Author: Miss Tata

Resepi Cara Buat Apam Balik | Hai.. Assalamualaikum. Ok hari ni min kongsikan kepada anda resepi Cara Buat Apam Balik. Selalu kita nampak Apam Balik ni jual di pasar malam kan? Apakata hari ni kita belajar sendiri buat Apam Balik di rumah sebagai hidangan anda bersama keluarga. Anak- anak mesti suka dengan Apam Balik anda buat sendiri. Hehehe. Resepi cara buat Apam Balik yang sedap ni anda boleh ikut cara masakan daripada khairulaming. Jom kita cuba! Bahan-Bahan Buat Apam Balik: 2 cawan tepung gandum ½ cawan gula ½ sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil tepung penaik 1 biji telur…

Read More

Resepi Cara Buat Rempeyek | Hai assalamualaikum semua. Kepada anda di rumah kami ingin kongsikan resepi rempeyek yang rangup. Resepi daripada khairulaming, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni. Bahan-bahan: 1 sudu jintan putih (1 tbsp cumin) 1 sudu jintan manis (1 tbsp fennel) 3 sudu ikan bilis (3 tbsp dried anchovies) 2 cawan tepung beras (2 cups rice flour) 1 biji telur (1 egg) 200 ml atau 1 kotak kecil santan (200ml coconut milk) Garam (salt) 130ml atau 2/3 kotak kecil air (130ml water) Kacang tanah (Peanuts) Ikan bilis (Anchovies) Cara Buat Resepi Rempeyek: Ambil lesung batu, masukkan 1 sudu…

Read More

Resepi Cara Buat Rojak Buah|Assalamualaikum. Resepi kali ini ialah Resepi Cara Buat Rojak Buah. Sebut saja Rojak Buah mesti akan buatkan kita rasa terliur dengan rasa manisnya, pedas, masam dan macam-macam lah rasa istimewanya Rojak Buah ni kan. Jadi, kepada anda yang suka dengan Rojak Buah untuk dijadikan hidangan petang atau malam anda mencicah boleh lah cuba buat Resepi Cara Buat Rojak Buah daripada khairulaming ni. Bahan-bahan Buat Rojak Buah: 1 cawan kicap manis ½ cawan sos cili 2 sudu cili boh 2 inci belacan Air 2 sudu gula melaka 2 sudu gula 10-20 tangkai cili Kacang tanah Bijan Buah-buahan…

Read More

Resepi Cara Buat Maggi Kimchi | Hai assalamualaikum. Hari ni kami nak kongsikan kepada anda resepi cara buat maggi kimchi. Anda tahu tak kimchi tu apa? Okay mari kami terangkan sikit pasal kimchi ni. Kimchi merupakan makanan tradisional Korea iaitu sayur yang telah diperap dan dijadikan sebagai makanan sampingan orang Korea. Halal atau tak? Kalau kita pergi cari di supermarket, Insya-Allah kita jumpa kimchi yang halal. Jadi mudah la untuk anda buat resepi ni. Resepi ni diambil daripada khairulaming yang menarik dan mudah untuk dibuat. Jadi, apa tunggu lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni. Bahan-bahan: 3 paket maggi 3…

Read More

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap |Assalamualaikum. Resepi kita hari ni ialah Nasi Goreng Tomyam yang sangat sedap, pedas, senang dan terliur. Hidangan ni sangat sesuai untuk di nikmati sebagai makan malam atau pagi anda. Anda yang gemar makan nasi goreng boleh cuba buat resepi sedap Nasi Goreng Tomyam daripada khairulaming ni. Bahan-Bahan Buat Nasi Goreng Tomyam: 3 ulas bawang putih 1 biji bawang merah 3-4 biji cili 1 batang serai yang di ketuk 1 sudu besar pes tomyam 100g ayam (potong dadu) Sedikit fish cake Carrot 3 helai daun limau purut 2 sudu kicap manis 1 sudu air Sedikit garam…

Read More

Resepi Orange Carrot Juice | Hai assalamualaikum semua. Kepada anda di rumah, hari ni kami nak kongsikan resepi orange carrot juice. Cuaca panas macam ni, bestnya dapat minum jus kan. Segar sikit kita nak buat kerja rumah yang tak pernah habis tu. Resepi ni kami ambil daripada khairulaming yang memang mudah saja untuk dibuat. Okay jom lihat bahan buat resepi jus ni. Bahan-bahan: 2 biji lobak merah 2 biji buah oren Gula Air Ais batu Cara-Cara Buat: Potong 2 biji buah oren dan lobak merah. Kisar 2 biji lobak merah dan 2 biji buah oren yang telah dipotong. Masukkan 1…

Read More

Resepi Cara Buat Agar-agar Buah | Hai assalamualaikum semua, minggu lepas kami teringin pula nak makan agar-agar sebab dah lama tak makan. Jadi hari ni kami nak kongsikan cara buat agar-agar buah iaitu, resepi daripada khairulaming. Okay jom lihat bahan-bahannya. Bahan-bahan: 1/2 buah tembikai Anggur 2 biji buah kiwi 1 biji buah mangga 1 liter air 10g serbuk agar-agar (1 paket kecil) 3/4 cawan gula Cara-cara Buat Resepi Agar-agar Buah: Cuci terlebih dahulu buah-buahan hingga bersih. Potong buah tembikai kepada dua bahagian. Skup isi buah tembikai kepada bentuk bebola dan asingkan ke dalam mangkuk. Potong kecil buah kiwi dan mangga.…

Read More

Resepi Cara Buat Ayam Madu | Assalamualaikum. Hari ni apa kata kita buat resepi cara buat Ayam Madu yang rasanya manis, crispy dan sedap ni. Resepi Ayam Madu yang sedap dan senang nak masak semestinya menjadi kegemaran anda yang suka makan ayam. Rasa dah bosankan kalau asyik masak ayam dengan cara yang sama, jadi apakata hari ni kita cuba buat satu kelainan dengan cara buat ayam madu yang sedap daripada khairulaming ni. Bahan-bahan Buat Ayam Madu: 4 ketul ayam bahagian kepak 4 ketul ayam bahagian peha 1 sudu serbuk lada hitam 3 sudu tepung jagung 3 ulas bawang putih 4…

Read More

Resepi Masakan Daging Balado | Assalamualaikum kepada anda yang suka masakan yang pedas-pedas, hari ni kami nak kongsikan kepada anda resepi masakan Daging Balado. Resepi masakan Daging Balado ni sangat sedap ya. Kepada anda yang tiada idea nak masak apa boleh cuba resepi sedap daripada khairulaming ni. Bahan-bahan untuk Memasak Daging Balado: 500g daging 1 sudu biji ketumbar 3 ulas bawang putih 1/3 sudu garam Air Minyak masak 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 4 lada besar 15 cili 1 biji tomato Garam Gula 3 helai daun limau purut Cara-cara Memasak Daging Balado: Potong daging yang telah di…

Read More

Resepi Cara Buat Telur Bistik | Hai assalamualaikum. Hari ni kami nak kongsikan resepi cara buat telur bistik yang mudah dan sedap. Resepi ini kami ambil daripada khairulaming. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni. Bahan- bahan: 1/2 biji bawang holland (1/2 onion) 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 100g ayam (100g chicken) 1/2 cawan air (1/2 cup water) 2 sudu sos cili (2 tbsp chilli sauce) 2 sudu sos tomato (2 tbsp ketchup) 1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce) Sayur Campur (mixed veggies) Cili (chilli) Garam (salt) Cara-cara Masak Telur Bistik: Potong 3 ulas bawang putih dan…

Read More