Author: Admin Hanisah

Tuan Romzi Tuan Razali, 51, nekad meredah lautan siang dan malam untuk mencari bapa, Tuan Razali Wok, 74, yang hilang selepas terjatuh daripada bot. Ketika itu, bapanya sedang pulang mencandat sotong bersama dua rakan pada pagi Isnin lalu. Kehilangan bapa kepada sembilan anak itu disedari dua rakannya sebaik bot menghampiri Jeti Pelabuhan Chendering, jam 5.30 pagi. Kali terakhir rakan mendakwa melihat mangsa di atas bot pada jarak empat kilometer dari jeti berkenaan. “Walaupun bersendirian saya tetap akan turun ke laut mencari ayah tanpa mengira siang dan malam. “Saya satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab saya dan tidak akan…

Read More

Haram Transaksi ‘Online’ Semasa Solat Jumaat? Ini Jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Khalifah Media Networks –  Umat Islam terutama golongan lelaki yang mukallaf adalah haram melakukan transaksi urus niaga atau proses jual-beli secara online ketika tempoh waktu solat fardu Jumaat. Peringatan tersebut diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi slot Irsyad al-Fatwa Siri Ke-683 yang disiarkan laman sesawang rasmi agensi itu semalam. “Hukum melakukan transaksi bisnes dalam talian itu adalah haram. Hal ini kerana perbuatan tersebut boleh melalaikan seseorang daripada memberi tumpuan untuk ibadah solat Jumaat,” katanya. Konteks larangan berkenaan juga adalah sama seperti tegahan syarak ke atas umat…

Read More

“Walaupun kaki bersimen, tengkuk bersimen, pemain masih kena lapor diri dahulu,” demikian penegasan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar. Beliau mengharapkan semua pemain kebangsaan dapat ‘tunjuk muka’ terlebih dahulu bagi melapor diri pada hari pertama kem latihan pusat kebangsaan, Khamis ini. Katanya, semua perkara boleh dibawa berbincang sekalipun pemain terbabit sememangnya memiliki masalah. Namun, melaporkan diri tetap menjadi keutamaan kepada mereka. “Kepada semua pemain yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan ini saya mohon agar dapat hadir melapor diri pada 19 hari bulan walaupun ada kecederaan ataupun ada masalah. “Hadirkan diri dulu dan baru jurulatih akan buat penilaian,”…

Read More

Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggikan suara terhadap pelanggan, hingga video mengenainya tular di media sosial. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insiden berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning. “MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran. “Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, MBSA juga memohon…

Read More

Gara-gara meragut rumput di kawasan larangan, dua ekor biri-biri dilaporkan telah dihukum penjara. Menurut Mirror, haiwan itu diarahkan untuk dipenjara selepas ia ditangkap meragut rumput di sekitar asrama Ignacio Zaragoza di perbandaran Santa Catarina Yosonotu, negeri Oaxaca di Mexico. Difahamkan, kedua-dua haiwan itu akan tinggal di penjara sehingga pemilik mereka membayar denda dan membaiki kerosakan. Pemilik biri-biri itu juga turut dirahkan berikrar untuk memastikan haiwan tersebut sentiasa berada dalam kandang sebelum diserahkan semula. Pemilik biri-biri tersebut difahamkan telah membuat aduan kepada pihak polis. Dia percaya bahawa hukuman penjara yang dikenakan ke atas kambingnya adalah kejam. Menurutnya, dia bimbang jika biri-biri…

Read More

“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.” Itu antara pesanan terakhir pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia. Allahyarhamah meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu. Apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui oleh tiga anaknya semalam. Malah, kisah ini mendapat perhatian selepas salah seorangnya, Nor Azuana Masshar, 36, berkongsi kisah di Facebook (FB). Bercerita lanjut, Nor Azuana berkata, nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30. Nor Azuana berkata,…

Read More

Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion, akan diketahui 7 Julai depan. Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis. Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Rosmah membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak. Rosmah, 71, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin. Beliau…

Read More

Sorang lelaki British maut dalam penerbangan ke Portugal selepas anak kapal mendapati dia tidak sedarkan diri. Penerbangan TAP Air London ke Lisbon terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Santiago de Compostela di Sepanyol selepas lelaki berusia 71 tahun itu disyaki mengalami serangan jantung. Kakitangan di lapangan terbang memaklumkan perkhidmatan kecemasan dan paramedik bergegas ke tempat kejadian sebelum pesawat mendarat. Kakitangan perubatan di lapangan berusaha untuk menyelamatkan lelaki itu, tetapi dia disahkan meninggal dunia pada kira-kira 9.30 malam pada hari Jumaat. Inisialnya diberikan sebagai I.S.Y. Tiada butiran lanjut mengenainya diberikan. Ia berlaku selepas penerbangan dari Sepanyol ke UK terpaksa melencong…

Read More

Seorang pakar bedah di India komited untuk menjalankan pembedahan pemindahan rahim kepada individu transgender yang dilahirkan sebagai lelaki dalam usahanya untuk membolehkan golongan itu hamil, lapor portal berita MailOnline semalam. Prosedur berisiko itu akan melibatkan pengambilan organ pembiakan daripada penderma yang telah meninggal dunia atau pesakit yang membuang rahim mereka. Setakat ini, hanya terdapat satu kes pemindahan rahim terhadap seorang individu transgender pernah didokumentasikan. Pesakit itu bagaimanapun meninggal dunia akibat komplikasi beberapa bulan kemudian. Usaha untuk ‘menghamilkan’ individu transgender merupakan satu perkara yang ‘sukar’ dilakukan. Hal ini kerana golongan itu, yang dilahirkan sebagai lelaki, tidak mempunyai sistem pembiakan wanita. Dr.…

Read More

Bangunan Wisma Negeri terpaksa ditutup serta-merta sehingga Jumaat ini selepas terbakar dan banjir, dalam kejadian Isnin lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran litar pintas. Jelasnya, susulan itu sistem semburan air automatik telah aktif di tingkat 1 bangunan tersebut yang menyebabkan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) digenangi air. “Kejadian hanya disedari pada pukul 6.30 pagi semalam dan kita percaya ia disebabkan kebakaran litar pintas di dalam bangunan. “Kebakaran tersebut merebak di bahagian langsir dan mengaktifkan sistem semburan air automatik,”…

Read More