Author: Nur Imannina Mohd Shokri

Seorang wanita warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah tinggal melebihi masa di negara ini, bulan lalu. Miss Sanjai Mano, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mahkamah juga menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tinggal di negara ini selama tempoh dua bulan 18 hari tanpa sebab munasabah. Dia menetap walaupun sudah tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah laku sehingga 27 Julai lalu. Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.05 malam di Bilik 8419 Tingkat 4 Marvelux Hotel,…

Read More

PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying mendedahkan akan menamatkan kariernya sebagai pemain badminton sebaik sahaja Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung Januari depan tamat. Pemain berusia 33 tahun itu boleh dianggap antara beregu campuran terbaik Malaysia apabila gandingannya bersama Chan Peng Soon berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016. Liu Ying berkata, setiap kejayaan yang diraih sepanjang bergelar pemain profesional akan menjadi kenangan pa­ling indah bagi dia. Tambahnya, keputusan ini dibuat biarpun dia berdepan kesukaran selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2018. “Mengenai perancangan, kejohanan Terbuka Malaysia tahun depan akan jadi kejohanan terak­hir…

Read More

Tumbuk Dan Pijak Ibu Kandung. Seorang Lelaki Ditahan Polis. | Polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun selepas dipercayai menumbuk muka dan memijak tubuh ibunya hanya kerana wanita itu dikatakan tidak mengemas rumah, semalam. Kejadian berlaku di kediaman mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira jam 6 petang, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 44 tahun tampil membuat satu laporan polis pada jam 2.40 petang, kelmarin. Katanya, siasatan mendapati pengadu dipukul oleh suspek yang tidak berpuas hati kerana berasakan ibunya tidak mengemas rumah. “Ketika kejadian, suspek bertindak…

Read More

Seorang wanita di Britain yang melahirkan anak di tempat duduk belakang sebuah teksi terkejut apabila syarikat pengangkutan itu menghantar bil ‘pembersihan’ kepadanya yang berharga £60 (RM327). Farah Cacanindin, 26, tanpa diduga melahirkan anak perempuannya, Naia, di dalam sebuah van teksi. Kejadian ini berlaku  semasa dalam perjalanan sejauh 20 kilometer (km) menuju ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin. Pemandu teksi itu telah menelefon kakitangan di Hospital Stoke Mandeville semasa dalam perjalanan. Beberapa hari kemudian, Farah yang tinggal di bandar High Wycombe, Buckinghamshire menerima bil sebanyak £90 (RM490). Bil ini termasuk tambang teksi berharga £30 (RM163). “Saya memahami bahawa saya telah…

Read More

Pasukan risikan Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran mengenai serangan yang didakwa bakal dilancarkan Iran dengan menyasarkan Riyadh dan Erbil di Iraq, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. Menurut laporan akhbar Wall Street Journal, serangan tersebut dikatakan bertujuan bagi mengalihkan perhatian dunia daripada protes yang berlaku di Iran. Protes yang tercetus selama berminggu-minggu itu akibat insiden kematian gadis bernama Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis moral. WSJ yang menerima maklumat daripada seorang sumber di Majlis Keselamatan Negara White House berkata, Washington amat memandang serius akan ancaman tersebut serta para pegawainya kini berhubung rapat dengan kerajaan Arab Saudi. Pegawai tersebut…

Read More

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini. METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 3.40 petang meramalkan negeri berkenaan membabitkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Amaran bagi negeri Kedah dikeluarkan bagi daerah Baling dan tiga kawasan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta. Manakala, di Kelantan membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Di Terengganu, ia membabitkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu,…

Read More

Dakwaan seorang lelaki di Majalengka, Jawa Barat, Indonesia yang mendakwa pernah bernikah sebanyak 87 kali menimbulkan persoalan. Ini kerana pejabat agama tempatan tidak menemui rekod pernikahan sebagaimana didakwa lelaki dikenali sebagai Kaan, 61, itu. Susulan pendedahan lelaki itu, portal Detik.com membuat semakan dengan pejabat agama tempatan di Bantarujeg dan Lemahsugih. Ia adalah dua pejabat agama yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal Kaan iaitu Desa Cipeundeuy. Walau Bagaimanapun, kedua-dua pejabat agama itu tidak dapat membuat pengesahan tentang dakwaan lelaki berkenaan. Menurut Nanang Sudrajat, Ketua Pejabat Agama di Lemahsugih, belum pernah ada penduduk yang bernikah berpuluh-puluh kali. “Saya bertugas di pejabat ini…

Read More

Pelakon Amelia Henderson menegaskan akan tetap berhadapan dengan saman dan tidak memilih untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah dalam saman yang dikemukakan penerbit sensasi, Datuk A. Aida. Amelia, 27, berkata dia yakin bahawa dia di pihak yang benar dalam kes saman itu. “Saya ada keyakinan, saya rasa tidak bersalah, jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam saya dan yakin dengan kes saya,” katanya yang mengakui baru pertama kali berhadapan dengan kes saman di mahkamah. Amelia memberikan kenyataan ketika ditemui di perkarangan kompleks Makhamah Kuala Lumpur, di sini hari ini. Dia baru sahaja tamat perbicaraan hari pertama kes saman di Makhamah…

Read More

135 Orang [email protected] Dlm Runtuhan Jambatan Di India. |  Jambatan India Runtuh.Angka kematian akibat runtuhan jambatan kaki India meningkat kepada 135 pada hari Selasa dengan operasi mencari memasuki hari ketiga, walaupun hampir semua yang dipercayai hilang kini telah diambil kira. Jambatan era kolonial di atas Sungai Machchhu di Morbi dipenuhi pengunjung yang menikmati perayaan percutian apabila ia pecah pada petang Ahad, menyebabkan orang ramai terjun ke dalam air kira-kira 10 meter (33 kaki). Ketika kejadian, kira-kira 200 orang dipercayai berada di jambatan itu, selebar 1.25 meter dan panjang 233 meter – sebahagian daripada sambutan perayaan Diwali dan Chhath Puja.…

Read More

Video Sebuah Kereta Terbakar Slps Rempuh 6 Kenderaan Lain. | Seorang remaja terselamat selepas kereta jenis Subaru Forester dipandunya merempuh enam buah kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 38 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), dari arah Shah Alam menghala ke Subang Jaya, di sini, pagi tadi. Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi dan melibatkan kereta jenis Nissan Sylphy, Perodua Alza, Honda City, Perodua Bezza, Toyota Hilux dan Toyota Vios. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja berusia 18 tahun itu berada di lorong keempat. “Dia kemudian…

Read More