Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Polis Bengaluru, India menahan empat lelaki pada Sabtu kerana cuba melakukan rompakan selain mencetuskan pergaduhan dan menyerang seorang pekedai di kawasan Munnekollal di bandar tersebut. Menurut polis, kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan merompak dan menyerang. Dalam rakaman video yang tular di internet, sekumpulan lelaki dilihat menyerang seorang lelaki yang sedang berdiri di kaunter kedai runcit. Tanpa belas kasihan, kumpulan lelaki itu menumbuk pemilik kedai selain dia juga diserang dengan dulang plastik dan topi keledar. Tindakan sekumpulan lelaki itu mencetuskan reaksi panik di kawasan tersebut. Menurut laporan media tempatan, punca serangan itu dikatakan kerana persaingan dan keganasan itu telah dirancang terlebih…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang pelajar sekolah. Tindakan tersebut dikeluarkan selepas Anwar menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar dikenali sebagai Tejess Kanakaraju yang mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan individu di sekolah. Menerusi surat itu juga, Tejess turut mendakwa gurunya bersifat rasis dan dia mahu Anwar menghentikan budaya rasis tersebut. “Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya Tejessh Kanakaraju. Hari ini sekumpulan orang telah membuli saya dan guru telah berlaku rasis terhadap saya. “Saya menulis surat ini kerana saya mahu anda hentikan rasis,” tulisnya pelajar berkenaan. Susulan itu Anwar menerusi…

Read More

Pengorbanan seorang wanita menjaga suaminya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal mengundang perhatian warganet di laman Facebook. Kisah wanita dikenali sebagai Cikgu June itu dikongsi seorang aktivis kemanusiaan, Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru. Menurut Hamsatul, Cikgu June terpaksa menggendong suaminya Mazlan Othman turun naik di bangunan kediaman mereka setiap kali melakukan rawatan susulan di hospital. “Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, dimana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah. “Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami apabila tiap…

Read More

Seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan parah di kepala selepas dibaling kerusi oleh seorang gelandangan di Mexico baru-baru ini. Pada waktu kejadian, mangsa berusia 10 tahun sedang leka bermain permainan video di salah sebuah arked permainan video di bandar Durango. Insiden menakutkan itu berjaya dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. Dalam video tersebut, kelihatan gelandangan lelaki tersebut duduk memerhati mangsa sebelum dia secara tiba-tiba bangun mengambil kerusi dan terus membaling ke arah mangsa. Akibat hentaman daripada kerusi itu menyebabkan mangsa pengsan kerana mengalami kecederaan serius di kepala. Suspek kemudiannya dilihat terus beredar daripada lokasi kejadian. Memetik laporan media antarabangsa,…

Read More

Kuala Terengganu: Juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lalu. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Azuan W. Ismail, 29, mengaku salah terhadap pertuduhan itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa yang berusia 22 tahun melalui telefon dengan mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kuala Ibai di sini, jam 7.48 pagi pada 25 Januari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan berdepan…

Read More

Sepasang suami isteri Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Lepan Jaya, di sini, tabah menguruskan dua anak lelakinya yang juga OKU sejak 10 tahun lalu. Isteri, Che Bah Omar, 46, yang mengalami kecacatan jari dan tangan sejak lahir manakala suaminya, Rosli Yusof, 44, pula kudung kaki kanan dari bawah lutut akibat terkena mesin proses getah semasa berkerja di kilang getah Sungai Terah 20 tahun lalu. Lebih memeritkan apabila anak kedua daripada empat adik beradik, Mohamad Rosnizam, 20, tahun turut mengalami masalah saraf sehingga tidak mampu bergerak sejak 10 tahun lalu dan nasib yang sama menimpa anak bongsunya, Muhammad Syukri Aiman,…

Read More

Memasuki peringkat suku akhir aksi bola sepak kempen Piala Dunia Qatar 2022, peminat di seluruh dunia kini seakan dirasuk wabak ‘demam bola’ apabila mempamerkan semangat luar biasa dan sanggup berjaga sehingga ke lewat malam dan awal pagi bagi menyaksikan perlawanan secara langsung. Meskipun bukan semua negara yang layak ke piala berprestij empat tahun sekali tersebut, namun ia merupakan satu kepuasan sekiranya pasukan yang digemari berjaya meraih kemenangan. Namun, bagi pasukan yang tewas pula, ia boleh mengundang kemarahan jika ada pihak yang melakukan provokasi melampau dan terlalu fanatik dengan keputusan perlawanan. Percaya atau tidak, situasi itu boleh digambarkan menerusi pergaduhan yang berlaku…

Read More

Polis Indonesia baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki membunuh anak perempuan teman wanitanya pada Sabtu. Suspek dipercayai memukul mangsa berusia tiga tahun kerana marah dengan tindakan mangsa yang tidak sengaja membuang air besar di atas katil. Kejadian itu berlaku di Pangsapuri Kalibata City, Pancoran, Jakarta Selatan, Indonesia. Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Komisaris Besar Ade Ary, suspek dikenali sebagai ‘S’ ditahan selang beberapa jam selepas kejadian itu berlaku. “Suspek ditahan di rumahnya di Cibinong dan akan didakwa atas kesalahan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak sehingga membawa maut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Pancoran, Komisaris Panji Ali…

Read More

Cubaan seorang tekong darat untuk membawa lari lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk dua wanita menggunakan sebuah kereta gagal apabila mereka ditahan pihak polis di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, suspek yang berusia 31 tahun dicekup selepas polis menahan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandunya berhampiran simpang kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas dikejar sejauh 15 kilometer. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjalankan pemeriksaan ‘snap check’ di Jalan Gua Musang-Mentara Lama di sini. Katanya, bagaimanapun,…

Read More

Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis memperdaya peniaga untuk membeli beberapa helai jersi mengundang padah selepas diburu pihak berkuasa di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu. Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam premis terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada Isnin berhubung kejadian tersebut. “Kejadian berlaku pada Sabtu pukul 8.30 malam, telah datang seorang lelaki telah datang memakai T-Shirt berwarna maroon, berseluar jeans dan memakai vest polis. “Lelaki tersebut datang berseorangan dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia dan tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran kenderaan…

Read More