlands. | IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini. Pengarahnya Yusof Shariff berkata pihaknya telah menghantar Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut. “Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular ini pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama. Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit. #simpangpulai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…
Author: Admin Aqilah
Lelaki Mati Selepas Ditahan, Keluarga Dapat Maklumat 2 Bulan Kemudian. | BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli politik tempatan hari ini menuntut jawapan daripada polis mengapa keluarga seorang lelaki yang ditahan tidak dimaklumkan mengenai kematiannya selepas hampir dua bulan. Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, P David Marshel, berkata mendiang Kumar Selvadurai, 35, ditahan polis bersama dua yang lain di Butterworth pada 10 Dis atas kes curi. Beliau berkata, sebaik mendengar penahanan itu, adik Kumar telah pergi ke balai polis Kepala Batas di mana dia ditahan. David berkata, ketika itu adiknya melihat Kumar dikepung anggota polis di lokap dan kemudiannya diarah keluar. Adik…
CIMB Bekukan 11,000 Akaun Tanpa Notis, Ini Respons Tegas NGO. | KUALA LUMPUR: Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad (CIMB) kerana didakwa membekukan 11,000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya, lebih-lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Agenda Reset Malaysia (ARM) memberi amaran jika bank itu gagal menangani masalah yang memihak pemegang akaun, mereka akan melancarkan kempen meminta rakyat memboikot institusi kewangan berkenaan. Masalah itu timbul selepas kesilapan CIMB menyebabkan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang kerana “jumlah berlebihan” yang dikreditkan oleh bank ke dalam akaun mereka. Pada sidang media bersama,…
Warga Asing Bersenjata Didakwa Masuk Lahad Datu, Ini Penjelasan Polis. | LAHAD DATU: Tiada sebarang petunjuk ditemukan berhubung dakwaan sekumpulan lelaki bersenjata warga asing menyusup masuk ke Lahad Datu melalui perairan Long Patau, Tambisan pada 28 Jan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah. Beliau berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah menjalankan tindakan dari sudut risikan dan penyiasatan berkaitan perkara itu. “Namun begitu, polis bersama pasukan keselamatan lain sentiasa memberikan perhatian mengenai keselamatan di pantai timur Sabah dan Sabah amnya daripada sebarang ancaman luar,” katanya dalam kenyataan, di sini. Idris dalam…
Perak Cadang Projek Balak Dan Lombong Di Hutan Simpan Kenderong. | PETALING JAYA: Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah cadangan projek pembalakan dan melombong bijih timah seluas 245 hektar dalam kawasan Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak dengan pemegang pajakan melombong ialah MB Inc Perak. Presidennya, Meenakshi Raman berkata, tapak yang dicadangkan adalah kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) Tahap 1 dengan sebarang pemajuan, pertanian atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali aktiviti eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Di samping itu katanya, kawasan dicadangkan itu terletak dalam kawasan wilayah Rangkaian Utama-8 dalam Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang merupakan habitat spesies hidupan liar…
Jika Rakyat Kelantan Mahu Royalti Minyak, Tewaskan PAS-Zaid. | PETALING JAYA: Rakyat Kelantan berpeluang menikmati royalti minyak daripada kerajaan pusat sekiranya pentadbiran PAS di Kelantan ditewaskan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu yakin sekiranya Umno kembali berkuasa di Putrajaya, royalti minyak akan dibayar kepada Kelantan dan beliau sendiri telah menyerahkan cadangan bagaimana industri minyak dan gas boleh dibangunkan di negeri itu kepada kepimpinan Umno. Katanya, pilihan raya kali ini menyaksikan pertambahan seramai 25,000 pengundi baharu susulan pengenalan Undi18, sekali gus mampu memberi kejutan besar jika peratusan keluar mengundi tinggi. “Isu utama yang rakyat Kelantan…
Khalid Samad Dibenar Poligami, Ini Syarat Daripada Mahkamah. | PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar. Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton bagi melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau. Peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan. “Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri…
Tular Pelajar RMT Hanya Dibekalkan Nasi Putih Dan Kuah Sahaja. | SHAH ALAM – Tular di media sosial pada Rabu pelajar penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah. Seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya memuat naik sekeping gambar makanan itu sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut. “Cucu saudara bawa balik dekat mak dia makanan RMT. Sedih betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? “Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu. Tambah wanita itu, sebelum…
PM Minta Pembangkang Terima Keputusan SC Azam Baki Tidak Bersalah. | PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob meminta pembangkang menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak menemui kepastian muktamad yang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki melakukan kesalahan berhubung pemilikan saham. Beliau berkata, SC sebagai badan profesional telah menjalankan siasatannya dan membuat keputusan. “Kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta supaya dia (Azam) disiasat dan apabila dia disiasat, keputusan dibuat, kita masih tak puas hati. “Jangan kita fikir ikut kehendak kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi. Terdahulu, Suruhanjaya Sekuriti mendedahkan bahawa Azam sendiri yang menyampaikan…
Lee Zii Jia Keluar BAM, Letak Jawatan. Ini Puncanya. | PETALING JAYA: Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Peletakan jawatan pemain nombor tujuh dunia itu, disahkan oleh Presiden BAM Norza Zakaria kepada FMT. “Dia tidak dapat menerima tekanan dan dia mahu mencapai impiannya sendiri mengikut rentaknya sendiri,” kata Norza. Terdahulu, pemain badminton itu, ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia pada Selasa, tidak mendedahkan butiran masa depannya dengan badan kebangsaan itu, namun berkata, “jika saya seorang pemberontak, anda tidak akan melihat saya dalam pusat latihan ini.” Ketika itu, katanya,…