Apabila masyarakat kehilangan kompas moralnya! Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, diserang secara seksual, berdarah, dan meminta pertolongan, tetapi orang ramai sibuk merakamnya di UP, India,” kata Ashok Swain, dalam laman Twitternya.

Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik itu turut berkongsikan video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terlantar lemah di kawasan semak, dalam keadaan longlai, menghulurkan tangannya meminta pertolongan dari sekumpulan lelaki yang mengelilinginya.

Sekumpulan lelaki tersebut bukan sahaja tidak membantu kanak-kanak tersebut, tetapi, merakam keadaan kanak-kanak malang itu.

Video kedua kemudiannya turut menjadi tular, menunjukkan seorang anggota polis berlari ke kereta rickshaw dengan kanak-kanak perempuan yang cedera itu dalam pelukannya. Menurut laporan, kanak-kanak tersebut sedang dirawat di kemudahan perubatan tempatan.

Kejadian berlaku pada Ahad selepas kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan cedera dan berdarah berhampiran rumah tetamu kerajaan. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berjalan dengan seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti.

Polis telah mendaftarkan kes rogol atas aduan oleh keluarganya, walaupun keputusan pemeriksaan perubatan tidak diisytiharkan.

Ramai netizen yang menghentam dan berasa sedih serta marah dengan tindakan orang ramai yang mengabaikan mangsa yang sedang meminta pertolongan.

Sumber : Samudera

Share.

1 Comment

Leave A Reply