Tular Mpv Dikunci Tayar, Ini Penjelasan Polis | Polis perjelas isu tular di media sosial mengenai sebuah kereta peronda polis (MPV) yang dikunci menggunakan pengapit tayar (clamp) pada tayar kanan hadapan di Pulau Pinang baru-baru ini.

mpv polis dikunci

Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di sebuah kotak tempat letak kenderaan di sebuah lokasi sebelum tayarnya dipercayai dikunci oleh pengawal keselamatan kawasan berkenaan.

Asisten Komisioner Soffian Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut, berkata kejadian itu berlaku disebabkan wujud salah faham antara pihak perbadanan pengurusan dan pengawal keselamatan.

Jelas Soffian, perkara itu sudah diselesaikan dan pihaknya telah menerima permohonan maaf dari perbadanan tersebut.

Beliau bertambah lagi, polis telah mengesahkan insiden tersebut dan terdapat kekhilafan di pihak perbadanan pengurusan dalam memberikan arahan kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Beliau menyata dalam satu kenyataan bahawa polis turut menerima surat rasmi permohonan maaf daripada jawatankuasa penduduk bersama pihak perbadanan pengurusan pangsapuri.

Katanya, insiden yang berlaku itu tidak akan menjejaskan hubungan baik yang terjalin oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama perbadanan.

Soffian berkata bahawa diharapkan perkara ini tidak akan menjadi pertikaian awam secara berterusan.

Beliau juga berkatapPihak yang bertanggungjawab telah sejujurnya mengaku dan membuat permohonan maaf di atas kekhilafan yang tidak disengajakan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply