Resepi Masakan Daging Balado

| January 8, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Daging Balado | Assalamualaikum kepada anda yang suka masakan yang pedas-pedas, hari ni kami nak kongsikan kepada anda resepi masakan Daging Balado. Resepi masakan Daging Balado ni sangat sedap ya. Kepada anda yang tiada idea nak masak apa boleh cuba resepi sedap daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan untuk Memasak Daging Balado:

  • 500g daging
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/3 sudu garam
  • Air
  • Minyak masak
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 lada besar
  • 15 cili
  • 1 biji tomato
  • Garam
  • Gula
  • 3 helai daun limau purut

Cara-cara Memasak Daging Balado:

  1. Potong daging yang telah di basuh bersih. Saiz potongan daging terpulang pada anda.
  2. Tumbukkan 1 sudu biji ketumbar dengan sedikit garam.
  3. Kemudian, lumurkan biji ketumbar yang telah ditumbuk halus dengan daging dan masukkan sedikit air. Rebuskan selama 20 minit. Angkat daging dan tumbuk sedikit untuk lembut.
  4. Untuk buat sambal, panaskan minyak masak untuk goreng bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar dan tomato. Angkat bahan-bahan tadi dan tumbuk dengan lesung.
  5. Kemudian, goreng daging sehingga garing.
  6. Setelah tu, tumiskan bahan-bahan sambal yang telah di tumbuk ke dalam kuali. Masukkan daun limau purut dan daging yang telah di goreng tadi.
  7. Masak dan kacau rata.
  8. Da siap… makan dengan nasi panas-panas. Sedap!

Haa macam mana sedapkan tengok resepi masakan Daging Balado ni. Terliur habis dengan resepi sedap ni. Lebih sedap dapat makan dengan nasi panas-panas. Anda yang tak tahu macam mana nak masak resepi masakan Daging Balado ni anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming dibawah ni.

Video Memasak:

 

 

View this post on Instagram

 

Daging Balado . . Bahan2/Ingredients: πŸŒ•500g daging (500g beef) πŸŒ•1 sudu biji ketumbar (1 tbsp coriander) πŸŒ•3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) πŸŒ•1/3 sudu garam (1/3 tbsp salt) πŸŒ•Air (water) πŸŒ•Minyak masak (cooking oil) πŸŒ•4 biji bawang merah (4 shallots) πŸŒ•4 ulas bawang putih (4 cloves garlic) πŸŒ•4 lada besar (4 red chilli peppers) πŸŒ•15 cili (15 thai chillis) πŸŒ•1 tomato πŸŒ•Garam (salt) πŸŒ•Gula (sugar) πŸŒ•3 daun limau purut (3 kaffir lime leaves) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #daging #beef #spicy #dagingbalado

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *