Author: Admin Hanisah

Pelik tapi benar! Seorang pencuri di Indonesia dikatakan mengubah fikirannya untuk mencuri selepas ‘tergoda’ melihat kaki seorang janda yang menjadi mangsa ketika itu. Memetik laporan Tribun News, suspek, Tri Wahyudi Sutopo, 30, telah ditahan oleh pihak polis berikutan tindakannya yang dipercayai cuba mencuri barangan milik seorang janda, G,23. Difahamkan suspek ketika itu bertindak memasuki rumah mangsa bagi mencuri barangan kemas namun hasrat tersebut bertukar selepas melihat kaki mangsa. Kejadian ini berlaku di rumah sewa mangsa pada Ahad yang lepas dan suspek sudah mengetahui wanita ini mempunyai barang kemas yang banyak. Suspek ketika itu bertindak memanjat dari atas rumah mangsa sebelum…

Read More

Seorang lelaki yang dikesan melakukan aksi ‘lagak ngeri’ dengan berpaut pada bahagian belakang lori tangki kelmarin dipercayai mempunyai masalah mental. Dalam kejadian, lori sedang bergerak sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum lelaki tersebut terjatuh di kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan. Lelaki berusia 39 tahun itu luka di bahagian atas mata kiri dan kecederaan di tangan kiri serta kaki kanan dalam kejadian pukul 3.30 petang itu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki bahagian belakang treler di sebuah stesen minyak di Lanchang. “Pemandu lori tidak menyedari mangsa memanjat treler. “Lori itu keluar dari stesen…

Read More

Bumbung empat kediaman diterbangkan ribut yang melanda Kampung Geduk, Gemencheh, di sini, selama kira-kira 10 minit, semalam. Insiden kira-kira jam 3.40 petang itu turut menyebabkan beberapa pokok tumbang. Termasuk ada yang menghalang laluan jalan raya, namun tiada mangsa dilaporkan cedera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, berkata empat keluarga terjejas selepas bumbung rumah diterbangkan ribut. Kini mereka menumpang berteduh di kediaman saudara mereka. “Berdasarkan maklumat penduduk, mereka dikejutkan dengan bunyi angin deras berserta hujan selama kira-kira 10 minit sebelum beberapa bumbung rumah diterbangkan angin kencang. “Selain itu, ada sekurang-kurang 10 pokok tumbang. Penduduk dapat menyelamatkan…

Read More

Tindakan lelaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima satu laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Dalam kejadian, seorang individu menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya dan memandu secara gopoh di jalan awam pada 1.30 pagi. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada 11.30 malam Jumaat lalu. “Susulan…

Read More

Seorang juruterbang berpangkat Datuk telah didakwa mendaratkan helikopter di Padang Ipoh untuk membeli 36 bungkus ‘nasi ganja’ pada Julai tahun lalu. Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melanggar Kaedah-Kaedah Udara dalam penerbangan awam. Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jesseca Daimis. Tertuduh juga merupakan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam. Iaitu dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ bawah Chapter (Bab) 3, iaitu tidak mematuhi ‘Flight…

Read More

Tindakan 30 pelajar sekolah yang dipercayai membuli seorang pelajar lain mengundang padah selepas bapa kepada mangsa naik angin dan ‘bergusti’ dengan mereka. Menerusi laporan Daily Star, pergaduhan tersebut berlaku di Sekolah Tinggi Tuscon, Arizona. Pergaduhan itu bermula selepas bapa kepada mangsa Willie Smith, 40, nekad untuk berjumpa dengan pembuli anaknya. Menurut aduan, Smith pada mulanya telah dipanggil bagi menjemput anaknya selepas ‘diganggu’ oleh pelajar lain. Bukan itu sahaja, Smith turut dinasihatkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar melalui pintu belakang sekolah dan bukannya pintu masuk utama di bahagian depan. Bagaimanapun lelaki ini tidak akur dengan nasihat tersebut dan jalan…

Read More

Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali. Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu. “Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun. “Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail. Rakaman video menunjukkan Sullivan kelihatan bersahaja ketika melompat keluar dari pesawat. Ketika melakukan aktiviti itu, Sullivan disajikan dengan pemandangan cantik kawasan pantai di Florida sehingga…

Read More

Seorang pempengaruh media sosial warga Rusia dan suaminya akan diusir dari Bali kerana melanggar budaya tempatan selepas berbogel ketika mahu mengambil gambar di sebatang pokok keramat. Alina Fazleeva, yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram, merakam gambar bogel di sebatang pokok banyan berusia 700 tahun, berhampiran sebuah kuil di daerah Tabanan. Gambar yang diambil oleh suaminya, Andrey Fazleev, kemudian dimuat naik di Instagram dan tular sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Bali. Ini kerana, mengikut budaya Hindu Bali, gunung-ganang, pokok dan ciri-ciri semula jadi lain dianggap sebagai rumah dewa. Ketua Imigresen Bali, Jamaruli Manihuruk berkata, pasangan berkenaan dibuktikan melakukan aktiviti-aktiviti yang menggugat ketenteraman…

Read More

Polis Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis susulan video anggota polis trafik mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan. ”Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’. ”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir. “Pihak PDRM Pulau Pinang…

Read More

Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam insiden mengasari remaja yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam. Kejadian tersebut berlaku di Taman Tasik Taiping di sini pada Sabtu. Tangkapan suspek berusia 22 tahun itu dibuat susulan tular rakaman video di laman sosial. Video tersebut memaparkan seorang lelaki menampar hingga mangsa terduduk menangis ketakutan sambil memegang basikal. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu sedang menunggang basikal sendirian di taman berkenaan sekitar jam 2 pagi. Menurutnya, insiden itu berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa. “Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan…

Read More