Author: Admin Hanisah

SEREMBAN – Hukuman denda RM4,000 telah dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban terhadap selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul. Zarina Anjoulie dijatuhi hukuman atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu. Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap artis berusia 34 tahun itu yang dikenali sebagai Anju. Hukuman  dijatuhkan selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman kepada pihak media. Pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya diadakan pada Rabu, namun peguam yang mewakili…

Read More

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyokong usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang akan memulakan program baharu iaitu menanam pokok bagi setiap kelahiran di Pahang. Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, setiap anak pokok akan ditanda nama dan akan ditanam di lokasi yang sesuai di setiap daerah ini. Menurutnya, program tersebut akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Setakat ini, Pantai Serandu di Pekan telah dipilih sebagai antara lokasi program penanaman pokok tersebut. “JPNP akan mengenal pasti pokok…

Read More

IPOH – 10 komputer riba percuma disediakan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak kepada pelajar terutama kalangan B40 yang memerlukan bagi tujuan pembelajaran. Ketua Biro Kebajikan Pelajar Muda Perak, T Ahvinraaj berkata, pemberian komputer riba itu digerakkan susulan terkesan dengan tindakan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut memarahi pelajarnya kerana tidak mempunyai komputer riba ketika sesi pembelajaran maya. Selain itu, pensyarah tersebut turut bersikap merendah-rendahkan pelajar B40 sepertimana video tular. Menurutnya, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sepatutnya menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu pelajar dengan bersikap empati dan…

Read More

Walaupun kita kini berada di tahun 2022 tetapi masih lagi ada manusia yang menilai orang berdasarkan warna kulit. Merak Jalanan terperanjat apabila sebuah portal berita melaporkan seorang ibu tergamak meninggalkan bayinya bersama neneknya. Bayi yang baru dilahirkan itu ditinggalkan dek kerana warna kulitnya yang gelap. Kejadian yang dilaporkan berlaku di negara ini tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden kerana majoriti rakyat telah terdedah dengan pelbagai jenis ilmu. Namun, mentaliti rakyat ternyata masih terperangkap dengan pernyataan ‘putih itu cantik’ atau ‘hitam itu jelek’. Pernyataan-pernyataan lapuk ini telah menyebabkan ia…

Read More

KUALA LUMPUR – Waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed kerana menghina mahkamah. Perintah itu dikeluarkan oleh hakim, Yasmin Abdul Razak pada 14 Februari lalu selepas Norjuma, 42, gagal hadir ke mahkamah sejak permulaan kes. Walaupun waran tangkap telah dikeluarkan, peguam, Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili pihak Fame Up Entertainment berkata, usaha untuk menyerahkan waran tangkap kali pertama pada Selasa didapati gagal. “Pihak kami bersama bailiff mahkamah (orang yang dilantik mahkamah untuk menyampaikan writ/saman) cuba untuk mencari Norjuma…

Read More

Ketika ini, insiden aktor tersohor Hollywood, Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas Majlis Oscar 2022 menjadi antara perbualan terhangat di seluruh dunia. ‘Drama’ yang berlaku di pentas anugerah berprestij pada Isnin itu bermula apabila Rock secara spontan bergurau mengenai imej isteri Smith. Isteri Smith, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej berkepala botak. Gurauan yang tidak kena tempat itu akhirnya memakan diri Rock, malah lebih memalukan kejadian yang berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat turut ditonton secara langsung. Tindakan ‘tiada kompromi’ oleh Smith meskipun…

Read More

Hari ini, 29 Mac, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-24. Pemerhatian Astro Awani di laman sosial mendapati rata-rata peminat dan warganet tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepada juara Kejohanan Seluruh England itu. “Happy birthday @leeziijia,” demikian tulis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi laman Instagram, pada Selasa. Selain itu, beregu lelaki badminton negara, Soh Wooi Yik dalam hantaran di Instagram turut memuat naik gambar bersama Zii Jia sempena hari kelahirannya. Berikut beberapa perkara menarik mengenai Zii…

Read More

“Awas Geng Plastik Hitam”, Jaheaik Beri Amaran Akan Pantau ‘Hotspot’ Di Kelantan | Khalifah Media Networks – KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) akan memantau lebih 50 lokasi ‘panas’ di seluruh negeri ini pada bulan Ramadan ini. Lokasi ini sering menjadi tumpuan geng ‘plastik hitam’ melampiaskan nafsu mereka. Mereka makan pada waktu siang hari ketika umat Islam lain sedang berpuasa. Malah kawasan ini menjadi tumpuan dan mereka akan datang ke sini untuk makan di waktu tengah hari. Kenyataan dari Dr Hasnan Ramli Timbalan Pengarah Operasi…

Read More

KULIM – Pembukaan kilang bagi pemasangan tempatan kenderaan Porsche model Cayenne yang pertama di Malaysia dan luar Eropah, telah dilancarkan oleh Sime Darby dan Porsche, di sini pada Isnin. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kolaborasi yang terjalin dan kepercayaan yang dibina selama lebih sedekad telah merealisasikan hasrat peminat Porsche Malaysia. Sekali gus, turut membuka peluang tenaga kerja kepada komuniti setempat khususnya penduduk di Utara. Menurutnya, pembukaan kilang pemasangan berkenaan merupakan yang pertama untuk kenderaan Porsche di luar Eropah. “Kejayaan ini membuktikan…

Read More

SHAH ALAM – Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan dipilih menjadi salah seorang imam solat tarawih di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom sepanjang bulan Ramadan ini. Selain itu, Amru Al Haz yang juga bekas Timbalan Imam Besar, Masjid Negara turut diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di universiti terkenal dunia tersebut sepanjang tempoh berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pemilihan pegawainya itu disifatkan sebagai satu penghargaan besar buat jabatannya.…

Read More