Peluru Berpandu Balistik Dilepaskan di Korea Utara. Kerajaan Kim Jong Un melepaskan peluru berpandu balistik selepas pemimpinnya berikrar untuk meningkatkan lagi keupayaan senjata nuklear. Baca seterusnya. SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini. Peluru berpandu itu dilancarkan seminggu selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan lagi keupayaan senjata nuklear Pyonyang pada `kelajuan paling pantas’. “Kami mengesan satu peluru berpandu balistik yang dilepaskan oleh Korea Utara pada pukul 12.03 tengahari (waktu tempatan) dari Sunan ke arah Laut Timur (Laut Jepun). “Ketika ini, tentera kami menjejak dan memantau pergerakan berkaitan sebagai persediaan pelancaran tambahan,”…
Author: Cik Syamina
Aliran Trafik di Lebuh Raya Utama Berjalan Lancar Pada Hari Raya Ketiga. Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga. KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri pada Rabu. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat jam 10 pagi. Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua…
Op Selamat Aidilfitri: Polis Siap Sedia Adakan Rondaan di Petaling Jaya. Polis di Petaling Jaya akan memperhebatkan operasi rondaan serta memfokuskan untuk mencegah kes pecah rumah dan kecurian motosikal bersempena Operasi Selamat Sambutan Aidilfitri 2022 bermula esok sehingga 8 Mei ini. Baca selanjutnya. PETALING JAYA – Polis akan memperhebatkan operasi rondaan memfokuskan untuk mencegah kes pecah rumah dan kecurian motosikal bersempena Operasi Selamat Sambutan Aidilfitri 2022 peringkat Petaling Jaya bermula esok sehingga 8 Mei ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, untuk Op Selamat kali ini seramai 264 pegawai kanan dan anggota penguat kuasa…
Walaupun SOP Telah Dilonggarkan, Rakyat Harus Tetap Berwaspada – PM. Bermula 1 Mei ini prosedur operasi standard (SOP) akan dilonggarkan, Perdana Menteri menasihatkan rakyat harus tetap berwaspada. Baca seterusnya. PUTRAJAYA – Rakyat negara ini dinasihatkan terus berhati-hati walapun prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-29 akan dilonggarkan bermula 1 Mei ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tetap menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka walaupun di kawasan terbuka jika terdedah kepada suasana bersesak antara satu sama lain. Menurut beliau, suasana itu akan dilihat ketika aktiviti ziarah kubur pada Aidilfitri nanti yang melibatkan ahli keluarga yang ramai. “Tiada lagi…
Sapura Energy Tidak Perlu Bantuan Sesiapa Untuk Pulih. Sapura Energy Bhd menyatakan bahawa syarikat mereka tidak perlukan bantuan sesiapa untuk pulih. Baca selanjutnya. SHAH ALAM – Sapura Energy Bhd melahirkan keyakinan untuk memulihkan syarikat itu tanpa mencari jalan mudah termasuk ‘bail out’ oleh mana-mana pihak. Sapura Energy yang ketika ini menanggung hutang lebih RM10 bilion amat komited untuk melaksanakan penyelesaian secara menyeluruh melalui Pelan Reset yang dirangka untuk memulihkan syarikat walaupun ia dijangka amat mencabar. Ini termasuk langkah penyusunan semula hutangnya dan penambahbaikan syarikat dari segi operasi seperti yang digariskan dalam Pelan Resetnya. Memetik laporan temubual eksklusif Berita Harian, Ketua…
Kes Covid-19 Semakin Meningkat, Beijing Tutup Kawasan Awam. Pihak berkuasa bandar raya Beijing telah menutup beberapa kawasan awam dan meningkatkan pemeriksaan di tempat lain. Baca seterusnya. BEIJING: Pihak berkuasa bandar raya ini menutup beberapa kawasan awam dan meningkatkan pemeriksaan di tempat lain manakala lebih 22 juta penduduk bandar itu memulakan ujian besar-besaran COVID-19 bagi mengelak penutupan seperti berlaku di Shanghai. Ketika Beijing melakukan tiga kali saringan besar-besaran, beberapa kawasan kediaman, blok pejabat dan sebuah universiti beberapa daerah turut ditutup selepas jangkitan ditemui di sekolah, tempat hiburan dan tapak pelancongan. Malah Universal Studios di Beijing turut mengumumkan pelawat perlu menunjukkan keputusan…
Perkhidmatan Bas Ekspres Kembali Seperti Dulu. Jumlah permintaan terhadap perkhidmatan bas ekspres ketika musim perayaan untuk perjalanan pulang ke kampung kini sudah kembali sama seperti tempoh sebelum pandemik Covid-19. Baca seterusnya KUALA LUMPUR – Jumlah permintaan terhadap perkhidmatan bas ekspres ketika musim perayaan untuk perjalanan pulang ke kampung kini sudah kembali sama seperti tempoh sebelum pandemik Covid-19. Yang Dipertua Persatuan Bas Ekspress Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail berkata, sebanyak 330,000 tiket bas disediakan pihaknya untuk perjalanan di kesemua destinasi di Semenanjung Malaysia bagi musim perayaan kali ini sudah berjaya habis dijual. Katanya, tiket itu melibatkan lebih 8,500 trip perjalanan…
Belalang Goreng Pelbagai Perisa Kembali Laku Sempena Aidilfitri Tahun Ini! Di Yogyakarta, jualan belalang goreng kembali meningkat kerana telah ramai yang boleh pulang ke kampung untuk beraya. Baca seterusnya. YOGYAKARTA: Sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka lebih meriah selepas dua tahun ‘berkurung’ akibat pandemik Covid-19. Kesempatan itu turut menjadi peluang terbaik untuk para peniaga meningkatkan semula momentum jualan mereka, termasuk pengusaha belalang goreng di Gunungkidul, Yogyakarta. Seorang daripada pengusaha belalang goreng, Marsini mengakui jualan tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini. “Sejak beberapa minggu lalu, kami mula menambah produksi bagi menampung keperluan pembeli menjelang Aidilfitri. “Kami menjangkakan volum pembelian kali ini…
Heboh! Petani dari China Mirip Presiden Rusia Seorang petani dari China dikatakan memiliki rupa paras mirip Presiden Rusia, Vladimir Putin. Baca seterusnya. BEIJING: Seorang petani dari kampung Feixi, wilayah Anhui, China memiliki rupa paras persis Presiden Rusia, Vladimir Putin. Luo Yuanpin, 54, mempunyai garis rambut yang tinggi, dahi lebar, hidung panjang, mulut lebar serta berbibir nipis, lapor Daily Star. Yuanpin juga memiliki mata biru pucat dan ketinggian 1.74 meter seperti Putin. Lelaki itu berubah menjadi seorang personaliti dalam sekelip mata dan kerap diundang ke televisyen, portal, majalah serta surat khabar. Dia malah pernah dibayar 569 pound (RM3,164) untuk muncul dalam…
Kemeriahan Aidilfitri Tanpa PKP Semakin Dirasai! Setelah dua tahun raya bersama Perintah Perkawalan Pergerakan (PKP), kini orang ramai dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. Bazar Malam Aidilfitri juga telah kembali bernyawa. Baca seterusnya. SENAWANG – Lalu lintas sesak, kenderaan beratur panjang dan orang ramai berpusu-pusu. Itu gambaran awal sebelum memasuki kawasan Bazar Malam Aidilfitri di Dataran Senawang di sini yang kembali ‘bernyawa’ selepas negara memasuki fasa peralihan endemik sejak 1 April lalu. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli belah pada 9 malam terakhir puasa bagi membuat persediaan sempena menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjaun lensa…