AstraZeneca Berisiko, Menyebabkan Pembekuan Darah | Daripada satu kajian antarabangsa menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca adalah berisiko 30 peratus lebih tinggi berbanding suntikan Pfizer menyebabkan pembekuan darah satu kajian antarabangsa.
Selepas kajian terdahulu menunjukkan bahawa dalam sebilangan kecil kes trombosis dengan sindrom trombositopenia (TTS) boleh menjadi kesan sampingan yang mungkin daripada vaksin Covid-19 yang menggunakan vektor adenovirus atau virus ‘rekayasa’ seperti dari AstraZeneca dan Johnson & Johnson, beberapa negara telah pun mengubah nasihat masing-masingnya.
TTS menghasilkan pembekuan darah yang berpotensi mengancam nyawa dengan tahap platelet darah yang rendah iaitu serpihan sel kecil dalam darah manusia yang menghalang pendarahan.
Kajian baharu itu yang diterbitkan dalam jurnal BMJ adalah yang pertama membandingkan kadar TTS antara adenovirus dan vaksin mRNA seperti Pfizer merentasi pelbagai negara.
Pasukan penyelidik antarabangsa menganalisis data kesihatan daripada lebih 10 juta orang dewasa di Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin antara Disember 2020 dan pertengahan 2021.
Data seramai 1.3 juta orang yang mempunyai dos pertama AstraZeneca telah dipadankan dengan 2.1 juta yang mengambil Pfizer, di Jerman dan UK.
Dalam kajian itu dinyatakan bahawa terdapat sebanyak 862 peristiwa TTS direkodkan dalam masa 28 hari selepas dos pertama AstraZeneca berbanding 520 untuk Pfizer.
Ini bermakna, vaksin AstraZeneca mempunyai risiko TTS 30 peratus lebih tinggi daripada Pfizer.
Bagaimanapun, apabila ia datang kepada dos kedua, tiada risiko tambahan mana-mana vaksin itu.
Kajian itu tidak dapat menunjukkan sebab dan akibat ia berlaku.
Sumber: Sinar Harian