Tindakan 30 pelajar sekolah yang dipercayai membuli seorang pelajar lain mengundang padah selepas bapa kepada mangsa naik angin dan ‘bergusti’ dengan mereka.

Bapa 'Naik Hantu' Anak Dibuli, Balas Dendam 'Gusti' Dengan 30 Pelajar

Menerusi laporan Daily Star, pergaduhan tersebut berlaku di Sekolah Tinggi Tuscon, Arizona.

Pergaduhan itu bermula selepas bapa kepada mangsa Willie Smith, 40, nekad untuk berjumpa dengan pembuli anaknya.

Menurut aduan, Smith pada mulanya telah dipanggil bagi menjemput anaknya selepas ‘diganggu’ oleh pelajar lain.

Bukan itu sahaja, Smith turut dinasihatkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar melalui pintu belakang sekolah dan bukannya pintu masuk utama di bahagian depan.

Bagaimanapun lelaki ini tidak akur dengan nasihat tersebut dan jalan melalui halaman sekolah.

Video pergaduhan yang berlaku itu turut disiarkan.

Menerusi video pendek dikongsi dapat dilihat lelaki berkenaan yang ‘bergaduh’ dengan 30 pelajar yang lain.

Pegawai keselamatan yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bahkan sebarang senjata sama sekali tidak digunakan dalam insiden itu.

Susulan daripada itu, Smith telah pun ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan jenayah mengganggu ketenteraman sekolah bersama seorang remaja berusia 15 tahun.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply