Seorang lelaki yang dikesan melakukan aksi ‘lagak ngeri’ dengan berpaut pada bahagian belakang lori tangki kelmarin dipercayai mempunyai masalah mental.

Lelaki Disyaki Masalah Mental Buat Aksi Gerun, Berpaut Belakang Lori Treler

Dalam kejadian, lori sedang bergerak sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum lelaki tersebut terjatuh di kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan.

Lelaki berusia 39 tahun itu luka di bahagian atas mata kiri dan kecederaan di tangan kiri serta kaki kanan dalam kejadian pukul 3.30 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki bahagian belakang treler di sebuah stesen minyak di Lanchang.

“Pemandu lori tidak menyedari mangsa memanjat treler.

“Lori itu keluar dari stesen minyak apabila lelaki itu terjun dari kenderaan yang sedang bergerak di Kampung Dala di Lanchang.

“Pemandu kenderaan lain yang melihat kejadian telah menenangkan mangsa dan membawanya ke klinik kesihatan Lanchang.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, pemandu treler berusia 52 tahun dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu.

Sehinggalah dia melihat video membabitkan kenderaannya telah tular sejak malam tadi.

“Pemandu lori menerima video berkenaan sekitar pukul 9 malam semalam sebelum tiba di balai polis Temerloh kira-kira pukul 3.50 petang hari ini untuk membuat laporan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 28 saat yang dirakam dari kereta yang sedang dalam perjalanan di belakang treler itu.

Dalam video itu terlihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T kelabu dan seluar pendek biru dengan kasut sukan kuning berpaut pada belakang lori itu.

Lelaki itu dilihat berpegang pada pemegang sambil berdiri di belakang treler sebelum dia terjatuh di atas jalan.

Beberapa orang yang melintasi laluan berkenaan telah berhenti untuk membantunya berehat di atas kawasan rumput berhampiran jalan terbabit.

Kemudian mereka memaklumkan kepada Balai Polis Lanchang.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana gangguan awam.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply