Author: Admin Hanisah

KUALA LUMPUR – Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai ‘Tauke Jambu’ dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin. Mereka yang terlibat adalah Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44. Masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin. Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini pada jam 2.40 pagi,…

Read More

Alor Setar: Biarpun sudah berkeluarga dan sibuk dengan tugasan harian sebagai anggota polis, Muhammad Firdaus Ahmad tetap setia menjaga bapanya yang menghidap angin ahmar sejak 12 tahun lalu. Ibunya Rodziah Ishak, 51, dan enam adik masih berkemampuan untuk menjaga insan kesayangan itu. Namun, Muhammad Firdaus, 31, yang menetap di Taman Gunung Bongsu, di sini enggan lepas tangan kerana sedar tanggungjawabnya sebagai anak sulung. Bapa tiga anak itu berkata, apa yang dilakukan itu juga sudah menjadi rutin harian dan satu kelaziman demi memastikan kebajikan bapanya, Ahmad Noor, 59, terpelihara. Dahulu, ayahnya sihat dan ceria orangnya, namun segalanya berubah selepas dia terjatuh…

Read More

LONDON – Sebuah syarikat berpangkalan di Britain, Walletmor menawarkan teknologi mikrocip yang dipasang dalam tangan manusia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. Pengasas dan Ketua Eksekutif Walletmor, Wojtek Paprota berkata, syarikatnya adalah yang pertama menawarkan cip tersebut untuk kegunaan komersial. “Mikrocip yang dipasang di dalam tangan boleh digunakan untuk membayar minuman di tepi pantai Rio, kopi di New York, ketika anda memotong rambut di Paris atau membeli-belah. “Ia boleh digunakan di mana-mana lokasi yang mempunyai sistem pembayaran tanpa sentuhan,” katanya. Mikrocip Walletmor memiliki berat kurang  satu gram dan terdiri daripada cip serta antena yang dibungkus di…

Read More

JAKARTA: Jabatan Kesihatan Jakarta bercadang untuk melaksanakan program suntikan dos penggalak atau booster di beberapa masjid pada waktu malam selepas solat tarawih selesai dilakukan. Jurucakap jabatan itu, Widyastuti berkata, pihaknya sudah berkoordinasi dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Dewan Masjid Indonesia untuk melaksanakan program tersebut. Katanya, langkah itu boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar penerimaan suntikan dos penggalak dalam kalangan penduduk di bandar raya ini. “Capaian dos penggalak masih rendah di Jakarta dengan jumlah semasa baru mencecah tiga juta orang sudah menerima suntikan tersebut. “Sehubungan itu, kita perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan bagi memastikan lebih ramai penduduk menerima dos penggalak.…

Read More

BATAM: Gara-gara kejutkan penduduk bangun bersahur menggunakan pembesar suara, seorang lelaki membawa parang panjang ke masjid untuk mengugut jemaah. Kejadian itu berlaku di Batam, Kepulauan Riau kelmarin sehingga menyebabkan si pelaku ditahan polis bagi membantu siasatan. Ketua Polis Lubuk Baja, Budi Hartono memaklumkan, suspek mendakwa tidurnya terganggu selepas jemaah mengejutkan penduduk setempat untuk bangun bersahur menggunakan pembesar suara masjid. “Suspek mengakui membawa senjata tajam ke masjid untuk mengugut jemaah supaya tidak terlalu bising sehingga mengganggu tidur orang lain. “Dia malah mengakui tidak mempunyai niat untuk mencederakan mana-mana pihak, cuma mahu beri amaran,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com. Dalam pada…

Read More

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima sebanyak 48,000 stok ubat antiviral, Paxlovid keluaran Pfizer, bagi merawat penyakit COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ubat berkenaan tiba di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd. Katanya, ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas. “Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk. “Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham berkata,…

Read More

Pasangan suami isteri mahu menyaman klinik kesuburan selepas mereka melahirkan seorang bayi lelaki sedangkan mereka hanya mahukan bayi perempuan. Heather Wilhelm-Routenberg dan isterinya Robin (Robbie) menjalani IVF untuk cuba mendapatkan anak perempuan. Lalu, mereka mencari klinik kesuburan di New York untuk menanam embrio. Pasangan itu telah menggunakan proses pemilihan jantina untuk memastikan jantina bayi mereka adalah perempuan. Mereka memilih untuk menggunakan telur Robbie dan sperma penderma untuk mencipta embrio dan ditanam ke dalam rahim Heather. Tetapi mereka begitu terkejut apabila membuat imbasan ketika kandungan 15 minggu. Pakar sonograf memeriksa jantina bayi dan mendedahkan mereka akan mendapat bayi lelaki. Heather…

Read More

NEW YORK: Korea Selatan merupakan negara termahal di dunia untuk membesarkan anak yang baru lahir hingga berusia 18 tahun. Lapor CNN, dapatan itu diperoleh menerusi kajian purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jefferies yang menggunakan data dari Kajian Populasi Yuwa. Kajian itu mendapati China berada di tangga kedua dan diikuti Itali. Amerika Syarikat (AS) pula menjadi negara ke-14 paling mahal di dunia untuk membesarkan anak di kedudukan antara Jerman dan Jepun. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu adalah kos pendidikan dan kos kesediaan di pusat jagaan ketika anak baru dilahirkan. Kebanyakan perkhidmatan prasekolah di China adalah berbayar…

Read More

WUHAN: Seorang wanita yang tidak pernah berputus asa akhirnya berjaya melahirkan anak selepas 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun. Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Liu melahirkan anak pada Mac lalu, menerusi pembedahan di Hospital Universiti Zhongnan di Wuhan, lapor Mirror. Liu berasal dari daerah Xinzhou dan berkahwin sejak 2010. Dia mengandung setiap tahun, namun sering mengalami keguguran semasa peringkat awal kehamilan. Doktor mengesahkan Liu menghidap penyakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE) pada 2017. Badan pesakit SLE akan menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Sehingga kini,…

Read More

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Ukraine menulis surat yang menyayat hati kepada ibunya yang meninggal dunia selepas mereka dilaporkan diserang bersama di dalam kereta mereka. Dalam catatan tulisan tangan dalam sebuah jurnal, dia menulis, “Kami akan bertemu di syurga. “Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi baik supaya dapat pergi ke syurga juga.” Surat itu dikongsi oleh seorang ahli Parlimen Ukraine di Twitter, dan dikatakan bermula 8 Mac, dua minggu selepas serangan Vladimir Putin. Kejadian itu tidak pasti berlaku di kawasan mana di Ukraine. Ditulis dalam skrip kebudak-budakan tanpa titik noktah dan beberapa kesilapan tatabahasa, dia berkata, “Mama.…

Read More