KUANTAN – Kerajaan Pahang menyokong usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang akan memulakan program baharu iaitu menanam pokok bagi setiap kelahiran di Pahang.

Unik!! Tanam Pokok Bagi Setiap Kelahiran Anak, Usaha Hijaukan Bumi Pahang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, setiap anak pokok akan ditanda nama dan akan ditanam di lokasi yang sesuai di setiap daerah ini.

Menurutnya, program tersebut akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Setakat ini, Pantai Serandu di Pekan telah dipilih sebagai antara lokasi program penanaman pokok tersebut.

“JPNP akan mengenal pasti pokok yang sesuai untuk ditanam mengikut landskap kawasan masing-masing.

“Pokok yang ditanam bukan sahaja sebagai peluang untuk memperingati kelahiran anak tetapi menjadikan tapak tersebut sebagai tarikan pelancong.

“Mungkin, apabila anak itu boleh kembali melawat tapak dan mengambil gambar pada hari lahir mereka,” katanya.

Beliau berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut program menanam pokok bagi setiap bayi yang dilahirkan di Pahang sambil menjawab soalan bertulis Datin Samsiah Arshad(BN-Bukit Ibam).

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan mengenai inisiatif Pahang Pride Kid.

Inisiatif ini akan menyaksikan anak kelahiran Pahang pada tahun ini akan menerima bantuan bernilai RM200.

Bantuan tersebut termasuk simpanan bank RM100 serta produk penjagaan bayi bernilai RM100.

Jelasnya, inisiatif itu membuktikan kerajaan negeri menggalakkan pertumbuhan penduduk di negeri Pahang.

Sebagai negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang kini mempunyai kira-kira 1.2 juta orang.

Pada persidangan itu, Rosli Abdul Jabar (Pas-Tanjung Lumpur) turut mencadangkan supaya kerajaan Pahang memberi insentif kepada wanita yang melahirkan ramai anak.

Cadangan insentif tersebut turut dipersetujui oleh Shahaniza dalam persidangan itu.

Shahaniza turut menjelaskan perkara itu akan dibincangkan semasa mesyuarat majlis eksekutif negeri.

Lee Chin Chen (PH-Bilut) turut memberi soalan berasingan mengenai rancangan memperluaskan aplikasi Pahang Go khususnya ciri parkir digital ke semua daerah.

Exco Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia akan dilakukan berdasarkan kesesuaian.

Menurutnya, Pahang adalah antara negeri pertama yang memperkenalkan ciri tempat letak kereta sebegitu.

“Di mana pengguna boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana-mana, dalam beberapa saat tanpa perlu membeli kupon.

“Kemudahan tempat letak kereta akan diperluaskan ke bahagian lain yang kini tiada dalam senarai Pahang Go.

“Tetapi ia akan dilakukan bergantung kepada jumlah kenderaan dan kesesuaian,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply