Author: Admin Hanisah

Seorang ibu berdepan detik cemas apabila terkejut bayi lelakinya tiada di sisi ketika dicari. Difahamkan bayi lelaki itu ditemui di celah katil akibat terjatuh dan sudah tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku kira-kira 11 hari lalu ini dikongsi sendiri oleh si ibu di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM). Menerusi perkongsian oleh Thira Mishu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik dan wajah anaknya berusia dua bulan itu. Jelasnya, dia baru sahaja bangun dari tidur mula mencari anaknya bernama Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah. Walau bagaimanapun tidak ditemui kerana tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah…

Read More

AUSTIN, Texas – Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di sebuah pantai di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) ditemui mati. Ia ditemui mati selepas pengunjung cuba menunggang dan berenang dengan mamalia itu, lapor akhbar Metro UK, kelmarin. Ikan lumba-lumba yang cedera itu terdampar di Pantai Quintana sebelum ditolak semula ke tengah laut oleh pengunjung yang mahu berenang dengannya. Mereka juga didakwa cuba menunggang haiwan itu sebelum diheret semula ke pesisir pantai. Kemudian, haiwan itu diganggu orang ramai hingga mati sebelum pasukan penyelamat sempat tiba di lokasi kejadian. Insiden tersebut didedahkan oleh sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Texas, Marine Mammal Stranding…

Read More

LONDON – Satu tinjauan terbaharu mendapati bahawa isteri yang memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan lebih cenderung untuk berlaku curang dengan suami mereka, lapor akhbar The Sun UK, semalam. Wakil platform janji temu individu yang sudah berkahwin, IllicitEncounters, Jessica Leoni yang menjalankan tinjauan itu berkata, 22 peratus daripada 1,400 isteri curang mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan. Selain kucing, wanita yang memilih ikan sebagai haiwan peliharaan juga berisiko tinggi bermain kayu tiga dengan pasangan mereka sebanyak 17 peratus. Wanita yang memelihara anjing dipercayai paling setia kerana hanya 12 peratus sahaja daripada peserta tinjauan mengaku menduakan pasangan mereka. Seorang wanita bernama Camilla, 42,…

Read More

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bahawa anak angkat yang dipelihara selama tujuh tahun rupa-rupanya merupakan anak kandung suaminya dengan kekasih gelap lelaki itu, lapor akhbar Daily Star UK, semalam. Ibu kepada lima anak itu berkata, dia memilih untuk mengambil anak angkat selepas doktor menasihatinya untuk tidak hamil lagi selepas kelahiran anak keempat. Dia dan suaminya, Dave, berbincang untuk mengambil anak angkat ketika lelaki itu diarahkan bertugas di luar negara. Lalu, mereka bersetuju untuk menunggu Dave pulang ke rumah bagi meneliti pilihan yang ada. Namun begitu, ketika berada di luar negara, suaminya secara tiba-tiba mencadangkan pengambilan anak angkat antarabangsa…

Read More

Di Syria, seorang wanita telah merakam perbuatan suaminya yang sedang mencuci pinggan sebelum memuat naik video tersebut di laman TikTok. Tindakan wanita itu mengundang padah apabila suaminya didakwa telah menceraikannya. Memetik laporan media tempatan, rakaman video tersebut menggunakan background music yang memberi gambaran seolah-olah lelaki itu berada di bawah kawalan si isteri. Difahamkan video tersebut dirakam ketika si suami sedang sedang sibuk membersihkan rumah dan berdiri di dapur sambil mencuci pinggan. Wanita ini didakwa ‘meletakkan’ lagu berbentuk provokasi dalam video tersebut sehingga menyebabkan si suami berang sebelum bertindak menceraikannya selepas video tersebut tular. Bercerita lebih lanjut, lagu bertajuk Mesaytara (saya dominan/ saya…

Read More

Tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditetapkan pada 15 Mei ini. Tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C). Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan menawarkan dos pertama bagi vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat keputusan sebelum 15 Mei ini. Selepas tarikh berkenaan, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di…

Read More

BRASILIA – Sekumpulan pakar perubatan di Brazil terkejut apabila menemui sebuah dumbel besi seberat dua kilogram yang disumbat ke dalam rektum seorang lelaki, lapor portal berita MailOnline, semalam. Lelaki berusia 54 tahun yang tidak didedahkan itu menunggu dua hari sebelum mendapatkan rawatan selepas gagal mengeluarkan sendiri logam tersebut. Dia datang ke hospital di Manaus dengan mengadu sakit perut, loya dan tidak boleh membuang air besar. Doktor mengarahkan lelaki berkenaan menjalani pemeriksaan sinar X selepas tidak dapat mengesan apa-apa punca yang menyebabkan kesakitan yang dialaminya. Hasil sinaran X mendedahkan bahawa dumbel yang panjangnya hampir 20 sentimeter tersekat di tempat kolon bertemu…

Read More

COLOMBO: Kerajaan semalam memberi isyarat bahawa Sri Lanka muflis, mengumumkan penggantungan sementara pembayaran balik semua hutang luar negara setakat semalam. Negara tidak lagi dapat memenuhi komitmennya berikutan kedudukan kewangan yang lebih lemah akibat kejutan luaran dan dalaman. Langkah itu menamatkan rekod cemerlang Sri Lanka dalam membayar obligasi hutang luar negaranya sejak kemerdekaan. Tetapi “kegagalan yang dirundingkan atau lembut” dilihat sebagai lebih dihormati berbanding “kegagalan keras” yang membawa bencana. Setiausaha Perbendaharaan, Mahinda Siriwardena memberitahu wartawan semalam bahawa penstrukturan semula obligasi hutang luar negara yang “tertib dan konsensual” akan disokong oleh program bantuan ekonomi yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).…

Read More

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang, lapor portal berita MailOnline kelmarin. Sebelum ini, resort ini menjadi  simbol keamanan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Gambar-gambar satelit menunjukkan resort pelancongan dinamakan Hotel Haegumgang bernilai AS$75 juta (RM317 juta) itu dimusnahkan pada  hujung minggu lalu. “Tindakan secara unilateral untuk memusnahkan hotel itu jelas bertentangan dengan matlamat  usaha sama antara dua Korea berdasarkan rasa hormat dan dialog,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Cha Deok-cheol. Resort  yang dibina di kawasan Pergunungan Berlian pada ketinggian 1,637 meter itu terletak hampir 50 kilometer dari sempadan Korea…

Read More

RIYADH – Umat ​​Islam akan menyambut bulan Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun pada tahun 2030 berdasarkan kalendar Gregorian. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled Al Zaqaq yang dilaporkan laman web Al Arabiya pada Selasa. Ini disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan manakala kalendar Gregorian menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari. Perbezaan antara dua kalendar bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian. Ia berlaku kira-kira setiap 30 tahun, kata ahli astronomi tersebut itu dalam video yang disiarkan di akaun Twitternya. Kali terakhir ia berlaku pada tahun…

Read More