Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Seorang lelaki ditemukan lemas di kawasan sungai berdekatan Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini, hari ini. Mangsa berusia lingkungan 50-an itu ditemui bomba kira-kira satu kilometer daripada lokasi kehilangannya pukul 10.30 pagi. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.34 pagi. Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerah dalam operasi berkenaan. “Berdasarkan maklumat saksi, lelaki itu dilihat terkapai-kapai di sungai berkenaan sebelum hilang daripada pandangan. “Anggota bomba kemudian bertindak menyusuri sungai itu bersama Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi hari…

Read More

Keputusan sama ada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Izralizam Sanusi dijadual membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi. Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, maka dia akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya pengasas rumah kebajikan itu akan dilepaskan dan dibebaskan. Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu…

Read More

Seorang warga emas lelaki ditemui meninggal dunia sejak empat hari lalu dipercayai akibat COVID-19, di rumahnya di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, di sini, pada Isnin. Mangsa yang dikenali sebagai Mat Daud Che Deraman yang berusia 68 tahun yang tidak bekerja difahamkan tinggal sendirian sejak kematian isterinya empat tahun lalu. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 malam daripada jiran mangsa yang memaklumkan sudah tiga hari tidak melihat mangsa selain terdapat bau busuk dari rumahnya. Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui terhadap kematian mangsa.…

Read More

“Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Harap hukuman dapat memberi pengajaran kepada kamu, jangan buat lagi pada anak, isteri dan pada sesiapa sekali pun”. Itu nasihat yang diberikan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz selepas menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang suami yang tular memukul isterinya di sebuah rumah minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 November lalu. Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama sebulan. Terdahulu tertuduh Reduan Mahamood, 58, yang merupakan ahli perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di…

Read More

Pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn. Bhd. mengecam insiden sekeras-kerasnya kekacauan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak selepas berakhir perlawanan menentang Selangor FC pada separuh akhir kedua Piala Malaysia malam semalam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Rasid Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan segelintir penyokong membaling batu ke arah bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah tidak mewakili keseluruhan pasukan itu. Beliau juga memohon maaf atas insiden memalukan itu sambil berharap kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. “Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong…

Read More

Kehilangan seorang gadis sejak awal bulan ini terjawab apabila mayatnya yang dikerat enam ditemukan dibuang dalam sebuah perigi di Uttar Pradesh, India pada Ahad lalu. Mangsa dikenali sebagai Aradhana Prajapati dilaporkan hilang pada 9 November lalu oleh keluarganya selepas keluar dari rumah untuk bertemu rakan. Siasatan polis kemudian mendapati mangsa sebenarnya bertemu dengan teman lelakinya di sebuah kuil di perkampungan Paschimi di Azamgarh. Pertemuan itu dirancang suspek utama pembunuhan, Prince Yadav selepas mengetahui mangsa akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga. “Suspek cuba memujuk mangsa untuk mengubah fikiran bagi membatalkan perkahwinan itu. “Namun mangsa enggan kerana takut dimarahi keluarga.…

Read More

Tular di media sosial apabila sekumpulan pelajar lelaki menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka di Sumatera Utara, Indonesia. Seorang warga emas yang sedang berjalan di tepi jalan didekati oleh sekumpulan yang dipercayai berjumlah enam remaja yang sedang menaiki motosikal. Kebanyakan mereka masih memakai pakaian seragam sekolah ketika kejadian itu berlaku. Salah seorang daripada pelajar tersebut yang membonceng motosikal menadah tangan di hadapan wanita itu seperti meminta sesuatu. Warga emas itu membawa bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi makanan. Bagaimanapun, salah seorang pelajar itu secara tiba-tiba meluru ke arah wanita itu dan menendangnya sehingga terjatuh di tepi jalan. Lebih menyedihkan apabila…

Read More

Polis Siasat Lelaki Hina Nabi ‘Gatal’ Di Facebook | Khalifah Media Networks – Polis Sarawak menyiasat seorang lelaki di Sarawak selepas bertindak memuat naik kenyataan yang menghina agama Islam di akaun Facebook miliknya pada Ahad kelmarin. Kenyataan menghina Nabi Muhammad yang dimuat naik di Facebook itu mengundang kemarahan ramai. Pemilik akaun Facebook dengan nama pengguna Samuel Janting itu terdahulu memuat naik status berbaur provokasi menghina Nabi Muhammad dengan mengatakan baginda adalah seorang yang ‘gatal’ apabila mengahwini tujuh wanita. Malah, lelaki tersebut juga seolah-olah mempersoalkan ajaran agama Islam dan turut melabel Nabi Muhammad mengikut ajaran syaitan. Status Yang Ditulis Di Sosial…

Read More

Keadaan hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sekali gus berhadapan dengan bencana banjir. Paras air meningkat dengan sangat cepat menyebabkan orang di kawasan yang terjejas mempunyai kesukaran untuk bergerak dengan kadar yang segera. Situasi itu tentu sahaja mencemaskan penduduk setempat khususnya bagi mereka yang tidak melakukan sebarang persediaan. Perkara sama turut berlaku kepada pasangan warga emas di Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini yang berhadapan dengan kejadian banjir. Difahamkan perkara tersebut berlaku sekitar tengah malam apabila paras air melimpah semakin meningkat. Berdasarkan satu rakaman yang tular di TikTok, warga emas berkenaan dilihat cemas dan terpinga-pinga berhadapan dengan situasi itu. Kekecohan…

Read More

Kejadian lif tersangkut di Hospital Kuala Lumpur pada petang kelmarin di mana melibatkan tiga orang termasuk orang tua tular apabila salah seorang mangsa memuatnaik video tersebut dalam akaun Tiktok miliknya. Di TikTok, seorang wanita memuat naik satu video detik cemas menimpa dirinya serta dua orang lain sekitar petang Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur. Ini kerana mereka difahamkan tersangkut di dalam sebuah lif di hospital berkenaan lebih dari sejam sementara menunggu bantuan dari pihak bomba untuk tiba. Disebabkan kejadian itu, mereka terpaksa menahan panas di dalam lif dan lebih menyedihkan apabila seorang pak cik tua yang turut tersangkut, pengsan akibat…

Read More