Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Stres Memandu. Malaysia telah tersenarai sebagai negara paling stres memandu, serta perlu tampil dengan sistem atau koordinasi yang lebih teratur dalam menguruskan kesesakan lalu lintas bagi mengurangkan tahap stres dialami pemandu. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR – Malaysia perlu tampil dengan sistem atau koordinasi yang lebih teratur dalam menguruskan kesesakan lalu lintas bagi mengurangkan tahap stres dialami pemandu ketika ini. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Hazli Zakaria berkata, koordinasi ini termasuklah menambah baik waktu yang bersesuaian untuk sekatan jalan raya dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan diadakan. Beliau berkata, Malaysia boleh menjadikan Singapura sebagai contoh untuk menambah baik…
Author: Cik Syamina
Hati-Hati! Puding Buih Boleh Membawa Maut. Dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat memakan puding buih. SELEPAS seminggu berpuasa, sudah kedengaran kes keracunan makanan melibatkan bazar Ramadan. Dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat memakan puding buih yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kuala Terengganu. Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. Kes berkenaan mengimbau kembali kejadian kira-kira dua tahun lalu apabila seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada penghujung…
Kes Keganasan Terhadap Wanita Semakin Memuncak di Syria. Wanita dan kanak-kanak yang tinggal di kem pelarian Syria berdepan keganasan terhadap wanita termasuk seksual. Baca seterusnya. AMSYIK: Satu laporan baharu mendedahkan wanita dan kanak-kanak yang tinggal di beberapa kem pelarian di barat laut Syria berdepan keganasan termasuk seksual sehingga menyebabkan kemurungan kronik. Malah, sebilangan wanita itu juga dipaksa membabitkan diri dalam pelacuran. Lapor The Guardian, kanak-kanak yang menetap di ‘kem balu’ bersama ibu mereka didapati dipinggirkan, didera dan dipaksa bekerja manakala ibu mereka pula ada kalanya dijadikan ‘pemuas nafsu’ oleh pengawal dan pegawai kem. Lebih 80 peratus wanita yang tinggal di…
MySejahtera Semakin Kehilangan Pengguna. MySejahtera mengalami penurunan daftar masuk lebih 30 peratus selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara tentang keselamatan data pengguna dan ketelusan aplikasi tersebut. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang menggunakan fungsi daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera terus mencatatkan pengurangan ketara apabila menurun lebih 30 peratus, atau sekitar 8.6 juta pengguna. Penurunan itu dicatatkan sejak 25 Mac lalu, iaitu sehari selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, yang menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera serta ketelusan dalam pembangunan aplikasi itu. Data di portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, penurunan penggunaan MySejahtera itu direkodkan di…
Selangor Masih Bebas Penyakit Demam Babi Afrika (ASF). Selangor dilaporkan masih kekal bebas daripada penyakit Demam Babi Afrika (ASF). Ia berikutan jangkitan penyakit itu di beberapa negeri. Baca seterusnya. SHAH ALAM – Tiada pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dilaporkan di Selangor setakat ini. Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kerajaan negeri meningkatkan sistem biosekuriti di sempadan Selangor dengan Negeri Sembilan sebagai langkah pencegahan. “Ia susulan pengesanan penyakit ASF di sebuah ladang haram di Site A, Port Dickson oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) di negeri tersebut pada 8…
Kes Covid-19 Meningkat, Philadephia Kembali Wajibkan Rakyat Memakai Pelitup Muka. Bermula 18 April ini, Philadephia akan mengembalikan syarat wajib memakai pelitup di tempat awam apabila angka jangkitan Covid-19 meningkat secara drastik di negeri tersebut. Baca selanjutnya. PHILADELPHIA: Negeri ini menjadi yang pertama di Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan kembali syarat wajib memakai pelitup muka di tempat awam tertutup seperti restoran, sekolah dan premis perniagaan, bermula minggu hadapan. Pelaksanaan itu dikuatkuasa berikutan gelombang penularan baharu COVID-19 dan Philadelphia adalah bandar utama yang pertama di AS mengembalikan semula mandat berkenaan. Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula 18 April ini selepas angka jangkitan…
Ditinggalkan Anak, Warga Emas 12 Tahun Beraya Di Rumah Orang Tua. Hiba, seorang warga emas yang dikenali sebagai Abd Ruahman Talib yang berusia 70 tahun telah beraya di rumah orang tua selama 12 tahun selepas ditinggalkan oleh anak lelakinya di rumah tersebut. Baca selanjutnya. PADANG BESAR: Ketika rakan seusianya menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama ahli keluarga, berbeza dengan Abd. Ruahman Talib, 70, yang sudah 12 tahun meraikan lebaran di rumah perlindungan orang tua. Dia yang menetap di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup di sini sejak Januari 2010, mengakui tetap merindui suasana berhari raya bersama insan tersayang. Peredaran masa membuatkan bapa kepada…
Polis Wanita Kantoi Miliki Air Ketum. Seorang anggota polis wanita dan teman lelaki menghadapi pertuduhan memiliki air ketum sebanyak 2.5 liter di sebuah rumah. Mereka mengaku tidak bersalah berikutan hal itu. Baca selanjutnya. KOTA BHARU: Seorang anggota polis wanita bersama teman lelaki dan tiga rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki air ketum sebanyak 2.5 liter di sebuah rumah, Khamis lalu. Raja Rozalia Fadila Raja Mamat, 30, yang berpangkat Lans Koperal bersama Muhammad Faries Aizat Ruslan, 23; Bidah Napi, 30; Anis Najiehah Muhammad Anggelan, 27 dan Wan Muhammad Alif Wan Yusoff,…
Endemik: Harus Tetap Patuhi SOP. Walaupun negara kita telah mencapai endemik sejak 1 April, namun rakyat harus tetap mematuhi SOP yang ditetapkan. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR – Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai. Dengan peralihan ke endemik, sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sebelum ini dikenakan untuk membanteras penularan Covid-19 telah dilonggarkan, membuka jalan bagi kebanyakan aktiviti termasuk solat berjemaah yang diadakan seperti biasa. Walau bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah perkara itu dan tidak mengurangkan risiko virus…
Elon Musk Enggan Sertai Lembaga Pengarah Twitter. Elon Musk telah menolak tawaran untuk menjadi salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Twitter dan merasakan ia adalah pilihan yang terbaik buat semua pihak. Baca selanjutnya. SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Twitter mengesahkan Elon Musk menolak tawaran untuk menyertai barisan lembaga pengarah syarikat media sosial itu. Sebelum ini, syarikat media sosial itu mengumumkan Musk akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Twitter. Pengasas SpaceX itu dinamakan untuk menyertai barisan lembaga pengarah Twitter selepas beliau membeli saham utama di firma itu sekali gus menjadi pemegang saham terbesar. “Musk memutuskan untuk tidak menyertai lembaga pengarah kami.…