Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Penduduk Disaran Guna Power Bank Untuk Jimat Elektrik | Pihak berkuasa Kyiv menyarankan penduduk di bandar raya ini supaya membuat persiapan rapi, termasuk membeli ‘power bank’ dan baju sejuk yang mencukupi sebagai persediaan sekiranya bekalan elektrik terputus secara total. Keadaan itu disulitkan dengan cuaca yang semakin sejuk. Vitali Klitschko, Datuk bandar Kyiv, berkata, penduduk juga diberi pilihan untuk berpindah ke tempat lain sekiranya bekalan elektrik putus sepenuhnya. The Guardian melaporkan bahawa risiko bekalan elektrik terputus sepenuhnya semakin meningkat selepas Russia semakin agresif melancarkan serangan terhadap infrastruktur tenaga di bandar raya ini. The Guardian juga menyatakan jika penduduk yang mempunyai keluarga yang besar atau…

Read More

(Ada Video) Wanita Baling Kerusi Ke Arah Penari K-Pop | Suara.com melaporkan bahawa satu video yang memaparkan aksi seorang wanita membaling kerusi plastik ke arah peserta acara tarian K-Pop di sebuah pusat beli-belah telah menjadi tular di media sosial Indonesia. Video itu dikatakan dirakam menggunakan kamera telefon orang awam yang sedang menonton acara tarian tersebut. Video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @fakta.indo itu didakwa berlaku di sebuah pusat beli-belah di Makassar, Sulawesi Selatan. Berdasarkan rakaman video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang bertudung merah telah bertindak melemparkan kerusi platik berwarna hijau ke arah pentas utama acara tersebut. Tepat ketika salah seorang peserta…

Read More

DSV Mengaku Tidak Salah, Ini Sebabnya | Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video pada bulan April lepas. Hasmiza yang berumur 51 tahun, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi YouTube ‘DSV Entertaintment’ dengan niat menyakiti hati orang lain pada 29 April. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda…

Read More

(Video) Wanita Bungkus Diri Dalam Train Semata2 Untuk Makan Pisang | Daily Mail melaporkan bahawa seorang pengguna kereta api bawah tanah di Wuhan, China nekad ‘membungkus’ dirinya menggunakan beg plastik besar hanya untuk memakan pisang sebagai usaha untuk patuh kepada peraturan Covid di negara itu. Wanita itu dilihat sedang memakan buah pisang tersebut sebelum memasukkan kulitnya ke dalam satu lagi beg plastik kecil yang dibawanya bersama. Seorang penumpang lain dalam kereta api tersebut berjaya merakamkan insiden itu. Pada mulanya saksi yang merakam kejadian itu beranggapan bahawa wanita tersebut berpakaian sedemikian sebagai kostum untuk sambutan Halloween. Namun kemudian dia menyedari bahawa…

Read More

Tular Mpv Dikunci Tayar, Ini Penjelasan Polis | Polis perjelas isu tular di media sosial mengenai sebuah kereta peronda polis (MPV) yang dikunci menggunakan pengapit tayar (clamp) pada tayar kanan hadapan di Pulau Pinang baru-baru ini. Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di sebuah kotak tempat letak kenderaan di sebuah lokasi sebelum tayarnya dipercayai dikunci oleh pengawal keselamatan kawasan berkenaan. Asisten Komisioner Soffian Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut, berkata kejadian itu berlaku disebabkan wujud salah faham antara pihak perbadanan pengurusan dan pengawal keselamatan. Jelas Soffian, perkara itu sudah diselesaikan dan pihaknya telah menerima permohonan maaf dari perbadanan tersebut. Beliau bertambah lagi, polis…

Read More

Lelaki Der@ Anak Teman Wanita Sehingga M@ti | Laman berita Suara.com melaporkan bahawa seorang lelaki di Indonesia didakwa mendera anak teman wanitanya yang berusia empat tahun sehingga meninggal dunia kerana mangsa kerap menangis. Randi Pebriansah memukul anak Amelia, 20, yang bernama MA dalam kejadian di Batam, Kepulauan Riau pada Khamis lalu. Betty Novia, Ketua Polis Sei Beduk menyatakan bahawa kecurigaan keluarga ibu mangsa menjadi permulaan kepada pendedahan kes penderaan ini. Pada awalnya, keluarga ibu mangsa mendapat berita mengenai kematian MA dan meminta jenazah kanak-kanak itu dibawa ke Tanjung Riau, Sekupang untuk dikebumikan. Bagaimanapun, mereka menemui sesuatu yang aneh pada jenazah…

Read More

Pesawat Ringan Terhempas Di Tanah Perkuburan | Akhbar New York Post melaporkan bahawa sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah tanah perkuburan dalam nahas udara yang berlaku di Long Island, New York ­kelmarin. Polis daerah Suffolk berkata, sekitar pukul 1.50 tengah hari (waktu tempatan), pesawat itu terhempas di Tanah Perkuburan Beth Moses, West Babylon. Dua orang yang menaiki pesawat itu iaitu seorang juruterbang lelaki dan seorang penumpang wanita, telah dibawa ke Hospital Universiti Good Samaritan di West Islip kerana mengalami cedera ringan, kata beberapa pegawai. Polis berkata, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan telah menghantar petugas ke tempat kejadian. Gambar di lokasi nahas…

Read More

Pesawat Penumpang Terhempas Akibat Cuaca Buruk |  Sebuah pesawat penumpang terhempas ke dalam Tasik Victoria di Tanzania ketika cuba mendarat di lapangan terbang di Bukoba, pada hari ini. Menurut laporan badan penyiaran Tanzania Broadcasting Corporation (TBC), sekurang-kurang 15 mangsa berjaya diselamatkan, setakat ini. Namun, jumlah sebenar penumpang di dalam pesawat itu dan sama ada terdapat mangsa terkorban akibat kejadian berkenaan, belum diketahui buat masa ini. TBC melapor bahawa kapal terbang yang berlepas dari ibu negara, Dar es Salaam itu terhempas ke dalam Tasik Victoria pada pagi ini akibat ribut dan hujan lebat. Rakaman video dan gambar yang tular dalam media sosial…

Read More

Pemimpin Agama Ditemb4k m@ti Di Khalayak Ramai. Ini Sebabnya. | Seorang pemimpin radikal Hindu ditembak mati di khalayak ramai di Punjab, utara India. Polis tempatan menyatakan bahawa ketua kumpulan agama fundamentalis, Sudhir Suri yang berumur 58 tahun dan juga dikenali sebagai Hindu Shiv Sena, ditembak di Amritsar. Portal The Independent melaporkan, sebelum ini Sudhir Suri pernah dituduh membuat komen yang menghina agama Sikh dan komuniti Sikh. Arun Pal Singh, seorang pegawai kanan polis memberitahu agensi berita, penyerang tiba di tempat kejadian dan menembaknya mati di khalayak ramai. Beliau juga mengesahkan pemimpin radikal itu pernah ditembak beberapa kali. Polis kemudian berkata,…

Read More

15 Orang Maut Dalam Letupan Kem Tentera Mogadishu | Xinhua melaporkan bahawa seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di pintu masuk kem latihan tentera di bahagian selatan Mogadishu pada petang Sabtu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang. Orang awam dan rekrut baharu adalah antara yang terkorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera, lapor portal berita Garowe pada Ahad memetik seorang pegawai tentera. Menurut media tempatan lain, kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Pasukan Tentera Kebangsaan Somalia yang disokong oleh militia pro-kerajaan membunuh lebih 100 militan Al-Shabaab pada petang Khamis semasa serangan di sebuah kampung di  wilayah Hiran di tengah Somalia. Di Mogadishu minggu…

Read More