Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Apabila masyarakat kehilangan kompas moralnya! Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, diserang secara seksual, berdarah, dan meminta pertolongan, tetapi orang ramai sibuk merakamnya di UP, India,” kata Ashok Swain, dalam laman Twitternya. Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik itu turut berkongsikan video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terlantar lemah di kawasan semak, dalam keadaan longlai, menghulurkan tangannya meminta pertolongan dari sekumpulan lelaki yang mengelilinginya. Sekumpulan lelaki tersebut bukan sahaja tidak membantu kanak-kanak tersebut, tetapi, merakam keadaan kanak-kanak malang itu. https://twitter.com/ashoswai/status/1584826813112803330?s=20&t=WCcThiN2L08GoM0v7OERDA Video kedua kemudiannya turut menjadi tular, menunjukkan seorang anggota polis berlari ke kereta rickshaw dengan kanak-kanak perempuan yang cedera itu dalam…

Read More

Satu pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktikan di daerah Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai melibatkan mangsa seramai 88 orang daripada 27 keluarga. Susulan itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata bahawa PPS itu dibuka pada jam 10.30 malam selepas rumah penduduk di Kampung Telok, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Tanjung di Mukim Binjai dinaiki air. Selain itu, hujan lebat selama hampir lima jam malam tadi menyebabkan paras air mencecah 0.5 meter hingga satu meter yang memasuki kediaman penduduk. “Kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dewasa, 24 wanita dewasa, 9 kanak-kanak lelaki, enam…

Read More

“Memang tiada tanda, tiada simptom, tahu-tahu bayi dah keluar.” Begitulah reaksi suri rumah, Nur Atiqah Mustafa, 24, dari Pokok Sena, Kedah yang melahirkan bayi perempuan yang dianggap ‘ajaib’ tanpa mengalami sebarang tanda kehamilan selain kitaran haidnya juga berlaku seperti biasa. Nur Atiqah atau lebih dikenali sebagai Eyka berkata, dia dan suaminya, Amirul Azizan, 26, turut tidak menjangka rasa sakit perut yang dialaminya pada malam 18 Oktober lalu dan melarat sehingga keesokannya membawa kepada kelahiran anak kedua mereka yang diberi nama Raiqa Hanania. Malah, pasangan berkenaan mendedahkan sejak kelahiran anak pertama mereka, Mohamad Fayyad Harraz setahun yang lalu, Eyka mula merancang…

Read More

Polis memanggil kedua-dua ibu bapa untuk dirakam percakapan berhubung kejadian video tular kanak-kanak yang dibiarkan cuai bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adiknya lelaki berusia dua tahun dikesan pihak polis melalui video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reff Lia sekitar pukul 4 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, klip video yang tular berdurasi 10 saat berlaku pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan Katanya, semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh…

Read More

Peningkatan kos sara hidup yang menggila ketika ini membuatkan kehidupan golongan B40 di kampung atau bandar semakin tersepit apabila mereka hanya mampu menyediakan satu atau dua lauk sahaja sehari untuk berjimat demi memastikan ke­langsungan hidup anak-beranak. Seorang suri rumah, Annur Syakirah Mahazir, 27, berkata, lauk tersebut akan dicatu untuk dijadikan santapan mereka enam sekeluarga sehingga malam. “Jika saya masak lauk ayam, ia akan dicatu supaya bertahan sampai malam. Ada juga kami hanya makan sardin murah dan telur untuk dijadikan hidangan untuk saya, suami, tiga anak dan ibu mentua. “Kami tidak mampu membeli banyak lauk ke­rana ia mahal. Ikan kembung sekali…

Read More

Seorang ibu tunggal warga Britain dan anak lelakinya hilang tempat tinggal gara-gara tindakan pihak berkuasa tempatan sebuah bandar di Sepanyol yang secara ‘senyap-senyap’ menjual rumah didiaminya untuk membayar hutang bekas suaminya. Menurut portal berita Daily Mail, Victoria Jenkins tinggal di apartment di Costa del Sol selama lebih 22 tahun bersama anak lelakinya, Sam, 13, yang dilahirkan di kawasan resort peranginan popular itu. Tetapi hujung tahun lalu, pihak berkuasa tempatan bandaraya Mijas dan dua pegawai polis secara tiba-tiba memberinya notis pengusiran selepas memberitahu rumah mereka sudah dijual ketika sesi lelongan tanpa pengetahuannya. Selain itu, Jenkins merasa terkejut apabila pihak berkuasa memberitahu rumah…

Read More

Feri Bahagia 98 membawa 547 penumpang yang terkandas di muara Kuala Kedah pada petang Ahad dipercayai akibat kapten feri berkenaan cuba mengelak tali sauh sebuah kapal yang memasuki laluan ketika itu. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata bahawa hasil siasatan mendapati ketika kejadian tersebut, paras air laut di alur pelayaran Kuala Kedah menunjukkan paras selamat untuk pelayaran, iaitu 1.7 meter. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal turut mendapati feri terbabit bergerak dari Terminal Feri Penumpang Kuah sebelum terkandas di beting pasir pada kedudukan lebih kurang 1.5 batu nautika dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah. Selain…

Read More

“Setiap hari, saya akan berada di kawasan ini jam 6.30 pagi bagi mendapatkan bekalan telur ayam,” kata Muhammad Izzul Hakim Aziz. Muhammad Izzul Hakim Aziz yang berusia 19 dan dari Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, Marang, Menurutnya, dia memerlukan telur ayam dalam kuantiti besar untuk dihantar kepada pelanggan. “Saya membekalkan telur ayam untuk hotel dan beberapa restoran dan kedai makan sekitar bandar ini serta di Marang” “Saya perlu datang awal kerana jika terlewat, saya tidak akan dapat jumlah diperlukan,” katanya ditemui di sebuah syarikat pemborong telur ayam Bumiputera di kawasan berhampiran Pasar Chabang Tiga di sini, hari ini. Peniaga kuih,…

Read More

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca yang agak lembap akan berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak pada hari ini. MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, ia kerana berlakunya penumpuan angin di kawasan negara pada ketika ini “Berdasarkan imej satelit, pada pagi ini kebanyakan negeri dalam keadaan yang agak cerah terutamanya di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak, tetapi di bahagian utara dan juga di bahagian barat di Sarawak buat masa kini dalam keadaan yang agak mendung. “Manakala, hujan di satu dua tempat yang berlaku di bahagian Pantai Timur melibatkan Kelantan dan…

Read More

Seorang pemuda menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu yang menyebabkan ‘kudis’ pada seluruh badan termasuk muka. Keadaan itu menyebabkan Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid, 20, bukan sahaja sakit, gatal dan pedih. Malah gelisah dan hanya mampu tidur selama dua jam pada waktu malam sejak dua bulan lalu. “Pada awalnya, bintik-bintik merah hanya naik di belakang badan dan tidak lama kemudian menyerang bahagian muka dan seluruh anggota badan. “Ia lebih menyakitkan apabila luka melepuh mengeluarkan air bisa. Ketika itu kulit jadi sangat gatal dan luka selepas digaru sehingga mengeluarkan darah dan bertukar jadi kudis bila kering,” katanya ketika ditemui di…

Read More