Author: Nur Imannina Mohd Shokri

KLUANG – Kemasukan atau kacau ganggu gajah ke kawasan penempatan bukan perkara pelik kerana ianya berlaku hampir setiap bulan, malah ada yang menggelarkan daerah ini seperti kawasan safari. Pada 16 Disember baru-baru ini, seekor gajah dilaporkan berada di kawasan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 17 Jalan Kluang – Mersing, manakala kelmarin seekor gajah di kesan berada berhampiran pusat pentadbiran Penjara Kluang. Bagaimana pun, kehadiran gajah yang hanya seekor itu menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana kebiasaannya binatang yang lebih sinonim dengan gelaran sebagai ‘orang kuat’ ini bergerak dalam kumpulan yang banyak. Dalam pada itu, penduduk Kampung Sri Tambak…

Read More

Seorang remaja lelaki didakwa sengaja merosakkan kamera litar tertutup CCTV di sebuah rumah bagi memudahkan operasi mencuri di Samarahan, Sarawak pada Isnin. Kejadian itu difahamkan berlaku pada pukul 5.30 pagi ketika remaja berkenaan dilihat mengayuh basikal di hadapan rumah terbabit. Tindakan mencurigakan suspek dikesan apabila remaja berbaju putih dan berseluar pendek itu mula memanjat ke arah kamera CCTV terbabit. Selang beberapa minit kemudian, wajah lelaki tersebut terpampang jelas di layar kamera selepas suspek dilihat merosakkan kamera di rumah terbabit. Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu menerima lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini. Difahamkan, pencuri terbabit tidak sempat untuk mencuri dan…

Read More

HULU SELANGOR – Mayat kanak-kanak perempuan yang juga mangsa ke-25 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, ditemui di bawah runtuhan tanah sedalam 17 meter di Sektor C (Riverside), malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa ditemui pada pukul 10.49 malam tadi disebalik batu besar selepas tanah runtuh berkenaan dikorek menggunakan jengkaut. Menurut Hafisham, Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum ini hanya mengorek tanah runtuhan sedalam tujuh hingga lapan meter sebelum beralih ke lokasi lain disebabkan terdapat batu besar. “Sebelum ini kita korek dalam…

Read More

SUNGAI PETANI – Seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam nahas di Kilometer 63.5, Jalan Alor Setar-Butterworth di sini awal pagi semalam seolah-olah tahu dia akan pergi selama-lamanya. Ibu mangsa, Safinah Zakaria, 48, berkata, arwah anaknya, Muhammad Izani Mohd. Tuah, 15, berkelakuan manja apabila memeluk dan mencium pipinya sebelum tidur pada malam Sabtu lalu. Menurut Safinah, arwah anaknya tinggal bersama sepupunya kerana bekerja sambilan di sebuah kedai makan di Taman Semarak di sini, manakala dia pula menetap di Taman Keladi. “Sewaktu berada di Alor Setar, saya menerima panggilan daripada sepupu arwah yang memberitahu Izani terlibat dalam kemalangan. “Saya menghubungi telefon…

Read More

Tindakan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang melanggar dan merempuh penunggang motosikal di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, Johor pada Isnin mengundang perhatian ramai. Ketika kejadian, pemandu tersebut difahamkan terlebih dahulu ditahan kedua-dua penunggang p-hailing terbabit akibat perselisihan faham yang berlaku di laluan berkenaan. Salah seorang daripadanya dilihat menjerit dan mendesak suspek supaya turun dari kenderaannya, namun situasi kian meruncing apabila pemandu itu mula membuat pusingan U dan merempuh salah seorang penunggang terbabit. Punca sebenar kejadian masih belum diketahui namun ada pihak mendakwa situasi itu berpunca akibat salah faham yang tercetus di laluan berkenaan hingga menyebabkan…

Read More

Isu penderaan rumah tangga kerap berlaku kebelakangan ini dan masalah itu sering dihadapi khususnya melibatkan kaum wanita. Meskipun perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan besar di sisi undang-undang, ia masih gagal dibendung apabila kita sering dikhabarkan dengan berita penderaan isteri yang menjadi mangsa dera insan bergelar suami. Situasi itu boleh digambarkan menerusi video tular di laman media yang memaparkan seorang lelaki dilihat memukul isterinya berulang kali akibat pergaduhan rumah tangga. Suspek yang dikenali sebagai Raphael Abatey didakwa telah membelasah dan menghentak kepala isterinya dengan pintu peti sejuk rumahnya tanpa belas kasihan. Tersentak dengan perbuatan lelaki tersebut, si perakam video turut…

Read More

KOTA TINGGI – Sayu melihat keadaan seorang kanak-kanak perempuan apabila dia masih belum memahami bahawa ibu ba­panya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu dan hanya menganggap mereka pergi kerja. Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, dari Felda Lok Heng Selatan di sini masih tidak tahu ibu ba­panya, Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu. Pasangan itu maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu. Nenek kanak-kanak itu, Absah Abdullah, 61, berkata, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah…

Read More

Lelaki Ditemukan Selamat Selepas Sesat Di Gunung Pulai.| Johor Bahru: Lelaki dilaporkan hilang selepas sesat ketika mendaki seorang diri Gunung Pulai dekat sini, kelmarin ditemukan selamat, tengah malam tadi. Komander Operasi Mohd Khairi Zainudin berkata, Lee Chin Chai, 56, ditemukan dalam keadaan letih kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang. “Mangsa yang hilang sudah dijumpai pada 12.30 tengah malam tadi dalam keadaan selamat, tetapi keletihan. “Sebelum ditemukan, mangsa menyahut panggilan pasukan menyelamat dan ketika itu kedudukan mangsa adalah di dalam belukar dan bukan trek pendakian. “Selepas mendengar suara mangsa, pasukan menyelamat ‘membuka’ laluan ke arah mangsa dan seterusnya…

Read More

Johor Bahru: Warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual dan cuba menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu. Goh Heng Hong, 67, yang masih bujang dan bertongkat mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan van sekolah didakwa dalam persediaan untuk menghasilkan suatu bahan pornografi kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun. Perbuatan dilakukan di dalam van sekolah antara Mac hingga Julai 2019, di daerah ini dan kesalahan didakwa…

Read More

PETALING JAYA – Sebanyak 228 pencawang di Terengganu ditutup, berikutan keadaan hujan lebat dan banjir ketika ini. Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline menerusi kenyataan di Facebook berkata, tindakan itu diambil demi keselamatan pengguna setempat. “Kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat ialah di tiga daerah iaitu di Kemaman, melibatkan 173 pencawang, Kuala Berang (50) dan Setiu (5),” katanya. Katanya, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, namun bergantung kepada akses dan keadaan setempat. “Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan…

Read More